Friday, January 21, 2011

shahir kena sabotaj dalam AJL25?


AJL25 sudah pun melabuhkan tirainya. namun, komen-komen pedas dan panas masih lagi menyelubungi pemenang utama AJL25, adik ana raffali kita itu yang dikatakan tidak layak bergelar juara. Tapi, adat pertandingan. ada yang menang, ada yang kalah. jadi, diharapkan semua pihak dapat bersikap profesional. bak kata pepatah, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu..tak gitu?

tapi, bukan itu yang nak diceritakan. cerita ini berkenaan tentang shahir yang dikatakan disabotaj? betul ke? jom kita baca sama-sama.. desas-desus, ramai yang mengatakan lagu shahir pada AJL25 yang lalu tidak semerdu dahulu ekoran 'kewujudan' penyanyi tambahan, nasha aziz.. tambahan pula, ada yang mengatakan shahir terlupa lirik.

sebenarnya, shahir tidak terlupa lirik. part yang dikatakan terlupa lirik itu sebenarnya part nyanyian koir shahir. akibat pasukan koir shahir terletak jauh dari stage utama, suara tersebut tidak dapat didengari dengan jelas. malah, ada yang mendakwa shahir disabotaj oleh penganjur kerana tidak membenarkan pasukan koir tersebut  berada berdekatan dengan penyanyi utama dikatakan ruang stage tak cukup luas pulak dah.. shahir telah membelanjakan sebanyak RM10,000 untuk pasukan koir tersebut.

walaubagaimanapun, diharapkan shahir dapat mempertingkatkan lagi kualitinya dalam bidang nyanyian.
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

1 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:

a n a s t a s y e a said... Reply To This Comment

kesian kat sharir. tapi tak apa .. tahun depan cuba lagi. jangan mudah putus asa =)