KUALA LUMPUR , 12 JAN 2011: Kemenangan lagu Tolong Ingatkan Aku ciptaan sepenuhnya penyanyi muda, Ana Raffali di Anugerah Juara Lagu ke- 25 (AJL 25) telah menimbulkan pelbagai spekulasi.
Rata-rata peminat muzik tempatan tidak dapat menerima kemenangan tersebut serta meluahkan dengan pelbagai cara mengenai ketidakpuasan hati mereka terhadap Ana. Baik di Facebook, mahupun blog bermacam-macam kritikan dan kutukan dilemparkan terhadap juara edisi jubli perak itu.
Namun bagi bekas juri dan pemenang, AJL sebelum ini, Datuk Siti Nurhaliza, mengakui Ana mempunyai keistimewaan tersendiri dan layak untuk merangkul kemenangan tersebut.
"Ana ada keistimewaan sendiri yang mungkin semua orang terlepas pandang. Bagi saya, dia memang layak untuk menang dan lagunya juga mempunyai kekuatan dari segi lirik dan melodinya.
"Juri lebih mengerti dengan pemilihan itu, kerana mereka ada cara penilaian tersendiri,' katanya mengulas mengenai kemenangan Juara AJL 25 itu yang mendapat tentangan yang begitu hebat daripada peminat muzik tempatan.
Menyambung bicara, jelas penghibur yang baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang-32 pada hari semalam , sewajarnya keputusan itu dipandang secara positif oleh semua pihak.
"Kita semua kena faham fokus juri tak sama dengan orang lain. Mereka melihat lagu menerusi beberapa aspek bukan pada populariti sahaja. Saya rasa semua pihak perlu memandang perkara ini secara positif dan ia secara tidak langsung akan membantu pembangunan industri muzik tempatan," tegasnya lagi.
sumber : murai
sila click jika suka.. tq
Kongsi beritahu rakan di facebook!
sumber : murai
0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment