|
lin dan..
SAMBIL menyifatkan Lin Dan bermain taktik kotor, jaguh Indonesia, Taufik Hidayat menuntut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengambil tindakan terhadap pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2008 kerana sengaja menarik diri daripada Terbuka Malaysia yang sedang berlangsung.
“Saya mahu BWF mengambil tindakan terhadap Lin Dan kerana ini kali ketiga dia menarik diri. Dia langsung tidak menunjukkan rasa hormat terhadap kejohanan,” kata Taufik yang begitu marah ketika ditemui selepas menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago. “Dia sering memberi kemenangan percuma setiap kali berdepan rakan senegara.” Semalam, Lin Dan sekali lagi membuat keputusan menarik diri sekali gus menafikan pertemuan menentang Datuk Lee Chong Wei di separuh akhir, hari ini.
Selepas perlawanan antara beregu lelaki Zakry Latif-Hoon Thien How menentang pasangan Jepun, Naoki Kawamae-Shoji Sato, pengadil perlawanan membuat pengumuman penarikan diri Lin Dan, sekali gus memberi kemenangan percuma kepada rakan senegara, Chen Long.
Ketua pengadil Terbuka Malaysia, Jane Wheatley dari Australia berkata, Lin Dan mengalami kecederaan sewaktu latihan sesi pagi.
“China mendakwa kecederaan lama Lin Dan berulang, kejang otot abdomen kiri ketika menjalani latihan,” kata Jane. “Doktor perubatan, Dr Khairulina Khalid dari Institut Sukan Negara (ISN) menulis surat kepada saya mengesahkan Lin Dan benar-benar mengalami kecederaan dan menasihatkan pemain itu tidak meneruskan aksi kerana bimbang memburukkan lagi kecederaan.” Jane turut menunjukkan surat pengesahan yang dihantar Dr Khairulina. Agak pelik Lin Dan dikatakan mengalami kecederaan sewaktu menjalani latihan pagi semalam kerana kelibat pemain China langsung tidak kelihatan di Stadium Putra pada waktu mereka dijadualkan berlatih.
Sementara itu, jurulatih Lin Dan, Xia Xuanze mengesahkan Lin Dan tetap akan mengambil bahagian di Siri Super Premier Terbuka Korea minggu depan.
|
Tahun lalu, di Terbuka China, Lin Dan turut memberi kemenangan percuma kepada Chen Long dan selepas itu dia melakukan perkara sama ketika memberi laluan kepada pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh ke separuh akhir sewaktu menentang Chong Wei.
Helah Lin Dan ini nampaknya serampang dua mata. Pertama cuba mengelak dari bertemu Chong Wei dengan lebih kerap, dalam masa sama cuba menaikkan ranking pemain China lain untuk mencari kedudukan selesa di Kejohanan Dunia.
Ketika ini, Chong Wei, Taufik dan Peter Gade (Denmark) berada di tiga kedudukan teratas ranking dunia, manakala Chen Long dan Lin Dan keempat dan kelima.
sila click jika suka.. tq
Kongsi beritahu rakan di facebook!
Related Posts : berita,
sukan
0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment