Friday, January 21, 2011

misbun cetus tanda tanya


menakjubkan.. kehadiran ikon itu kembali berada di sisi pemain nombor satu dunia itu jelas mendapat tepukan gemuruh penonton dan menyuntik semangat Chong Wei yang hanya memerlukan 23 minit untuk membenam pemain Hong Kong, Hun Yun, 21-6, 21-9. 


Namun, sebaik berakhir perlawanan dan selepas memeluk Chong Wei, Misbun terus menuju ke pintu belakang dan menghilangkan diri, sekali gus mencetuskan tanda tanya sejauh mana kemelut peletakan jawatannya itu benar-benar sudah selesai? 



“Saya datang untuk negara,” kata Misbun yang kemudian menaiki keretanya. 



Chong Wei dalam sidang media selepas perlawanan mengakui, kehadiran jurulatihnya itu merangsang semangatnya dan berharap kemelut peletakan jawatan itu dapat diselesaikan segera. 
“Saya tidak tahu dia datang dan hanya menyedari kehadirannya apabila dia (Misbun) tiba-tiba muncul ketika saya memanaskan badan. Walaupun terkejut, saya gembira kerana dia hadir dan merangsang saya mempamerkan permainan terbaik tadi (malam tadi). 



“Begitupun, dia tidak memberitahu sama ada akan terus datang atau tidak lagi esok (hari ini). Namun, saya harap dia dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dapat menyelesaikan kemelut peletakan jawatannya segera,” kata Chong Wei. 



Chong Wei yang juga pilihan pertama kejohanan mara ke suku akhir dan dijadualkan bertemu pilihan kelapan, Nguyen Tienh Minh dari Vietnam yang menundukkan pemain Jepun 21-18, 21-18, hari ini. 



Berdasarkan rekod, Chong Wei sudah memenangi enam daripada tujuh pertemuan dengan pemain itu dan kali terakhir menang ketika saingan peringkat kumpulan Kejohanan Siri Super Final di Taiwan, minggu lalu. 



“Lawan (Nguyen) seorang pemain yang mengamalkan corak bertahan dan kali terakhir saya bertemunya di Taiwan awal bulan ini. Saya akan cuba mengalahkannya sekali lagi esok (hari ini),” kata Chong Wei yang memburu gelaran ketujuh. - bharian



sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: