Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

No 10 untuk Safee


Selepas lima hari berada di Jakarta, Safee tidak menunjukkan tanda-tanda menyesal atau merindui Malaysia, sebaliknya Zakaria berkata, penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010 itu bersemangat tinggi untuk menyahut cabaran baru dalam Liga Super Indonesia (ISL).


“Jurulatih dan rakan sepasukannya juga mengalu-alukan kehadirannya,” kata Zakaria. “Malah, pengurusan kelab memberi penghormatan kepadanya dengan memberi jersi nombor 10, sama seperti ketika mewakili Selangor.” 



Zakaria berkata, Safee bersama rakan sepasukannya berlepas ke Puncak, Bogor pagi semalam untuk menjalani kem latihan sebagai persiapan menghadapi pusingan kedua ISL, sehingga esok.



“Sepatutnya, dia dijadualkan menjalani latihan di sana sehingga Jumaat depan tetapi kerana kemudahan yang kurang sesuai, pengurusan kelab memendekkan jadual latihan hingga Ahad ini (esok),” katanya. 



Buat masa ini, Zakaria berkata, pemain 27 tahun itu dan keluarganya menginap di sebuah hotel sebelum dijangka berpindah ke kediaman yang disediakan kelab itu, esok. baca lagi

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Sunday, February 13, 2011

rahsia sebenar kehebatan bercelona


KELAB bola sepak Barcelona memiliki barisan superstar yang dicemburui di seluruh dunia.
Sebuah akhbar British berjaya mendedahkan bagaimana kelab gergasi Catalunya itu membentuk kejayaan bermula daripada sistem akademi remaja.


Pasukan kendalian pengurus Pep Guardiola sudah dianggap sebagai 'pasukan terbaik sepanjang zaman' kerana kejayaan epik mereka dalam tempoh tiga tahun terakhir.

Lionel Messi, Andres Iniesta, Carles Puyol, Victor Valdes, Pedro Rodriguez, Xavi Hernandez, Gerard Pique, Sergio Busquets, Bojan Krkic dan Jeffren semuanya tampil daripada sistem remaja Barca.


Sepuluh pemain itu akan berada dalam skuad bagi pertembungan Liga Juara-Juara Eropah menentang Arsenal di Stadium Emirates, London, Rabu ini, dan lapan daripadanya akan bermula dalam kesebelasan utama.


Semua pemain itu adalah produk yang dipanggil Barca 'futbol base' atau asas bola sepak.




sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Saturday, January 29, 2011

Chong Wei mara ke separuh akhir

SELANGKAH saja lagi untuk Datuk Lee Chong Wei beraksi di final Siri Super Premier Terbuka Korea bagi mempertahankan kejuaraan dimenangi tahun lalu. Pemain nombor satu dunia itu mudah melepasi saingan suku akhir, semalam apabila menewaskan pemain meningkat naik China, Wang Zhengming dua set berturut-turut 21-14, 21-19 dalam masa 37 minit.


Lawan Chong Wei di separuh akhir hari ini masih lagi pemain muda China, kali ini Du Pengyu yang mengatasi pemain Jepun, Kenichi Tago, 21-17, 21-11.

Chong Wei dijangka mudah mengatasi Pengyu untuk ke final dan perlu berada di tahap terbaik menentang juara Olimpik, Lin Dan.




Semalam, Lin Dan ke separuh akhir selepas menundukkan pilihan kedua dari Indonesia, Taufik Hidayat 21-13, 8-21, 21-15. Dia akan berdepan seorang lagi pemain Indonesia, Simon Santoso di separuh akhir selepas pemain itu menewaskan naib juara tahun lalu, Peter Gade 21-17, 21-16.

Sementara itu, pertembungan sesama sendiri beregu lelaki negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menentang Fairuzizuan Tazari-Ong Soon How untuk ke separuh akhir berlangsung sengit.


Kien Keat-Boon Heong menang set pertama 21-17 bagaimanapun gagal menamatkan permainan lebih awal apabila Fairuz-Soon Hock merampas set kedua 21-12. Namun, juara bertahan itu terus meluru ke depan mengesahkan kemenangan 21-16 dalam set ketiga untuk menempah pertemuan dengan gandingan Korea, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae hari ini.


“Perlawanan menentang Yong Dae-Jae Sung pasti sukar. Kien Keat-Boon Heong perlu bersedia melawan keletihan kerana pergerakan bulu tangkis di sini amat perlahan, sukar untuk dimatikan,” kata jurulatih Rexy Mainaky menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (sms).

“Mereka beraksi di tempat sendiri biasanya lebih bagus daripada di luar dan saya harap kemenangan pada pertemuan terakhir di Kejohanan Dunia menjadi penyuntik semangat buat Kien Keat-Boon Heong.” Jae Sung-Yong Dae ke separuh akhir selepas menewaskan rakan senegara Kim Ki Jung-Kim Sa Rang 21-19, 21-15. Satu aksi separuh akhir membabitkan pasangan nombor satu dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen menentang satu lagi gandingan Korea, Yoo Yeon Seong-Ko Sung Hyun.

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Thursday, January 27, 2011

Chong Wei nyaris dapat malu


JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei (gambar) dipaksa bekerja keras sebelum mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Korea Selatan 2011.
Pemain nombor satu dunia itu yang baru bergelar juara Terbuka Malaysia 2011 Ahad lalu nyaris dikejutkan pemain Denmark, Jan O. Jorgensen pada pusingan pertama semalam.
Pada perlawanan tersebut, Jorgensen mengheret Chong Wei hingga ke set penentuan sebelum pemain kelahiran Pulau Pinang itu berjaya mencatatkan kemenangan 21-9, 18-21, 21-16.
Jika pada Terbuka Malaysia, Chong Wei mendapat suntikan semangat dengan kehadiran jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek, di Korea Selatan dia hanya ditemani seorang lagi jurulatih perseorangan, Tay Seu Bock
Pada aksi pusingan kedua hari ini, Chong Wei akan berdepan cabaran pemenang pertemuan di antara pemain Korea Selatan, Park Sung-Hwan dan Przemyslaw Wacha dari Indonesia.
Sementara itu, seorang lagi perseorangan negara, Muhammad Hafiz Hashim gagal meneruskan kemaraan apabila tewas di tangan pemain Jerman, Marc Zwiebler 16-21, 13-21.
Begitupun, perseorangan wanita negara, Wong Mew Choo tidak menghampakan apabila turut melangkah ke pusingan kedua kejohanan selepas mengetepikan cabaran Liu Xin dari China, 21-18, 21-15.
Beregu lelaki negara, Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari/Ong Soon Hock turut beraksi cemerlang apabila layak ke pusingan kedua setelah menundukkan pasangan Jerman, Ingo Kindervater/Johannes Schoettler 21-13, 20-22, 21-18.
Dua lagi beregu lelaki negara, Gan Teik Chai/ Tan Bin Shen serta Goh Wei Shem/ Teo Kok Siang pula terkandas pada pusingan pertama.
Teik Chai/Bin Shen tewas di tangan pasangan Denmark, Mathias Boe/Carsten Mogensen 20-22, 15-21 manakala Wei Shem/Kok Siang kecundang kepada Liu Xiaolong/Qiu Zihan dari China 13-21, 18-21.
Hasrat untuk menyaksikan beregu campuran negara mara ke pusingan kedua tidak kesampaian apabila Chan Peng Soon/Goh Liu Ying tewas di tangan He Hanbin/Yu Yang dari China 17-21, 12-21.

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Red Devils dipuji Berba

BLACKPOOL: Dimitar Berbatov memuji kekuatan mental barisan pemain Manchester United selepas aksinya membantu skuad bimbingan Alex Ferguson bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk melakar kemenangan 3-2 ke atas Blackpool di Bloomfield Road, semalam.


Blackpool mendahului 2-0 sepanjang babak pertama hasil jaringan Craig Cathcart serta DJ Campbell tetapi United bangkit dan Berbatov serta Javier Hernandez memastikan pendahulu itu kekal tanpa kalah musim ini.

“Kami miliki kekuatan mental dan menang walaupun ketinggalan 1-0 atau 2-0,” kata Berbatov yang sudah meledak 20 gol musim ini.




“Jika mampu menjaringkan satu gol, kami yakin mampu menambah lebih banyak jaringan. Kami tak bermain baik pada babak pertama tetapi bangkit babak kedua.

“Kami gagal bermain cemerlang pada babak pertama kerana keadaan padang yang buruk. Ia tidak sama dengan Old Trafford. Bola sentiasa melambung dan Blackpool beraksi cemerlang serta menjaringkan gol. Mereka juga hampir menambah jaringan tetapi kami yakin dengan diri sendiri.” United beraksi hambar hinggalah Ferguson menggantikan Wayne Rooney dengan Hernandez dan perubahan itu membawa makna besar apabila berjaya menguasai 15 minit terakhir permainan.


“Perubahan itu berjaya mengubah permainan,” kata Berbatov. “Giggs mempunyai pengalaman dan hantaran lintangnya memang menarik manakala Chicharito seorang penjaring yang hebat tetapi kami menang disebabkan semangat berpasukan yang tinggi.


“Saya harap ini bukan aksi terbaik yang terakhir. Saya harap ia akan terus berlaku sepanjang saya menyarung jersi Manchester United.

“Kami perlu bertahan hingga hujung musim dan menamatkan saingan di tangga teratas tetapi kami tidak boleh memandang rendah keupayaan pasukan lain.” Ferguson mengakui United dibantu nasib pada babak pertama tetapi beliau kagum dengan cara mereka bangkit melawan untuk melakar kelebihan lima mata berbanding Arsenal. - AFP
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Hadiah Messi buat hari lahir ibu undang padah

MADRID: Penyerang Barcelona, Lionel Messi didenda dan dilayangkan kad, kelmarin, akibat menghadiahkan jaringan golnya buat hari lahir ibunya.


Selepas meledak jaringan penalti pada saingan kemenangan 3-0 ke atas Santander, Messi yang juga penyerang Argentina itu mengangkat jersi yang dipakainya di depan kamera televisyen sekali gus mendedahkan baju yang tertera ‘Selamat Hari Lahir Ibu’.

Pemenang ‘Ballon d’Or’ itu bagaimanapun tidak dilayangkan kad ketika saingan sedang berlangsung, namun tindakan itu disenaraikan dalam laporannya.




Messi menerima hukuman di bawah artikel 91.1 jawatankuasa disiplin Persekutuan Sepanyol membabitkan caranya meraikan gol. Dia bakal didenda antara 2,000 (RM8,366) hingga 3,000 (RM12,546) dan kad kuning. - AP credit berita to hmetro


sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Tuesday, January 25, 2011

Sathia kena hukum

KUALA LUMPUR - Persiapan penyandang juara Piala Malaysia, Red Warriors bagi menghadapi musim baru Liga Malaysia 2011 ditimpa musibah besar apabila mereka tidak dapat menggunakan khidmat jurulatih, B. Sathianathan sehingga 23 Julai ini.


Malah, bagai jatuh ditimpa tangga, pengurusan skuad Kelantan juga terpaksa mencari seberapa segera jurulatih baru yang mempunyai lesen kejurulatihan kelas A sebelum sepak mula perlawanan sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada 29 Januari ini kerana pembantu Sathia, Hashim Mustapha hanya mempunyai lesen kelas B.


Ia gara-gara keputusan Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan oleh K. Kanagarajah, yang mengekalkan hukuman enam bulan seperti mana diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin FAM pada 23 Oktober lalu.


Khabar menyedihkan buat peminat Kelantan itu telah disampaikan oleh Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Ahmad Fuad Daud di Wisma FAM pada sidang akhbar pengelolaan perlawanan Piala Sumbangsih 2011, semalam.


''Selepas bersidang pada pagi ini, Jawatankuasa Rayuan berpuas hati dan bersetuju dengan hukuman penggantungan enam bulan yang dikenakan pada jurulatih Kelantan, B. Sathianathan oleh Jawatankuasa Disiplin. baca selanjutnya

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Liverpool tekad buru Suarez



LIVERPOOL - Liverpool semakin serius untuk mendapatkan Luis Suarez sehingga sanggup terbang ke Belanda untuk mengadakan perbincangan lanjut.
Pengarah Strategi Bola Sepak Liverpool, Damien Comolli telah berada di Amsterdam semalam.
Dia akan berkunjung ke Ajax untuk memperhalusi terma dan syarat bagi mendapatkan penyerang Uruguay itu.
Andai Liverpool berjaya membuat tawaran berjumlah £20 juta (RM97.5 juta), mereka pasti akan mendapatkan terus khidmat pemain berusia 23 tahun itu pada pertengahan minggu ini.
Suarez sendiri telah menyatakan yang dia berminat untuk beraksi di Liga Perdana England dan Liverpool menjadi keutamaannya.
"England mempunyai sebuah liga yang begitu menarik perhatian saya sama seperti Liga Sepanyol. Ia merupakan liga terbaik di dunia," kata Suarez.
Penyerang Ajax itu turut telah memberitahu rakan sekelabnya bahawa dia berasakan perpindahan ke Liverpool itu bakal diselesaikan dalam masa terdekat.
Namun jurulatih Ajax, Frank De Boer menyatakan bahawa nilai Suarez adalah sama dengan Edin Dzeko yang dibeli dengan harga £27 juta (RM131.6 juta) oleh Manchester City. - Agensi

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Sunday, January 23, 2011

hafiz hashim sah keluar BAM, misbun masih menjadi tanda soal


KUALA LUMPUR, 23 Jan — Pemain perseorangan kedua negara Muhammad Hafiz Hashim dibenarkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) keluar daripada badan itu tanpa syarat meskipun masih mempunyai kontrak sehingga tahun depan.

Berikutan dengan keputusan itu, kontrak Muhammad Hafiz akan ditamatkan secara rasmi pada 1 Februari ini, kata Presiden BAM Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BAM di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini.
Sementara itu, keputusan mengenai peletakan jawatan jurulatih Datuk Misbun Sidek masih tergantung di mana Mohd Nadzmi berkata BAM telah memberi mandat kepadanya untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Presiden BAM itu berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Misbun selepas kejohanan Badminton Terbuka Proton Malaysia untuk mengadakan perbincangan lanjut dengannya.
Misbun telah menghantar surat perletakan jawatan menerusi e-mel kepada BAM pada 31 Disember lepas dan BAM telah meminta Misbun untuk menimbang semula keputusannya dan kembali melatih pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei memandangkan ketiadaan Misbun dilihat akan menjejaskan peluang perseorangan nombor satu dunia itu meraih emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik 2012 di London.
Mengenai Muhammad Hafiz, beliau berkata BAM menerima permintaan bekas juara All-England 2003 untuk menjadi pemain profesional memandangkan beliau telah banyak mewakili negara serta telah menyampaikan hasratnya untuk keluar dengan cara yang baik.
Pemain perseorangan kedua negara itu telah memaklumkan kepada BAM niatnya untuk keluar daripada badan itu pada Disember lepas walaupun beliau masih mempunyai kontrak bersama badan itu sehingga 2012 iaitu sehingga temasya Olimpik di London.
Pada Rabu lalu, selepas gagal dalam pusingan pertama di Kejohanan Badminton Terbuka Proton Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil Muhammad Hafiz mengulangi lagi keinginannya untuk meninggalkan BAM kerana berhasrat menjadi pemain profesional. — Bernama

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Dr M hormati pandangan Melayu Singapura

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghormati pandangan masyarakat Melayu Singapura yang menolak dakwaannya bahawa golongan itu terpinggir di republik berkenaan. 

Beliau berkata, masyarakat Melayu Singapura berhak menyanggah dan menyatakan apa saja terhadap kritikannya atas dasar kebebasan bersuara.


“Mereka boleh cakap apa saja kerana Singapura ada kebebasan bersuara asalkan tidak mengatakan perkara yang tidak disukai oleh kerajaan Singapura,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Viva Palestina Malaysia (VPM) di sini, malam tadi.

Mengulas mengenai usaha kerajaan Selangor untuk meminda pindaan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 bagi memberi kuasa melantik tiga pegawai eksekutif di negeri itu kepada Sultan, Dr Mahathir yakin perkara itu tidak akan berlaku kerana Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar mempunyai kuasa untuk menasihati Sultan. 

Beliau berkata, sebagai contoh Yang di-Pertuan Agong juga bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan tiada keperluan untuk meminda kembali Perlembagaan. 

Sementara itu ketika berucap, Dr Mahathir berkata, kekejaman rejim Zionis terhadap Palestin boleh dihentikan sejak dulu lagi jika Amerika Syarikat (AS) dan Britain tidak memberi sokongan kuat kepada Israel. 

Tanpa sokongan dua negara itu, katanya, Israel sememangnya lemah dan ia terbukti melalui peperangan antara rejim itu dengan tentera Britain yang menyaksikan enam juta masyarakat Yahudi terbunuh. 

“Kedua-dua negara kuasa besar itu adalah pejuang kuat kepada hak asasi kemanusiaan dan perpaduan, bagaimanapun tetap menyokong pembunuhan kejam penduduk Palestin oleh rejim Zionis,” katanya. 

Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memahami penderitaan masyarakat Palestin dengan terus menyalurkan bantuan sehingga negara itu aman dan bebas daripada cengkaman Yahudi. via bharian
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Calon BN lawan Pas di Tenang

LABIS - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang menyaksikan pertemuan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azahar Ibrahim dan Normala Sudirman dari Pas.
Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, Md. Asri Amir mengumumkan hanya dua calon terbabit menyerahkan borang pencalonan pada hari penamaan calon di pejabat Majlis Daerah Labis di sini semalam.
Katanya, Mohd. Azahar, 39, menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.02 pagi diikuti Normala, 39, lapan minit kemudian.
"Tiga bantahan telah diterima tetapi tiada calon ditolak sekali gus pembuangan undi pada 30 Januari ini menyaksikan pertandingan antara Normala menentang Mohd. Azahar," katanya.
Mohd. Azahar menyerahkan borang pencalonan yang dicadang oleh Ma Chong Pah @ Mar Chong Pah dan disokong oleh C. Jayaraman manakala Mahat Jamin selaku pencadang Normala dan disokong oleh Rosiah Ahmad.
Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha ( BN) pada 17 Disember lalu akibat jangkitan kuman dan kencing manis.
Sulaiman menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada Pilihan Raya Umum 2008.
Sementara itu, penamaan calon berjalan lancar meskipun dihadiri kira-kira 23,000 penyokong kedua-dua pihak yang bertanding.
Menurut Ketua Polis Negeri Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Sharif, keadaan terkawal berikutan langkah polis mengasingkan penyokong kedua-dua calon tersebut.
"Saya harap, keadaan ini akan berterusan semasa kempen dan juga pada hari pembuangan undi pada 30 Januari nanti," katanya. via kosmo

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Wenger perli United

NASIB...United sekadar bernasib baik catat keputusan tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

LONDON: Arsene Wenger (gambar) berkata Manchester United agak “bernasib baik hingga kini” untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Perdana Inggeris, namun beliau berasakan mereka tidak akan mula memikirkan untuk menyamai pencapaian mengagumkan Arsenal tujuh musim lalu hinggalah lima perlawanan terakhir musim.
Pengurus Arsenal itu, yang menganggap kejayaan pasukannya menjuarai liga tanpa mengalami sebarang kekalahan pada musim 2003-04 sebagai pencapaian terulungnya, berkata adalah mustahil untuk meramalkan United akan mengikut jejak langkah pasukannya itu kali ini.


Bagaimanapun apa yang beliau tidak pasti sama ada anak buah Alex Ferguson berpeluang untuk melakukannya kali ini, kerana pasukannya bersedia untuk meranapkan impian mereka.

Seorang atau dua pemain daripada skuad terhebat Wenger pernah berkata secara peribadi bahawa mereka benci jika United mampu mengekalkan rekod tanpa kalah kerana ia sedikit sebanyak akan menjejaskan apa yang mereka capai selama ini.


Arsenal akan menanti kunjungan United di Stadium Emirates pada 30 April depan, ketika musim berbaki empat perlawanan untuk ditamatkan.



“Adakah anda bertanyakan saya, bolehkah mereka melakukannya?” kata Wenger.



“Pastinya, kerana mereka belum kalah lagi. Mereka agak bernasib baik hingga kini? Pastinya, tapi kita akan lihat. Saya tidak tahu lebih daripada anda. Anda benar-benar memikirkan untuk memenangi kejuaraan liga tapi dengan lima perlawanan untuk dilalui, anda mula memikirkan: ‘Oh, kami boleh menambah sesuatu terhadap kejuaraan ini. Itulah yang berlaku terhadap kami. Tapi anda tidak memikirkan mengenainya dengan berbaki 16 perlawanan lagi.” United masih memiliki 17 perlawanan untuk dimainkan dan rekod mereka selepas 21 perlawanan pertama sama dengan pencapaian Arsenal pada 2003-04; United seri sembilan kali manakala Arsenal tujuh. Lagipun, elemen tuah amat penting seperti yang diakui Wenger sendiri.


United sebelum ini bergelut beberapa kali di gelanggang lawan dan kemenangan 2-1 di West Bromwich Albion, apabila Peter Odemwingie gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-63 ketika kedudukan 1-1, mungkin mampu mengubah nasib mereka.

Arsenal hampir kalah pada September 2003 di Old Trafford tetapi penyerang United, Ruud van Nistelrooy terlepas sepakan penalti pada masa kecederaan ketika kedudukan 0-0.


“Di West Brom, sebagai contoh,” kata Wenger, apabila ditanya di mana beliau menganggap United amat bernasib baik musim ini. - Agensi

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Saturday, January 22, 2011

Chong Wei kecewa

CHONG WEI kecewa kerana hajatnya untuk menentang Lin Dan pada pusingan separuh akhir tidak kesampaian

ADA reaksi kecewa daripada wajah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.Puncanya, dia tidak berpeluang berdepan bintang sensasi China, Lin Dan pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini.
Pada awalnya, pemain ranking No. 1 dunia itu diramal akan turun menentang Lin Dan yang juga merupakan musuh tradisinya pada aksi separuh akhir.
Namun, segala-galanya berubah selepas jaguh dari Tembok Besar China itu membuat keputusan untuk menarik diri daripada beraksi pada peringkat suku akhir semalam.
Keputusan tersebut menyaksikan seorang lagi pemain China, Chen Long yang dijadual berdepan Lin Dan pada aksi suku akhir itu, diberikan kemenangan percuma sekali gus mara ke peringkat separuh akhir.
Ini bermakna, bukan Lin Dan yang menjadi lawan Chong Wei pada aksi separuh akhir tetapi Chen Long.
"Saya terkejut dengan keputusan Lin Dan itu tetapi semuanya sudah berlalu.
"Memang pertemuan ini akan menjadi perlawanan tumpuan serta dinanti-nantikan.
“Namun, apa boleh buat dia (Lin Dan) telah menarik diri selepas dikatakan mengalami masalah kecederaan," kata Chong Wei.
Terdahulu, Chong Wei mara ke peringkat separuh akhir selepas mencatatkan kemenangan ke atas pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh 21-15, 21-16 pada aksi suku akhir.
Mengulas mengenai pertemuannya dengan Chen Long, Chong Wei berkata: "Chen Long merupakan pemain yang agresif.
"Jadi... saya perlu lebih berhati-hati dengan corak permainannya.
"Namun, saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai Chen Long kerana bagi saya apa yang lebih penting adalah prestasi diri saya sendiri," katanya. via kosmo


sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

taufik bengang helah Lin Dan

lin dan..

SAMBIL menyifatkan Lin Dan bermain taktik kotor, jaguh Indonesia, Taufik Hidayat menuntut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengambil tindakan terhadap pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2008 kerana sengaja menarik diri daripada Terbuka Malaysia yang sedang berlangsung.

“Saya mahu BWF mengambil tindakan terhadap Lin Dan kerana ini kali ketiga dia menarik diri. Dia langsung tidak menunjukkan rasa hormat terhadap kejohanan,” kata Taufik yang begitu marah ketika ditemui selepas menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago. “Dia sering memberi kemenangan percuma setiap kali berdepan rakan senegara.” Semalam, Lin Dan sekali lagi membuat keputusan menarik diri sekali gus menafikan pertemuan menentang Datuk Lee Chong Wei di separuh akhir, hari ini.


Selepas perlawanan antara beregu lelaki Zakry Latif-Hoon Thien How menentang pasangan Jepun, Naoki Kawamae-Shoji Sato, pengadil perlawanan membuat pengumuman penarikan diri Lin Dan, sekali gus memberi kemenangan percuma kepada rakan senegara, Chen Long.

Ketua pengadil Terbuka Malaysia, Jane Wheatley dari Australia berkata, Lin Dan mengalami kecederaan sewaktu latihan sesi pagi.


“China mendakwa kecederaan lama Lin Dan berulang, kejang otot abdomen kiri ketika menjalani latihan,” kata Jane. “Doktor perubatan, Dr Khairulina Khalid dari Institut Sukan Negara (ISN) menulis surat kepada saya mengesahkan Lin Dan benar-benar mengalami kecederaan dan menasihatkan pemain itu tidak meneruskan aksi kerana bimbang memburukkan lagi kecederaan.” Jane turut menunjukkan surat pengesahan yang dihantar Dr Khairulina. Agak pelik Lin Dan dikatakan mengalami kecederaan sewaktu menjalani latihan pagi semalam kerana kelibat pemain China langsung tidak kelihatan di Stadium Putra pada waktu mereka dijadualkan berlatih.



Sementara itu, jurulatih Lin Dan, Xia Xuanze mengesahkan Lin Dan tetap akan mengambil bahagian di Siri Super Premier Terbuka Korea minggu depan.

Tahun lalu, di Terbuka China, Lin Dan turut memberi kemenangan percuma kepada Chen Long dan selepas itu dia melakukan perkara sama ketika memberi laluan kepada pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh ke separuh akhir sewaktu menentang Chong Wei.

Helah Lin Dan ini nampaknya serampang dua mata. Pertama cuba mengelak dari bertemu Chong Wei dengan lebih kerap, dalam masa sama cuba menaikkan ranking pemain China lain untuk mencari kedudukan selesa di Kejohanan Dunia.

Ketika ini, Chong Wei, Taufik dan Peter Gade (Denmark) berada di tiga kedudukan teratas ranking dunia, manakala Chen Long dan Lin Dan keempat dan kelima.



sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Friday, January 21, 2011

misbun cetus tanda tanya


menakjubkan.. kehadiran ikon itu kembali berada di sisi pemain nombor satu dunia itu jelas mendapat tepukan gemuruh penonton dan menyuntik semangat Chong Wei yang hanya memerlukan 23 minit untuk membenam pemain Hong Kong, Hun Yun, 21-6, 21-9. 


Namun, sebaik berakhir perlawanan dan selepas memeluk Chong Wei, Misbun terus menuju ke pintu belakang dan menghilangkan diri, sekali gus mencetuskan tanda tanya sejauh mana kemelut peletakan jawatannya itu benar-benar sudah selesai? 



“Saya datang untuk negara,” kata Misbun yang kemudian menaiki keretanya. 



Chong Wei dalam sidang media selepas perlawanan mengakui, kehadiran jurulatihnya itu merangsang semangatnya dan berharap kemelut peletakan jawatan itu dapat diselesaikan segera. 
“Saya tidak tahu dia datang dan hanya menyedari kehadirannya apabila dia (Misbun) tiba-tiba muncul ketika saya memanaskan badan. Walaupun terkejut, saya gembira kerana dia hadir dan merangsang saya mempamerkan permainan terbaik tadi (malam tadi). 



“Begitupun, dia tidak memberitahu sama ada akan terus datang atau tidak lagi esok (hari ini). Namun, saya harap dia dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dapat menyelesaikan kemelut peletakan jawatannya segera,” kata Chong Wei. 



Chong Wei yang juga pilihan pertama kejohanan mara ke suku akhir dan dijadualkan bertemu pilihan kelapan, Nguyen Tienh Minh dari Vietnam yang menundukkan pemain Jepun 21-18, 21-18, hari ini. 



Berdasarkan rekod, Chong Wei sudah memenangi enam daripada tujuh pertemuan dengan pemain itu dan kali terakhir menang ketika saingan peringkat kumpulan Kejohanan Siri Super Final di Taiwan, minggu lalu. 



“Lawan (Nguyen) seorang pemain yang mengamalkan corak bertahan dan kali terakhir saya bertemunya di Taiwan awal bulan ini. Saya akan cuba mengalahkannya sekali lagi esok (hari ini),” kata Chong Wei yang memburu gelaran ketujuh. - bharian



sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

bapa sial rogol anak



DUNGUN – Dia sepatutnya menjadi pelindung ahli keluarga, namun disebabkan nafsu syaitan menguasai diri, seorang lelaki durjana sanggup menjadikan anak tirinya sebagai hamba seks. 

Perbuatan yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan itu dipercayai berlaku lebih 20 kali sejak awal hingga hujung tahun 2010 ketika mangsa bersendirian dengan suspek. 

Suspek yang menjadi bapa tiri mangsa sejak beberapa tahun lalu itu mula bertindak berani melakukan perbuatan terkutuk dengan anak tirinya yang berusia 15 tahun itu setelah mangsa dikatakan takut untuk membongkarkan perbuatan durjana bapa tirinya kerana bimbang dengan sikap panas baran suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu. 

Lelaki durjana itu dipercayai memperkosa pelajar Tingkatan Tiga di salah sebuah sekolah menengah di Dungun itu di beberapa lokasi termasuk dalam bilik, bahagian dapur rumah mangsa, tandas sekolah, dalam kereta dan kawasan semak. 

Suspek juga dikatakan bijak menyembunyikan perbuatan itu dengan berpura-pura bertingkah laku baik di hadapan isterinya yang juga ibu kepada mangsa. 

Dalam satu kejadian, suspek dikatakan mengambil kesempatan memperkosa mangsa dalam tandas sekolah rendah di tempat kerjanya. 

Selain itu, suspek yang sering membawa mangsa bersiar-siar juga difahamkan turut mengambil kesempatan merogol anak tirinya dalam kereta di tepi pantai perangi-nan Teluk Lipat. 

Selain merogol, suspek juga dikatakan pernah me-ngadakan hubungan seks songsang dengan meliwat mangsa yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu. 

Setelah puas berdepan dengan tekanan emosi dan tidak tahan dengan suspek yang ‘bernafsu syaitan’, akhirnya mangsa bertindak berani untuk membongkarkan rahsia tersebut dengan bercerita perbuatan bapa tiri kepada ibunya sebelum satu laporan polis di buat di Balai Polis Dungun, petang kelmarin. 

Berikutan itu, suspek ditahan di tempat kerjanya di pos pengawal Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 48 kira-kira jam 10.15 malam semalam. 

Hasil siasatan awal polis mendapati, suspek yang tinggal di Kampung Padang Jambu Dungun itu dipercayai turut gemar menonton video lucah melalui telefon bimbit selain jarang mengadakan hubungan kelamin dengan isterinya dengan alasan isterinya berpenyakit kencing manis, namun sebenar dia telahpun mendapat habuan anak dara sunti yang juga anak perempuan kepada isterinya itu. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dah-lan Mohd Noor mengesahkan kes terbabit dan suspek yang berusia 36 kini ditahan reman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman minimum enam hingga 20 tahun maksimum dan sebatan.

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

blackBerry sekat porno di Indonesia


JAKARTA - Firma pengeluar telefon BlackBerry dari Kanada, Research in Motion (RIM) semalam mula menyekat akses untuk ke laman web pornografi.
Jika firma itu tidak berbuat sedemikian lesen operasi telefon itu yang menguntungkan di Indonesia mungkin akan ditarik balik.
Menurut kenyataan dalam akaun laman sosial Twitter, Menteri Komunikasi, Tifatul Sembiring bersyukur kerana RIM telah mengikut undang-undang dan peraturan di Indonesia.
Katanya, pornografi telah disekat dan menyatakan firma tersebut boleh meneruskan perniagaan mengikut lunas undang-undang.
Pengguna telefon Blackberry di Indonesia berjumlah lebih dua juta orang. - AFP


sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

chelsea perlu masa


DIDIER Drogba mengakui Chelsea terasa kehilangan pemain berpengalaman yang meninggalkan Stamford Bridge musim panas lalu ketika mereka menempuh saat-saat sukar, baru-baru ini.

The Blues menjual atau melepaskan pemain antarabangsa yang terbukti kehebatan mereka - Michael Ballack, Ricardo Carvalho, Joe Cole, Deco dan Juliano Belletti - ketika musim panas, sekali gus memberi peluang tempat buat pemain muda Josh McEachran, Jeffrey Bruma, Gael Kakuta, Patrick van Aanholt dan Daniel Sturridge.


Kecederaan dan kurang cergas menyebabkan mereka kehilangan khidmat Drogba, Frank Lampard, John Terry dan Michael Essien buat beberapa perlawanan selain Ray Wilkins turut dipecat secara kontroversi sebagai penolong pengurus, lantas mencetus keputusan terburuk mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh 15 tahun.

Pemain utama kini kembali dan bintang serangan Drogba percaya pemain muda Chelsea akan bertindak cemerlang selepas ini.


“Kami berdepan terlalu banyak kecederaan pemain dan pasukan ini berubah wajah daripada tahun lalu. Kami kehilangan lima pemain hebat - Ballack, Belletti, Deco, Carvalho dan Joe Cole.


“Dan kami menggantikan mereka dengan pemain muda seperti Bruma, Kakuta, McEachran dan Van Aanholt.

“Mereka pemain yang bagus, tapi mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan baik.”

Pemain berusia 32 tahun itu bergelut untuk mengembalikan semula persembahan terbaiknya selepas mengalami demam malaria.

“Mulanya ujian tidak menunjukkan tanda-tanda ia malaria. Doktor ingatkan ia adalah selesema, jadi itu sebabnya kami membazirkan masa,” katanya.

“Ketika kami fikir ia sekadar selesema, saya bermain, kerana bagi saya, selesema boleh ditangani.

“Kecergasan saya merudum, tapi saya bekerja keras dan cuba untuk membantu pasukan.

“Bagi saya untuk bermain sekarang, ia satu permulaan yang bagus kerana ia saat yang sukar buat saya mengalami demam malaria - amat sukar.”

Drogba menyumbat 37 gol buat Chelsea musim lalu tetapi hanya mampu menjaringkan sembilan gol setakat ini.

“Ia mungkin bukannya sesuatu yang saya jangkakan, tapi saya mengalami malaria dan menjalani pembedahan hernia sebelum permulaan musim untuk memastikan saya sihat dan cergas bagi beberapa tahun lagi.

“Saya tidak kata saya gembira kerana kami berdepan saat sukar ketika ini, tapi apabila anda lihat semula jumlah perlawanan saya dan jumlah gol serta hantaran yang saya lakukan, saya tahu ia bukannya yang terbaik, tapi tidaklah teruk sangat. Dan saya boleh terus memperbaikinya.

“Saya tidak bimbang mengenai persembahan saya. Jika kami memenangi kejuaraan liga dan saya hanya menjaringkan 10 gol, bagi saya ia tidak ada masalah.”

Namun Drogba mengakui Chelsea sukar untuk memenangi kejuaraan liga secara berturut-turut kerana mereka gagal memenangi perlawanan secara berturut-turut.

“Daripada memikirkan mengenai memenangi kejuaraan liga, kami patut memikirkan mengenai memenangi perlawanan secara berturut-turut. Ia bukannya satu gurauan, ia satu hakikat.”

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Wednesday, January 19, 2011

No Safee, no problem




SELANGOR will not miss striker Safee Sali if he decides to leave the team for an Indonesian club.
Safee, after his exploits in last month's Suzuki Cup, has received attractive offers from four Indonesia Super League sides, including Persib Bandung, Pelita Jaya and Persiba Balikpapan.

The 26-year-old wants to try his luck abroad for at least one season.

FA of Selangor (FAS) general secretary Datuk Hamidin Mohd Amin said Safee is interested in an offer from one of these clubs but negotiations are ongoing.
"Safee has picked a club he wants to join as they have offered him an attractive package.

"They have given him three contract options, either for six months, a year or one-and-a-half years," said Hamidin after the unveiling of the Selangor team jersey for the new season at Shah Alam Stadium yesterday.

"All four clubs want Safee at any cost and they have even offered compensation to Selangor if he leaves.

" I will bring it up in the FAS exco meeting soon."

If Safee leaves Selangor, he will do so by early next month for the second stage of the Indonesia Super League.

This means Safee's farewell match for Selangor will be against Kelantan in the Charity Shield on Jan 29.

However, manager-cum-coach K. Devan believes that Selangor, if Safee decides to leave, would still be a force in the Super League.

"We are prepared for it as we have new signings with offensive qualities. All of our six new players have blended in nicely with our regulars," said Devan yesterday.

"We have a good mixture of players including six from the national team's AFF Cup-winning squad, who can take us far in all competitions."

Selangor's new signings are former PKNS goalkeeper Saiful Amar Pudar, Yosri Dermaraju, Fadzli Shaari, Azidan Sarudin, S. Sritharan and K. Depan Sakwati.

"Fadzli, Sritharan and Azidan are our three new offensive players.

"Besides them we have our regulars -- Rudie Ramli, Amirulhadi Zainal and Amri Yahyah who are all goal scorers," said Devan.

However, Azidan could be suspended or fined heavily for signing with Selangor as his former club Kuala Lumpur have filed a complaint with the FA of Malaysia (FAM) claiming that their former captain had breached a clause in his contract by joining Selangor.

FAM Players' Status committee will decide on the issue on Jan 26.

As for Selangor's target this season, they want to end their six-year Malaysia Cup drought and also retain their Super League title for the third consecutive time.

"The Malaysia Cup is our main target as we have not won it for a long time. Of course, the Super League and the FA Cup are also important," added Devan.

FAS has also increased the ticket price from RM10 to RM15 this season due to rising costs of managing their team but the association is confident it will not affect attendances for home matches.


via: FAS: No Safee, no problem http://www.nst.com.my/nst/articles/40uiouio/Article/#ixzz1BTULjWGz
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Saturday, January 15, 2011

ranking fifa : tahniah, Malaysia naik dua anak tangga


KEJAYAAN Malaysia merangkul Piala Suzuki AFF bulan lalu membolehkan pasukan negara meningkat dua anak tangga dalam ranking dunia terbaru dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).
Malaysia memperbaiki kedudukannya di tangga ke-142 berbanding 144 sebelum kejohanan itu.



Menurut ranking terbaru Fifa dikeluarkan semalam, Malaysia memungut tambahan 17 mata selepas menjuarai kejohanan serantau itu. Bagaimanapun, kedudukan itu masih jauh berbanding kedudukan terbaik Malaysia iaitu di tangga ke-75 pada 1993.

Kedudukan pasukan negara kini sebaris Burundi (141), Tajikistan (143), India (144) dan Hong Kong (146) serta negara lain yang diketahui mempunyai kekurangan infrastruktur asas seperti padang, stadium dan peralatan sukan.



Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Thailand (119), Indonesia (126), Vietnam (136) dan Singapura (139).




Di peringkat Asia pula, kedudukan Malaysia juga naik ke tangga ke-23 berbanding tempat ke-25 sebelum ini di kalangan 46 negara rantau itu. - Bernama


sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!