KATA orang-orang tua, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tapi nampaknya selepas menjuarai Anugerah Juara Lagu, nasib Ana semakin baik. Hujan bunga seperti semakin mengelilingi diri komposer muda ini.
Terbaru, Diva dapat berita bahawa Ana Raffali dipilih sebagai ikon Muzium Negara. Baguslah kalau pelbagai pihak sudah mula menghargai penyanyi-penyanyi muda tempatan dan mula meletakkan mereka di tempat yang baik.
Tahniah buat Ana. Diva dengar Ana akan terlibat dalam program-program tertentu di muzium-muzium seluruh Malaysia. Bagus betul sebab Diva rasa dengan cara ini semangat anak-anak muda untuk berkarya dan rasa dihargai akan lagi bersemarak.
Terlanjur bercakap pasal Ana, Diva nak komen sikit. Sudah-sudahlah bercakap dan mempersoalkan kemenangannya. Dia hanya memberikan yang terbaik dan menjadi pilihan juri sebagai terbaik di antara terbaik. Pertikaian hanya membuang masa kerana yang memilih itu sudah berada di tahap yang paling tepat untuk membuat keputusan.
Diva cuma harap agar siapa-siapa sahaja juara di pentas AJL bukanlah satu eksperimentasi bagi pihak-pihak yang berkenaan untuk menaikkan rating atau mencuba mencipta trend. Biarlah perjalanan muzik itu bergerak dengan sendirinya. kredit penuh kepada kosmo.
0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment