Showing posts with label 18 SX. Show all posts
Showing posts with label 18 SX. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

pelakon lucah jepun kena buru lari ke Manila

MANILA: Biro Imigresen Filipina (BI) mengesahkan pelakon filem dewasa dan pelarian dari Jepun, Minako Komukai, berada di negara itu sejak 21 Januari lalu.

Rekod imigresen menunjukkan, Komukai, 25, tiba di Manila dengan menaiki pesawat Delta Airlines dari Tokyo, selepas polis Jepun mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.
Dia mencatatkan alamat Glorietta 4, Ayala Centre, Makati, sebagai alamat kediamannya di Filipina. Di bawah undang-undang negara itu, Komukai boleh tinggal selama 21 hari sebagai pelancong. 

Menurut sumber, Komukai memfailkan permohonan menyambung visanya semalam. 
Pegawai bertugas Biro Imigresen, Rolando Mendoza berkata, Komukai boleh tinggal secara sah di Filipina hingga 21 Mac kerana Kedutaan Jepun tidak mengarahkan penghantaran pulang. 


Mendoza berkata, Komukai adalah pelawat sah selagi dia tidak melanggar undang-undang negara itu. 

Dalam satu dokumen yang diperoleh stesen televisyen ABS-CBN, Kedutaan Jepun dilapor menulis surat kepada Biro Imigresen memohon salinan laporan ketibaan Komukai tetapi surat itu menjelaskan ia tidak mengemukakan permohonan rasmi untuk mengarahkan Komukai dihantar pulang. 


Surat itu ditandatangani Konsul Kedutaan Jepun, Kenichi Horii. Polis Metropolitan Tokyo mengeluarkan waran tangkap ke atas Komukai minggu lalu. 



Waran itu dikeluarkan selepas polis Jepun menahan sekumpulan samseng Iran bersama pengedar dadah tempatan tahun lalu dan nama Komukai muncul sebagai salah seorang pelanggan. 



Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Komukai berdepan masalah undang-undang. – Agensi dan bharian


sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Friday, February 18, 2011

sial! perkosa budak 5 tahun

KUALA LUMPUR: Pencuri setan. Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang remaja berusia 14 tahun yang merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selepas menyelinap masuk ke rumah mangsa di sebuah flat di Kepong, di sini, kelmarin.

Difahamkan, suspek dipercayai masuk ke rumah itu untuk mencuri, namun berubah fikiran selepas melihat kanak-kanak itu tidur sendirian dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum merogolnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit tinggal sendirian kerana ibu bapanya berusia 30-an berniaga di bawah flat berkenaan.


Menurut sumber, sebaik menyelinap masuk ke rumah mangsa, suspek yang berkeliaran dalam kediaman itu dipercayai mencari barangan berharga kemudian melihat kanak-kanak perempuan itu tidur sebelum merogolnya.

Beliau berkata, mangsa kemudian turun menemui ibu bapanya dalam keadaan menangis kerana sakit pada kemaluannya.



gambar hiasan..
“Ibunya terkejut sebaik dimaklumkan kejadian terbabit. Pemeriksaan lanjut pasangan suami isteri itu mendapati kemaluan mangsa mengalami pendarahan teruk.

“Pasangan itu segera membawa anaknya ke hospital untuk diberikan rawatan,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Difahamkan, remaja terbabit diberkas polis di rumahnya yang juga berhampiran rumah mangsa dan akan direman lima hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut.




sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Sunday, February 13, 2011

awek gian seks dan najis dadah

GUA MUSANG: Aktiviti liar seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang menjadikan hotel bajet di sekitar bandar ini sebagai tempat melepaskan nafsu dengan beberapa pasangan, akhirnya terbongkar apabila dia dicekup dalam satu serbuan, di sini, lewat malam kelmarin.

Lebih mengejutkan, remaja terbabit bukan saja dicekup berkhalwat bersama pasangan bukan Islam di hotel bajet di Jalan Besar, di sini, malah didapati asyik melepaskan gian menagih dadah.

Remaja berasal dari Kota Bharu itu mempunyai rekod melahirkan anak luar nikah setahun lalu dan tinggal di Kampung Lembaga, Gua Musang.

Serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu dilakukan Skuad Amru bersama Pegawai Jabatan Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diketuai Iman Muda Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang, Hazuari Che Hamid.


Pegawai Agama Jajahan, Anuar Hashim berkata, pihaknya beberapa kali menyerbu hotel bajet berkenaan yang sering berlaku kegiatan khalwat.


Katanya, remaja terbabit tidak sempat melarikan diri manakala pasangannya terpaksa dibebaskan kerana bukan beragama Islam.


“Ketika serbuan itu, lelaki berusia 29 tahun berasal dari Kampung Baru itu cuba melarikan diri, namun gagal apabila pintu bilik dikepung sambil mengakui dia tidak beragama Islam dan gadis berkenaan pula sedang khayal,” katanya.


Beliau berkata, pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang untuk dibuat laporan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Jajahan bagi siasatan lanjut sebelum lelaki bukan Islam itu dibebaskan.



sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

hanya mahu seks

KUALA LUMPUR: Mereka bukan wanita simpanan atau kekasih siapapun. Sebaliknya, golongan ini sekadar inginkan lelaki sebagai teman asmara atau ‘sex buddy’ untuk memenuhi nafsu serakah.

Itulah cara hidup ala Barat yang menjadi sebahagian gaya hidup wanita di negara ini. Golongan ini biasanya duduk sebumbung bersama lelaki pilihan mereka tanpa ikatan perkahwinan sah.

Wanita berkenaan hanya memilih lelaki yang sama-sama tidak inginkan komitmen, tidak mahu bercinta dan berkahwin secara formal. Seks hanya untuk memenuhi naluri dan nafsu.

Gaya hidup bebas dan tidak bermoral ini didedahkan kepada Metro Ahad (MA) daripada sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Aliza, 26, dan menetap di sekitar Kuala Lumpur.

ALIZA... rakan serumah Anis

Menurut Aliza, dia tinggal serumah dengan Anis, 32, janda berasal dari Sabah yang memilih teman seks untuk memenuhi tuntutan batin.

Katanya, teman asmara Anis dikenali sebagai Rizal, kakitangan swasta yang tinggal di selatan tanah air, dan mereka bertemu seminggu hingga dua minggu dalam tempoh tertentu untuk bersama.

“Anis pernah beritahu saya, dia serik dengan kegagalan dalam perkahwinannya sebelum ini. Sebab itu apabila berkenalan dengan Rizal, dia tidak mahu berkahwin dan lebih senang dengan cara hidup sekarang.

“Saya pernah persoalkan sampai bila mereka mahu hidup begitu? Anis menegaskan dia tidak bersedia untuk bersuami semula kerana sibuk dengan komitmen perniagaan. Rizal juga berpendirian sama dan tidak ingin berkahwin,” katanya.

Mengenai perkenalannya dengan Anis, Aliza berkata, mereka tinggal bersama sejak 2008. Namun, Anis jarang ada di rumah kerana sibuk dengan perniagaan kosmetik yang diusahakannya bersama sebuah syarikat pemasaran bertingkat (MLM).

“Yang saya tahu, bila Anis ada di rumah, Rizal pun ada bersama. Pernah juga Anis beritahu, dia akan tinggal bersama Rizal jika tidak berada di Kuala Lumpur,” katanya.

Bagi membuktikan kebenaran dakwaan Aliza, wartawan MA cuba memujuk Aliza untuk bertemu Anis. Tanpa mendedahkan identiti sebenar, wartawan sempat bersua dengan Anis bersama Aliza di sebuah restoran berhampiran kediaman mereka di Jalan Bukit Bintang.

Ikuti perbualan ringkas antara Anis dan wartawan:

Wartawan (W): Kenapa Anis tidak mahu berkahwin?

Anis (A): Saya tak kisah apa orang cakap. Lagi baik begini, saya dengan hidup saya, Rizal dengan hidupnya.

W: Bukankah lebih bagus kalau berkahwin, masing-masing boleh bagi komitmen?

A: Laa... saya buat begini pun sebab tidak mahu apa-apa komitmen. Lagipun, saya sibuk dengan kerja, itu saja sudah cukup.

W: Rizal tidak kisah, tidakkah dia sayang kamu?

A: Dari awal lagi saya ingatkan dia (Rizal), jika pilih saya sebagai pasangan, lupakan soal sayang dan jangan fikir hendak kahwin. Saya tidak perlukan semua itu. Dapat ‘tidur’ dengan saya sudah cukup, saya tidak mahu lebih daripada itu.

W: Kenapa Anis pilih hidup macam ini?

A: Amboi... banyak tanya pula? Saya serik dengan perkahwinan pertama. Saya masih ingin berkerjaya dan tidak mahu memikirkan soal rumah tangga. Saya hanya perlukan Rizal untuk temankan saya.

Sepanjang berbual dengan Anis, dia lebih banyak cuba memujuk wartawan menyertai perniagaan MLM yang diusahakannya.

Apabila wartawan cuba mengutarakan lagi beberapa pertanyaan mengenai cara hidupnya, dia hanya mengatakan tiada apa yang perlu dihairankan.

“Ramai rakan saya yang begini. Kami cuma mahu hidup bebas tanpa kongkongan lelaki.

“Perkahwinan bagi saya membebankan. Namun saya tidak nafikan saya perlukan sentuhan lelaki, jadi inilah cara terbaik untuk memilih pasangan, tidak perlu berkahwin tetapi saya dapat apa yang saya kehendaki,” katanya.

Sementara itu di lokasi berlainan, Aliza sempat memperkenalkan wartawan MA dengan seorang pengurus syarikat swasta di Kuala Lumpur yang menjalani hidup sama seperti Anis.

Wanita berkenaan hanya dikenali sebagai Nita, 33, dan tujuh tahun hidup sebumbung bersama teman lelakinya.

Ketika ditanya mengapa dia memilih hidup begitu, jawapan sama diberi iaitu mereka tidak mahukan komitmen perkahwinan.

“Saya bayar kereta, belanja makan dan perbelanjaan lain dengan wang sendiri. Teman lelaki saya pun sama.

“Saya bebas untuk berbuat apa saja, kami tidak perlukan apa-apa ikatan. Yang penting, saya ada teman untuk ‘bersama’,” katanya.

Sempat juga wartawan menyindir gaya hidup bebas ala Barat yang mereka jalani itu bagaikan hidup orang tidak beragama dan tidak sesuai dengan budaya orang Melayu.

Nita hanya tersenyum dan dengan selamba berkata, dia tidak kisah pandangan masyarakat terhadap apa dilakukannya.

“Saya ada wang dan kerjaya bagus. Kenapa saya perlu ambil peduli apa orang cakap, apa yang saya buat adalah hak individu.

“Kahwin pun tidak menjamin apa-apa, lihat sekarang pun ramai pasangan asyik bercerai berai. Lagi bagus begini, sekurang-kurangnya saya dan teman lelaki tidak terikat dan bebas dengan apa yang kami ingin lakukan,” katanya.


credit berita to hmetro

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Tuesday, February 01, 2011

hakim pun kantoi khalwat, nafi pulak tu


GEORGETOWN: Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran, 43, dan pasangannya Nurul Izani Md Isa, 34, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat, 5 Disember lalu.

Pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh, dibaca di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Georgetown, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya, sebelum Adam dan Nurul Izani memohon dibicarakan. 


Adam dan Nurul Izani dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah nombor 18B, Kuarters Kerajaan Negeri, Jalan Masjid Negeri di sini, kira-kira jam 2.05 pagi, pada hari berkenaan. 


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 27 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Pulau Pinang yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.


Nik Bukhari menetapkan 22 Februari ini untuk sebutan semula kes, manakala tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin bermastautin di negeri itu.



Pendakwaan dilakukan Ketua Pendakwa Syariah, Mohd Zulkhairi Aziz, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Ahmad Munawir Abd Aziz dan Wan Faridul Hadi Md Yusof. 



Dalam prosiding, Mohd Zulhairi memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah kerana kes itu membabitkan pegawai kanan perundangan dan bertujuan bertindak adil kepada semua pihak terbabit. 



“Dalam kes ini, akan timbul isu perundangan luar biasa yang memerlukan penafsiran undang-undang lebih mendalam,” katanya. 



Sementara itu, Ahmad Munawir memohon pihaknya diberi peluang mengemukakan hujahan balas berhubung isu memindahkan kes itu kerana Mahkamah Rendah Syariah perlu mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelum memutuskan memindahkan kes itu. 



“Selepas mahkamah berpuas hati, baru keputusan boleh dibuat bagi menjaga hak tertuduh,” katanya. 



Sebelum ini, media melaporkan seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan, kira-kira jam 2 pagi, 5 Disember lalu. credit berita hmetro

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Saturday, January 29, 2011

Foto Gambar Bogel Dewi Sandra, Skandal Seks Ariel Peterpan

Seorang lagi aktres jelita Indonesia dilaporkan terbabit dengan skandal seks bugil vokalis Peterpan, Nazril Ilham alias Ariel yang juga dilabel sebagai peterporn.
Artis selebriti yang dimaksudkan ialah Dewi Sandra.
Gambar-gambar berahi Sandra Dewi, 26, dikatakan terdapat dalam komputer riba milik Ariel, yang turut memuatkan video lucah dengan Luna Maya dan Cut Tari sebelum ini.

Pihak polis enggan mengulas lanjut kerana maklumat tentang komputer riba telah menjadi bukti penyiasatan.
Mereka juga enggan untuk mengulas tentang  khabar angin mengenai 23 video yang lain didalam komputer riba tersebut.
Sementara itu, Luna Maya hari ini diperintahkan untuk melaporkan dirinya sendiri dua kali seminggu di ibukota Jakarta sehingga SEC dibicarakan di mahkamah.
Namun, Cut Tari dikecualikan kerana memberi kerjasama dan pengiktirafan yang terlibat dalam video seks KES menggegarkan Indonesia.
Peguam untuk Cut Tari, Hotman Paris hutapea menyatakan, di antara semua tiga dari selebriti yang menjadi mangsa video seks Ariel, hanya Luna Maya yang dikehendaki melapor diri dua kali seminggu.
Hotman sekarang sedang mempersiapkan Surat Perintah Penamatan Penyiasatan (SP3) kepada anak guamnya KES di mana ia berpendapat bahawa undang-undang tidak boleh dikenakan kerana rakaman pornografi dibuat pada tahun 2006, sementara undang-undang itu dikuatkuasakan pada tahun 2008.


sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Thursday, January 27, 2011

isteri kuat seks, suami minta perlindungan polis

gambar hiasan
BERLIN, Jerman - Seorang lelaki Turki yang menetap di Jerman mendapatkan perlindungan polis kerana isterinya yang kerap meminta melakukan hubungan seks, kata polis semalam.
Menurut polis, lelaki itu datang ke sebuah balai polis di barat daya Jerman pada Selasa lalu.
Lelaki itu berkata, dia telah tidur selama empat tahun di sofa untuk mengelak daripada tuntutan daripada isteri yang mahu melakukan seks.
Isterinya itu telah dikahwini selama 18 tahun.
Dia mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinannya itu.
"Sekarang, dia bercadang untuk bercerai dengan isterinya itu dan keluar dari rumah dengan harapan dia pergi ke tempat kerja dalam keadaan yang cergas sepenuhnya.
"Ketika itu, tindakannya mahu keluar dari rumah mustahil dilakukan kerana isterinya sering datang ke ruang tamu meminta dia melaksanakan tugas perkahwinan (seks) sehingga membuatkan dia meminta pertolongan polis untuk mendapatkan tidur pada waktu malam," menurut polis. - AFP via kosmo. dapatkan kosmo hari ini!

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

pondan kena belasah

KUALA LUMPUR: Niat nakal seorang pelancong pondan warga asing mengadakan parti ‘panas’ bersama tiga lelaki tempatan baru dikenali bertukar tragedi apabila ‘gadis’ terbabit sebaliknya dibelasah sebelum dirompak suspek.

Difahamkan, mangsa yang berusia 24 tahun sebelum itu mempelawa tiga lelaki yang dikenali di pusat hiburan datang ke bilik hotel didiami untuk beramah mesra.

Menurut sumber, kejadian berlaku jam 11.30 malam kelmarin. credit to hmetro
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

rogol kekasih sendiri, tukang paip dipenjara 22 tahun, 9 sebatan

KUANTAN: Kerakusan seorang pemuda yang tergamak menjadikan teman wanitanya sebagai pemuas nafsu dengan merogol remaja berusia 13 tahun itu tiga kali dalam tempoh kurang dua jam, dua tahun lalu mendapat pembalasan setimpal selepas dihukum penjara 22 tahun dan sembilan sebatan.

Hakim Noradidah Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas Zulhelmi Zulkifli (gambar), 25, mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan berkenaan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Bagi tuduhan pertama, tertuduh dihukum penjara lapan tahun dan tiga sebatan manakala bagi tuduhan kedua dan ketiga, dia yang bekerja sebagai tukang paip dihukum tujuh tahun penjara dan tiga sebatan.


Noradidah mengarahkan hukuman itu dijalankan berasingan mulai tarikh tertuduh ditahan pada 12 Oktober 2010.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati melakukan kesalahan itu terhadap gadis yang ketika itu berusia 13 tahun lapan bulan dalam sebuah bilik sewa beralamat di B-74 tingkat 2, Lorong Tun Ismail 6, di sini, kira-kira jam 6 pagi, 5 Disember 2009.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa merogol mangsa kira-kira jam 6.45 pagi pada tarikh dan tempat sama manakala tuduhan ketiga, dia didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 7.30 pagi, juga pada tarikh dan tempat sama.
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Monday, January 24, 2011

gempar! ibu rogol remaja lelaki


CHICAGO RIDGE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu, Cathleen Miller, 40, dihukum penjara selama 10 tahun kerana kesalahan melakukan seks dengan beberapa remaja lelaki yang merupakan rakan anak perempuannya, lapor beberapa akhbar kelmarin.
Menurut seorang peguam bela, Robert Olson, Miller mengaku bersalah atas kesalahan penyalahgunaan seks dan serangan seks semasa sesi perbicaraan di sini.
Seorang pihak pendakwa, Andy Conklin berkata, wanita itu menerima hukuman penjara 10 tahun kerana kesalahan merogol dan penyalahgunaan seks.
Menurut pendakwa raya, dia mencabul tiga budak lelaki.
Budak lelaki yang terlibat berusia di antara 14 dan 15 tahun.
Pihak pendakwa raya menyatakan dia menawarkan arak dan dadah untuk melakukan seks dengan dua orang mangsanya pada Februari dan Jun tahun lepas di rumahnya.
Skandal seks itu terdedah apabila salah seorang mangsa lelaki menghantar mesej di laman sosial Facebook kepada anak perempuan sulung Miller bagi meminta maaf kerana perbuatan itu.
Keluarga mangsa itu yang terlihat mesej itu kemudian memberitahu pihak polis.
Miller yang bekerja sebagai seorang setiausaha menyatakan budak lelaki itu yang membawa arak dan dadah ke rumahnya. - Agensi

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

sial! guru rogol murid bawah umur


KOTA BHARU – Selepas lima tahun dibicara, Mahkamah Sesyen di sini semalam akhirnya menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara berserta dua sebatan ke atas seorang guru kerana didapati bersalah merogol anak muridnya yang berusia 12 tahun ketika kejadian.
Hakim Zainal L. Saleh memutuskan hukuman itu ke atas Mohd. Saidi Che Tengah, 44, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah ke atas dua pertuduhan rogol yang dihadapkan ke atas bapa kepada lapan anak itu.
“Ini kesalahan serius. Faktor kepentingan awam juga saya ambil kira dalam memutuskan sesuatu hukuman yang dapat memberikan pengajaran kepada kamu dan seterusnya dapat menghantar mesej kepada masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

usah bimbang jadi kendur

RAMAI wanita bimbang mengenai masalah payudara kendur sehingga ada yang mendapatkan pelbagai rawatan untuk menegangkan payudara. Ada pula berpendapat penyebab utama payudara kendur kerana sering menyusui anak.

Secara saintifiknya payudara adalah kelenjar yang berfungsi menghasilkan susu. Struktur utama payudara dibentuk oleh kilang kelenjar susu.

Di sekeliling kilang kelenjar terdapat tisu lemak, kolagen dan ligamen. Payudara tidak mempunyai otot atau tulang. 

Oleh itu saiz payudara bukan saja dipengaruhi oleh kelenjar susu yang ada tetapi juga oleh berapa banyak terdapatnya tisu lemak dan kolagen di sekeliling kelenjar susu itu.


Menurut Konsultan Laktasi (IBCLC) dan Pensyarah Kanan, Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Zaharah Sulaiman yang sekarang sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana (PhD) di Universiti La Trobe Melbourne, Australia dan membuat kajian mengenai penyusuan ibu di kalangan wanita bekerja dia menolak dakwaan mengenai faktor menyusu menyebabkan payudara kendur.

Katanya, ini kerana bentuk dan saiz payudara seseorang boleh dipengaruhi faktor umur, gen (keturunan), etnik dan pemakanan seseorang wanita. Adalah satu kebiasaan bagi payudara seorang wanita berbeza saiz antara yang kiri dan kanan di mana satu lebih besar dan kecil.

Dr Zaharah berkata, terdapat beberapa faktor menentukan bentuk payudara antaranya keanjalan ligamen yang menampung atau mengampu payudara serta tarikan graviti secara semula jadi yang akan menyebabkan payudara kendur.

"Payudara bersaiz besar dan lebih berat akan mempunyai tarikan graviti yang lebih. Tarikan graviti ini akan menyebabkan ligamen dan kulit payudara tertarik dan menyebabkan kekenduran.

"Bentuk dan saiz payudara yang normal juga berbeza-beza. Ada bersaiz kecil dan besar. Ada yang bulat dan ada bentuk panjang dan lonjong.

"Begitu juga dengan bentuk puting payudara. Ada puting timbul, leper dan tenggelam. Semua ini adalah kepelbagaian dalam bentuk normal," katanya.

Menurutnya, peningkatan usia penyebab utama kekenduran payudara.

Jelasnya, payudara kendur adalah proses semula jadi wanita kerana pembentukannya dipengaruhi hormon estrogen.

Katanya, kekenduran payudara menjadi lebih nyata semasa menopaus apabila aras hormon estrogen amat berkurangan.

Beliau berkata, proses kekenduran payudara tidak nampak ketara bagi wanita mempunyai saiz payudara amat kecil kerana mempunyai tarikan graviti lebih kecil.

"Merokok adalah penyebab utama kekenduran payudara. Ini kerana rokok merosakkan elastin iaitu sejenis fiber protein yang memberi ketegangan dan keanjalan kulit seseorang.

"Oleh itu apabila seseorang merokok, ini akan merosakkan elastin dan mempercepatkan kekedutan serta mengurangkan keanjalan pada ligamen.

"Merokok juga boleh merosakkan tisu ovari (kilang telur) yang bertanggungjawab menghasilkan hormon estrogen.

"Estrogen adalah sejenis hormon wanita yang dirembes oleh ovari untuk merangsang pembentukan payudara," katanya.

Menurut Dr Zaharah, kekerapan kehamilan juga punca kepada payudara kendur.

Jelasnya, ketika hamil, payudara seorang wanita mengalami perubahan ketara apabila kelenjar susu mula membesar sebagai persiapan untuk menghasilkan susu.

Katanya, pembesaran kelenjar susu mengurangkan tisu lemak pada payudara.

"Selepas bersalin dan apabila penghasilan susu tidak lagi diperlukan (sama ada wanita itu menyusui anaknya ataupun tidak), kelenjar susu akan kembali mengecut.

"Tisu lemak yang telah berkurangan tidak kembali semula ke peringkat sebelum hamil. Begitu juga dengan keanjalan ligamen yang mengampu payudara berkurangan.

"Justeru jika wanita kerap hamil, perubahan saiz payudara juga berlaku dengan kerap dan ini akan menyebabkan kekenduran boleh berlaku dengan lebih cepat," katanya.

Menurutnya, wanita kerap hamil walaupun tidak menyusukan bayi mempunyai risiko untuk mendapat payudara kendur lebih cepat.

Katanya, faktor terakhir ialah penurunan berat badan ketara menyebabkan tisu lemak berkurangan.

Jelasnya, namun kulit dan ligamen tidak menegang dengan pengurangan tisu lemak ini akan menyebabkan payudara kelihatan kendur.

Katanya, berdasarkan semua fakta di atas wanita tidak perlu takut menyusui bayi mereka kerana menyusu tidak meningkatkan risiko kekenduran payudara.

"Susui bayi anda kerana banyak manfaat kesihatan diperoleh bukan saja kepada bayi tetapi untuk ibu.

"Kajian menunjukkan wanita menyusui bayi berisiko lebih rendah mendapat kanser payudara dan kanser ovari daripada wanita yang tidak menyusui bayinya.

"Bayi yang mendapat susu ibu juga lebih sihat dan kurang risiko untuk mendapat jangkitan kuman.

"Namun kajian ini tidak membandingkan antara wanita yang menyusui dengan wanita yang tidak menyusui bayi terhadap kekenduran payudara. Kajian ini melihat apakah faktor yang menyebabkan kekenduran payudara. Ini adalah dua pernyataan yang berbeza," jelas Zaharah.

Katanya, wanita yang tidak pernah mengandung atau menyusui anak juga turut berdepan dengan masalah payudara kendur kerana proses penuaan dan perubahan semula jadi.

Apa yang berbeza, ujar beliau, kekenduran berlaku lebih ketara kepada wanita yang mempunyai risiko seperti di atas.

Kekenduran berlaku dengan lebih ketara ketika wanita mengalami menopaus kerana kekurangan aras hormon estrogen. Wanita yang mempunyai payudara yang lebih besar (oleh itu payudara lebih berat) boleh mengalami kekenduran dengan lebih cepat disebabkan tarikan graviti yang dialaminya lebih ketara," ujarnya.

Menyedari kepentingan payudara sama ada untuk menyusui bayi atau dianggap sebagai aset kecantikan wanita, kebanyakan wanita mencari rawatan bertujuan mengembalikan keanjalan payudara. Di pasaran terdapat pelbagai produk kecantikan bertujuan untuk mencantikkan payudara. Secara umumnya Zaharah berpendapat kesan diperoleh hanya bersifat sementara terutama ketika produk ini digunakan. Apa yang harus diperhatikan adalah kemungkinan kesan sampingan produk itu yang boleh berlaku sama ada dalam jangkamasa pendek atau panjang.

Ada juga wanita yang menjalani pembedahan plastik payudara sama ada untuk membesar atau mengecilkan payudara untuk mendapatkan saiz dan bentuk yang diidamkan. Ini juga tidak bertahan lama dan pada kebiasaannya perlu dilakukan beberapa kali untuk mengekalkan bentuk yang diingini. Lebih-lebih lagi untuk yang beragama Islam, perbuatan ini haram di sisi agama kecuali pembedahan itu dilakukan atas sebab-sebab kesihatan (seperti membuang ketumbuhan).

"Saya merasakan apa juga yang dilakukan hanya mampu untuk melambatkan proses kekenduran, hakikatnya kekenduran payudara akan tetap berlaku. Ini adalah kerana proses penuaan adalah fitrah. Payudara seperti juga organ lain, ia anugerah Allah. Jika seseorang suami atau lelaki tertarik kepada wanita hanya disebabkan ketegangan payudara yang dimiliki oleh wanita itu, maka lelaki itu hanya mengimpikan sesuatu yang sementara saja.

"Ini kerana proses penuaan ini bukan saja dialami wanita tetapi lelaki. Jika isteri atau wanita mengalami penuaan, maka suami atau lelaki juga mengalami fasa penuaan yang dikenali sebagai andropaus. Keberkatan dan kebahagiaan rumah tangga bukan terletak semata-mata pada rupa paras fizikal tetapi juga keserasian dan kebolehan pasangan untuk menerima pasangan masing-masing seadanya dengan kekurangan masing-masing," katanya. 



Panduan menjaga payudara: 

1. Jangan merokok

2. Menyusukan bayi. Ini kerana menyusu anak adalah hak seorang anak untuk mendapatkan nutrisi terbaik dari ibunya. Lebih-lebih lagi ia benteng terbaik yang boleh mengurangkan jangkitan kuman kepada bayi dan mengurangkan risiko kanser payudara pada ibu.

3. Penggunaan coli. Terdapat banyak pendapat mengenai cara penggunaan coli. Walau bagaimanapun, setakat ini tiada kajian menunjukkan penggunaan coli boleh mengelak payudara kendur. Ada kajian yang mengatakan coli boleh mengurangkan kekenduran hanya pada masa coli itu dipakai. Apa yang lebih penting adalah menggunakan coli yang sesuai dengan saiz dan bentuk payudara seseorang. Coli yang terlalu ketat boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan pada tulang belakang (belikat) dan juga tidak baik untuk postur. Terdapat coli yang dibuat sesuai digunakan untuk mengampu payudara ketika menjalani aktiviti sukan.

4. Senaman. Secara umumnya, senaman fizikal bertujuan untuk menguatkan otot. Walau bagaimanapun, kelenjar payudara tidak mempunyai otot. Tetapi payudara hanya terletak di atas otot dada. Oleh itu senaman fizikal yang boleh menguatkan otot dada ialah berenang kerana secara tidak langsung boleh meletakkan payudara pada tempat yang lebih kemas.
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Sunday, January 23, 2011

Penyanyi rogol remaja ditahan

CANCUN: Seorang penyanyi pop terkenal Mexico, Kalimba ditahan selepas didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang gadis remaja. 

Kalimba tiba di bandar Caribbean di Chetumal dalam pesawat Kerajaan Persekutuan Mexico selepas diusir dari El Paso, Texas kerana melanggar peraturan imigresen.


Peguamnya, Eliezer Garcia, memberitahu Televisa bahawa Kalimba berada di Texas kerana urusan perniagaan apabila dia ditahan dan tidak cuba melarikan diri.

Pendakwa raya menuduh Kalimba merogol gadis berusia 17 tahun pada 19 Disember lalu di sebuah hotel di Chetumal, ibu kota negeri Quintana Roo. 

Seorang hakim mengeluarkan waran tangkap ke atas penyanyi itu. 

Kalimba, 28, menafikan tuduhan itu dalam kes yang mendapat liputan muka depan akhbar tempatan dan menjadi topik perbualan rancangan bual bicara. – AP bharian
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Saturday, January 22, 2011

isu 'besarkan payudara' cetus kontroversi


Baru-baru ini, program Wanita Hari Ini telah membincangkan topik panas yakni “Besarkan Payu Dara”. Ternyata tajuk ini sememangnya kontroversi sehingga pengarah besar TV3 pun terpaksa turun padang untuk membuat kenyataan.. jom dengar komen Ahmad Izham Omar selaku Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.

Pihak TV3 tidak mempunyai niat lain, selain daripada menggalakkan diskusi secara terbuka dan berkongsi pengalaman dalam topik tersebut. Menerusi WHI juga kami berharap agar setiap perbincangan dapat memberi manfaat kepada penonton.

Pada masa yang sama, kami peka terhadap pandangan masyarakat di luarsana serta menghargai maklum balas yang diterima daripada orang ramai. Malah kami menjemput seorang doktor pakar untuk membincangkan topik tersebut dan ia mengandungi unsur pengajaran ataupun input tambahan yang bersesuaian.

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

hukum menghisap zakar

sekadar hiasan mata..

ini adalah tips seks yang harus diambil perhatian oleh pasangan yang sudah berkahwin dan juga kepada mereka yang bakal bergelar raja sehari. tips ini hanya layak di baca oleh golongan 18 tahun dan ke atas sahaja.. sape yang kurang dari itu, minta baca tips-tips lain dulu yea.. terima kasih.
Hukum menghisap zakar suami adalah harus. Jika ia tidak memudaratkan isteri dan mendapat persetujuan daripada isteri. Tetapi jangan sampai tertelan air mazi kerana air mazi itu adalah najis.

Isteri diumpamakan tempat untuk kita bercucuk tanam. Datangilah si isteri dari mana arah yang anda suka asalkan bukan ditempat yang haram.

Memang seronok jika "pemanasan" dilakukan dengan isteri mengisap zakar suami. Tetapi ia harus disetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Si suami perlu bijak bermain psikologi dengan isteri. Wanita tidak suka apabila dirinya dipaksa. Oleh itu anda boleh memujuknya dengan mengatakan jika si isteri mengisap zakar ia akan memberikan kepuasan yang ekstra untuk anda.

Ada juga bagi sesetengah wanita, zakar itu amat mengelikan buat mereka. lebih-lebih lagi jika zakar tersebut berwarna hitam dan ada kupasan kulit mati. Oleh itu sediakan zakar anda sebersih-bersihnya sebelum menyuruh isteri anda mengisapnya. Basuh zakar dengan sabun agar baunya harum.

Suami tidak boleh tiba-tiba sahaja datang dan menyuruh isteri anda mengisap zakar anda, tetapi perlu ada kata-kata "pembuka". Bergurau senda terlebih dahulu dengan isteri kemudian bagi rangsangan luar seperti payudara dan klitorisnya. Apabila isteri sudah agak leka dan 'hanyut' barulah menyuruhnya mengisap zakar anda.
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

buah zakar berpintal

jangan biarkan ia menghantui hidap anda..
sedutan dari akhbar bharian bertarikh 08/01/2011

SEORANG rakan saya yang sama-sama menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan, baru-baru ini mengadu sakit seperti rasa senak pada bahagian alat sulitnya dan masalah itu sudah berlanjutan sejak sekian lamanya. 

Saya membawanya ke hospital dan doktor mengesyakinya mengalami apa dikenali sebagai masalah buah zakar terpulas. Apakah masalah ini dan bagaimana ia boleh berlaku? Untuk pengetahuan doktor, sahabat saya adalah seorang yang aktif bersukan dan berusia 20 tahun. Bolehkah masalah ini berlaku kepada sesiapa saja? 

Sahabat Prihatin, Melaka 




JAWAPAN 

Saudara, masalah yang rakan anda alami adalah masalah buah zakar berpintal. Ia lazimnya berlaku kepada kanak-kanak dan mereka yang di awal remaja. Bagaimanapun, ia juga boleh dialami golongan awal dewasa seperti rakan saudara.

Untuk pengetahuan saudara, situasi buah zakar berpintal ini merujuk kepada masalah yang mana buah zakar itu berpintal pada paksinya lalu menyebabkan pengaliran darah ke buah zakar terhenti. Ini seterusnya menyebabkan buah zakar tidak lagi berfungsi jika tidak dirawat dalam tempoh enam jam selepas ia berlaku. 

Dalam kebanyakan kes, sakit akan bermula secara akut iaitu serta-merta. Ia lazimnya kerap terjadi selepas seseorang bangun dari tidur atau selepas menjalani aktiviti lasak. Sakit yang dialami pula akan disertai bengkak pada buah zakar.

Merujuk situasi rakan saudara, saya berasakan kemungkinan beliau mengalami masalah buah zakar berpintal adalah rendah. Ini disebabkan beliau mengalami masalah ini sejak sekian lamanya. 
Seperti yang saudara ketahui, sakit akibat buah zakar berpintal adalah amat kuat dan selalunya menyebabkan seseorang itu terpaksa dibawa dengan segera ke hospital. 

Daripada apa yang saudara katakan, doktor baru mengesyaki rakan saudara itu mengalami masalah buah zakar berpintal. 

Nasihat saya, maklumkan kepada rakan saudara supaya segera berjumpa pakar urologi bagi mengetahui permasalahan sebenarnya dan inilah cara terbaik daripada terus berteka-teki apakah punca kesakitan atau senak yang dialaminya. 

Kemungkinan besar saudara akan diminta menjalani ujian dikenali doppler ultrasound. Dalam ujian ini, aliran darah ke buah zakar akan dapat dilihat dan ini amat membantu bagi tujuan diagnosis. 

Bagi kes akut, pembedahan akan dilakukan yang mana tempat buah zakar berpintal itu akan ‘dilepaskan.’ Jika ketika pembedahan buah zakar menunjukkan tanda-tanda tidak berfungsi, buah zakar terpaksa dibuang. 

Selain masalah buah zakar berpintal, ada juga sebab lain mengakibatkan berlakunya sakit buah zakar. Ini termasuk jangkitan kuman pada buah zakar dan infeksi virus terutama virus sama yang menyebabkan masalah beguk. 

Bagi keadaan seperti ini, sakit pada buah zakar akan diikuti dengan tanda-tanda seperti demam, sakit semasa kencing, rasa pedih semasa kencing dan sakit pada bahagian ari-ari. Ada ketikanya, cecair akan keluar daripada bahagian kemaluan. 

Jika ada yang sudah mengalami masalah buah zakar berpintal dan tidak dirawat, buah zakar yang tidak berfungsi akan lama kelamaan menjadi kecil dan mengecut dengan sendiri. 

Bagaimanapun, tidak perlu bimbang kerana seseorang lelaki ini boleh berfungsi secara normal dengan hanya satu buah zakar. 

Apa pun, apa yang lebih penting sekarang adalah berjumpa dengan pakar urologi bagi mengesahkan permasalahan sebenar dialami rakan saudara itu. 

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Friday, January 21, 2011

cara tahan air mani pancut awal


ini bukan cerita lucah yer.. ini tips kesihatan.. gua tulis tajuk direct gitu, biar jelas.. nanti, takde lah mana-mana orang yang tak berkenaan tersesat kat sini..hehe.. artikel ni hanya boleh dibaca oleh lelaki yang dah besar, besar ape? itu yang kita nak tahu.. :p budak kecik pegi main jauh-jauh..hehe:)

Pertama, teknik kegel


teknik kegel ini tujuannya hanya utk memberi kekuatan otot penis.



Jadi, mampu mencegah keluarnya sperma di waktu yang terlalu awal. 



Caranya, tahanlah air mani yang akan dikeluarkan dalam kiraan 30 saat. 

Lalu, keluarkan lagi airnya, dan tahan lagi, sampai tiga kali penahanan. 

Setelah itu, air mani boleh dilepaskan semua sekali.



Latihan ini ada tiga tahap.



Tiap tahap adalah minima 15 saat. 



Jika Anda sudah mampu menahan sampai satu minit atau lebih, daya tahan otot Anda sangat baik.



cthnya, jika dalam keadaan ingin kencing, Anda mampu menahan alirannya 2 minit. Ini sudah cukup baik.



Jika sudah mampu, maka amalkan teknik penahanan itu saat berhubungan intim dengan isteri. Lihat, hasilnya .



Aliran sperma akan dapat terhenti, dan ejakulasi Anda akan tertahan. Ini akan berlaku lama jika Anda terus berlatih. 

Dan kelak, daya tahan Anda mampu bertahan melebihi 30 minit!!!. 




Kedua adalah teknik top start



Ini teknik yang agak sukar. Dan, hanya boleh dilakukan ketika sedang berhubungan intim sahaja. 



Caranya adalah, jika Anda merasa akan ejakulasi, cabutlah penis, dan tekan kepala penis dengan ibu jari ke arah kiri, tapi jangan terlalu kuat. 



Jika Anda merasa aliran sperma terhenti, hubungan seks dapat dilanjutkan lagi, dan teknik serupa dapat diulangi lagi.



Tapi, jangan lupa komunikasi pada pasangan Anda, biar mood pasangan tidak terganggu. 



Bila perlu, ajaklah dia yang melakukan teknik top start sama-sama. 




Cara yang ketiga adalah mengurangi ghairah seksual



Cara ini kurang baik kerana Anda harus berfikir bukan sedang bersetubuh. 



Anda perlu mengkhayalkan sesuatu yang boleh mengalihkan kenikmatan itu.



Khayalan ini biasanya akan mengurangkan daya rangsangan anda kepada pasangan hingga dia memperolehi orgasme, jadi usahakan agar dia tidak tahu.  

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!