Showing posts with label ana raffali. Show all posts
Showing posts with label ana raffali. Show all posts

Wednesday, February 09, 2011

(gambar) ana raffali bersama ibu dan ayah tercinta

ana raffali disisi ibunya yang tercinta, Halijah Rashid.



ni pulak ayahnya yang tersayang. admin doakan ana sekeluarga bahagia hingga ke akhir hayat.

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Sunday, January 23, 2011

Ana jadi Ikon Muzium Negara


KATA orang-orang tua, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tapi nampaknya selepas menjuarai Anugerah Juara Lagu, nasib Ana semakin baik. Hujan bunga seperti semakin mengelilingi diri komposer muda ini.
Terbaru, Diva dapat berita bahawa Ana Raffali dipilih sebagai ikon Muzium Negara. Baguslah kalau pelbagai pihak sudah mula menghargai penyanyi-penyanyi muda tempatan dan mula meletakkan mereka di tempat yang baik.
Tahniah buat Ana. Diva dengar Ana akan terlibat dalam program-program tertentu di muzium-muzium seluruh Malaysia. Bagus betul sebab Diva rasa dengan cara ini semangat anak-anak muda untuk berkarya dan rasa dihargai akan lagi bersemarak.
Terlanjur bercakap pasal Ana, Diva nak komen sikit. Sudah-sudahlah bercakap dan mempersoalkan kemenangannya. Dia hanya memberikan yang terbaik dan menjadi pilihan juri sebagai terbaik di antara terbaik. Pertikaian hanya membuang masa kerana yang memilih itu sudah berada di tahap yang paling tepat untuk membuat keputusan.
Diva cuma harap agar siapa-siapa sahaja juara di pentas AJL bukanlah satu eksperimentasi bagi pihak-pihak yang berkenaan untuk menaikkan rating atau mencuba mencipta trend. Biarlah perjalanan muzik itu bergerak dengan sendirinya. kredit penuh kepada kosmo.

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Friday, January 21, 2011

ana raffali dah berpunya


diam-diam ubi berisi. itulah pepatah yang paling tepat untuk menggambarkan gadis kecil molek ini yang berjaya menjuarai AJL25 apabila ana disahkan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang jejaka yang sudah lama dikenalinya sebelum bergiat aktif dalam penulisan lagi oleh abang kandungnya sendiri, Harris. buat ana, jangan lupa ajak peminat sekali hadiri kenduri tu ya.
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

shahir kena sabotaj dalam AJL25?


AJL25 sudah pun melabuhkan tirainya. namun, komen-komen pedas dan panas masih lagi menyelubungi pemenang utama AJL25, adik ana raffali kita itu yang dikatakan tidak layak bergelar juara. Tapi, adat pertandingan. ada yang menang, ada yang kalah. jadi, diharapkan semua pihak dapat bersikap profesional. bak kata pepatah, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu..tak gitu?

tapi, bukan itu yang nak diceritakan. cerita ini berkenaan tentang shahir yang dikatakan disabotaj? betul ke? jom kita baca sama-sama.. desas-desus, ramai yang mengatakan lagu shahir pada AJL25 yang lalu tidak semerdu dahulu ekoran 'kewujudan' penyanyi tambahan, nasha aziz.. tambahan pula, ada yang mengatakan shahir terlupa lirik.

sebenarnya, shahir tidak terlupa lirik. part yang dikatakan terlupa lirik itu sebenarnya part nyanyian koir shahir. akibat pasukan koir shahir terletak jauh dari stage utama, suara tersebut tidak dapat didengari dengan jelas. malah, ada yang mendakwa shahir disabotaj oleh penganjur kerana tidak membenarkan pasukan koir tersebut  berada berdekatan dengan penyanyi utama dikatakan ruang stage tak cukup luas pulak dah.. shahir telah membelanjakan sebanyak RM10,000 untuk pasukan koir tersebut.

walaubagaimanapun, diharapkan shahir dapat mempertingkatkan lagi kualitinya dalam bidang nyanyian.
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Saturday, January 15, 2011

lirik dan video tolong ingatkan aku ana rafali berserta lirik

Lirik Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali (juara AJL 25)

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari

Chorus

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Ulang Chorus

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita




persembahan ana rafali malam AJL 25 ada unsur illuminati dan freemason?
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

persembahan ana rafali AJL 25 ada unsur freemason?



ape? unsur illuminati? betul ke? tak caya ah.. ni mesti suara-suara longkang yang mahu menjatuhkan ana rafali ini mentang-mentang dia menang AJL 25, semua orang jelous.. aku tengok gaya penulisan puisi lirik lagu beliau ok ape..pepepun, aku pun tatau, cuba tengok.. yang aku perasan, ada macam red lady, human cage, pastu checkered floor ada tak?haha.. ni kebetulan je kot.. sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Thursday, January 13, 2011

Siti Nurhaliza: Ana Raffali Berhak Menang!


KUALA LUMPUR , 12 JAN 2011: Kemenangan lagu Tolong Ingatkan Aku ciptaan sepenuhnya penyanyi muda, Ana Raffali di Anugerah Juara Lagu ke- 25 (AJL 25) telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

Rata-rata peminat muzik tempatan tidak dapat menerima kemenangan tersebut serta meluahkan dengan pelbagai cara mengenai ketidakpuasan hati mereka terhadap Ana. Baik di Facebook, mahupun blog bermacam-macam kritikan dan kutukan dilemparkan terhadap juara edisi jubli perak itu.

Namun bagi bekas juri dan pemenang, AJL sebelum ini, Datuk Siti Nurhaliza, mengakui Ana mempunyai keistimewaan tersendiri dan layak untuk merangkul kemenangan tersebut.
"Ana ada keistimewaan sendiri yang mungkin semua orang terlepas pandang. Bagi saya, dia memang layak untuk menang dan lagunya juga mempunyai kekuatan dari segi lirik dan melodinya.






"Juri lebih mengerti dengan pemilihan itu, kerana mereka ada cara penilaian tersendiri,' katanya mengulas mengenai kemenangan Juara AJL 25 itu yang mendapat tentangan yang begitu hebat daripada peminat muzik tempatan.

Menyambung bicara, jelas penghibur yang baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang-32 pada hari semalam , sewajarnya keputusan itu dipandang secara positif oleh semua pihak.

"Kita semua kena faham fokus juri tak sama dengan orang lain. Mereka melihat lagu menerusi beberapa aspek bukan pada populariti sahaja. Saya rasa semua pihak perlu memandang perkara ini secara positif dan ia secara tidak langsung akan membantu pembangunan industri muzik tempatan," tegasnya lagi.
sumber : murai
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Monday, January 10, 2011

komen biadap tentang ana raffali

nak komen, biarlah berhemah..

alahai..tadi duk best2 rasa kehangatan kemenangan ana raffali ni, aku rasa naik angin jugak la sikit.. yea la, tadi duk belek2 video clip ana raffali kat u-tube, then terjah komen2 tentang video berkaitan lak, pastu jumpa komen diatas..
ape pendapat korang?
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

ana raffali, gadis u-tube

tahniah ana raffali..

wah2, sungguh tak disangka-sangka ana raffali dengan lagunya tolong ingatkan aku muncul sebagai juara AJL ke-25 menewaskan 13 buah lagu yang lain. walaupun ini merupakan penyertaannya untuk kali pertama, namun ia tidak menjadi halangan kepada gadis kelahiran kuala lumpur ini untuk membuat persembahan yang sungguh mantap.

ana raffali yang dikatakan mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian ini melalui rakaman di u-tube telah menjadikan impiannya menjadi kenyataan apabila dinobatkan juara AJL ke-25 2011. Apa yang patut dibanggakan anak ke sembilan dari 11 orang adik beradik ini ialah lirik lagu itu diciptanya sendiri dari puisi yang ditulis sendiri.
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

biodata ana raffali juara AJL ke-25 2011

tahniah ana raffali

NAMA PENUH: Ana Nur Hidayah Mohd Raffali


NAMA SINGKATAN: Ana Raffali



TARIKH LAHIR: 4 November 1985



TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur



ADIK-BERADIK: Anak ke sembilan daripada 11 beradik



KARIER: Penyanyi dan penggubah lagu



PENDIDIKAN: Graduan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (Kepujian), Universiti Teknologi Mara (UiTM)



MUZIK YANG DIGEMARI: Rock, alternatif, pop & klasik



ALAT MUZIK: Gitar Martin & Co 000-15



IDOLA: M Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza



LAGU YANG DICIPTA: Hujan Bunga di Kuala Lumpur, Mekanika, Cuba Jangan, Ketika Aku Kecil, Ingatkan Aku, Tingkap Kaca, My Darling, Ghost, Lovely Lovely Scene dan Paint Me
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!