Sunday, January 23, 2011

Fouziah Gous sudah dilamun cinta


Fouziah gous yang dahulunya pernah digosipkan dengan bos sebuah stesen televisyen, kini meletup kembali dalam dunia hiburan tanah air ini selepas dikatakan menyepi untuk seketika.


"Masa mula-mula dulu saya sanggup terima sahaja apa sahaja permintaan orang. Sekarang saya sudah mula faham kerenah industri. Sekarang saya selesa dengan situasi begini. Banyak pihak sudah mula percayakan kredibiliti saya, yang saya perlu buktikan kini ialah komitmen seratus peratus, itu sahaja.


"Sama ada nama saya sudah suam atau panas, saya tidak pernah terfikir dan dengar tentang perkara itu. Pandangan orang memang berbeza-beza tapi saya sangat bersyukur kerana tawaran kerja yang datang kepada saya sekarang, semakin mencabar. Itu yang menjadikan hidup saya semakin menarik," katanya dengan nada serius. 

"Saya juga dapat rasakan, mungkin orang juga sudah bosan dengan saya. Asyik-asyik cerita lama yang diungkitkan, gosip lama, saya sendiri agak bosan diajukan dengan persoalan yang sama. Kadang-kadang, walaupun perkara itu tidak benar, pembaca akan percaya juga," luahnya tidak menolak jika ditakdirkan menemui jodoh dalam waktu terdekat.
Bercakap tentang cinta, wanita berusia 28 tahun itu sekali lagi membuat penegasan. Setiap gosip mengaitkan dirinya dengan cinta sepanjang tiga tahun serius sebagai anak seni, tidak benar sama sekali.
"Semua cerita yang menggembar-gemburkan kisah cinta saya tidak pernah sampai ke hujung, tiada kepastian.
"Tapi kalau nak bercakap tentang jodoh, saya boleh katakan, secara fizikal, mental dan hati saya sudah bersedia untuk berkahwin. Saya seorang wanita bukan lagi kanak-kanak, cuma jodoh itu sahaja yang belum sampai.
"Kalau dipertemukan dengan lelaki yang benar-benar bertanggungjawab, boleh menjamin masa depan dan mampu menjadi pemimpin, saya tak kisah untuk berkahwin," katanya tidak mahu meletakkan sasaran umur tertentu untuk menamatkan zaman bujang.
Tambah Fouziah, dia menganggap niat mahu berkahwin pada usia tertentu sebagai sesuatu yang tidak betul.
"Kalau betul-betul bersedia mahu berkahwin tidak perlu tunggu umur, saya pun begitu, lagipun saya bukan jenis yang huru-hara, saya rapat dengan keluarga," katanya.






sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: