Saturday, December 18, 2010

cara nak tahu siapa tengok profile facebook kita

Gambar fail pasangan kembar Cameron (kiri) dan Tyler Winklevoss keluar dari sebuah mahkamah di California pada 2007.


Alamak! Pengasas facebook kesayangan kita, Mark Zuckerberg kena saman lagi.
 
LOS ANGELES – Sepasang kembar, Tyler Winklevoss dan Cameron Winklevoss yang sebelum ini pernah menyaman pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, pada 2007 sekali lagi failkan saman terhadapnya.


Pada 2007, Tyler dan Cameron yang berusia 29 tahun menyaman Zuckerberg kerana dia didakwa mencuri idea untuk menghasilkan Facebook daripada mereka.


Dawaan mencuri idea itu dibuat selepas pasangan kembar itu meminta Zuckerberg menghasilkan kod untuk satu rangkaian sosial mereka, Harvard Connection.


Pasangan kembar itu dan Zuckerberg merupakan rakan semasa mereka belajar di Universiti Harvard.
Zuckerberg berusia 26 tahun telah membayar kembar itu sebanyak AS$65 juta (RM204.5 juta) bagi menyelesaikan kes saman yang pertama.

Namun, kini, pasangan kembar itu menuntut ganti rugi yang lebih banyak selepas mereka mendakwa ditipu oleh Zuckerberg mengenai nilai sebenar syarikat Facebook.


Terdapat dakwaan bahawa nilai syarikat tersebut ialah AS$11.5 billion (RM36.2 billion)


Menurut majalah Forbes, Zuckerberg kini menjadi warga Amerika yang ke-35 terkaya dengan anggaran kekayaan AS$6.9 billion (RM21.7 billion).


Saman kedua itu difailkan di sebuah mahkamah di California..



p/s: So, ape pendapat korang yang dia ni selalu je kena saman?
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

3 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:

sazali yusof said... Reply To This Comment

dah.. jadi kaya and popular.. baru orang nak sibuk saman2.. dulu xda pun...
http://neizalyez.blogspot.com/

MéuzAngelo™ XXIII said... Reply To This Comment

kene tgk citer the social network baru paham rasenye..

tapi dalam citer kembar watak villain gak r.. xtau r mane satu yg baik ni..

zati said... Reply To This Comment

*gosok2 mata* dah berkali-kali aku tengok tajuk nie dengan isi kandungannnye sebab tu aku gosok mata haha, gosok mata sebab mungkin aku salah pandang or salah baca sebabnye tajuk laen tapi isi lain huhu =.=