Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Sunday, May 01, 2011

Gambar Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton, The Royal Wedding

yeayyy! Kini, Kate Middleton sah bergelar isteri kepada Prince William dan upacara perkahwinan mereka telah berlangsung dengan gilang-gemilangnya di Westminster Abbey, London pada 29 April 2011. Majlis perkahwinan itu bermula pada pukul 11:00 am (UTC+1) dan disiarkan secara langsung diseluruh dunia. 

Rugi ooo korang tak tengok... Tapi jangan sedih... Aku ada nak kongsikan beberapa keping photos di sekitar majlis tersebut. Ayat macam aku jek yang jadi photographer time tu.. hehe...
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Saturday, February 19, 2011

gempar! Graduan rakam gambar raksasa di tasik windermere


TASIK WINDERMERE, Britain - Seorang graduan teknologi maklumat, Tom Pickles merakamkan gambar seekor raksasa di sini pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar raksasa yang diberi nama Bownessie oleh penduduk tempatan itu dirakamkan menerusi telefon berkamera.
Nama itu diberikan kerana makhluk tersebut berada di dalam tasik di bandar Bowness.
Menurut pemuda berusia 24 tahun itu, raksasa itu mungkin sebesar tiga padang bola sepak.
"Saya boleh memberitahu bahawa ia lebih besar jika makhluk itu berada di dasar laut," katanya yang melihat raksasa tersebut selama 20 saat.
Semasa gambar itu dirakamkan, Pickels sedang berkayak di tasik tersebut bersama dengan teman wanitanya kerana mereka mengikuti kursus bina semangat syarikat tempat dia bekerja.

Gambar yang dirakamkan graduan itu menunjukkan beberapa bonggol di badan raksasa tersebut.
Menurut Pickles, raksasa itu berenang dengan pantas.
Teman wanitanya, Sarah Harrington, 23, berkata: "Ia (makhluk itu) seperti seekor ular yang besar. Saya melihatnya selama beberapa saat tetapi apa yang saya fikirkan ketika itu ialah saya perlu keluar dari tasik tersebut." - Agensi

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Friday, February 18, 2011

Yemen pula bergolak!

SANAA - Pertempuran sengit antara para penunjuk perasaan yang menyokong dan menentang pemerintah di sini menyebabkan sekurang-sekurangnya 40 orang cedera semalam manakala tentera dikerahkan ke bandar pelabuhan Aden, selatan negara itu bagi mengawal ketenteraman.
Sekitar 2,000 orang penunjuk perasaan, kebanyakannya pelajar, meninggalkan Universiti Sanaa dan menuju ke Dataran Pembebasan di sini apabila mereka bertembung dengan penyokong-penyokong pemerintah sekali gus mencetuskan pertempuran yang masuk hari ketujuh semalam.

Kumpulan penunjuk perasaan yang setia kepada Presiden Ali Abdullah Saleh berhimpun dan menunggu berhampiran universiti itu sejak pagi semalam untuk menyerang kumpulan penunjuk perasaan antipemerintah dengan cota dan batu.
Para penunjuk perasaan yang melaungkan slogan seperti rakyat mahu menumbangkan pemerintah bertindak balas dengan membaling batu ke arah penyokong presiden.
Seorang wartawan di sini berkata, polis kemudian campur tangan dengan melepaskan tembakan amaran untuk memisahkan kedua-dua belah pihak tetapi berundur selepas pertempuran bertambah sengit.
Menurutnya, seramai 15 daripada mereka yang cedera merupakan penunjuk perasaan manakala bakinya penyokong pemerintah.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang pegawai tempatan berkata, pertempuran sengit antara penunjuk perasaan dan pihak polis di bandar Aden kelmarin menyebabkan tentera dihantar ke lokasi tersebut. click

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Sunday, February 13, 2011

AS bimbang pemimpin baru Mesir


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama mengumumkan pengunduran secara aman Presiden Mesir Hosni Mubarak menandakan permulaan untuk pemerintahan demokrasi di negara paling ramai penduduk di dunia Arab itu.

Namun, beliau menambah, “Detik sukar akan menanti.” Obama dan kerajaan AS meluahkan kebimbangan siapakah yang akan menerajui pemerintahan di Mesir dan sama ada pemerintah baru itu akan bersekutu dengan AS mengenai isu polisi negara itu di Timur Tengah.


AS juga khuatir isu di Mesir itu akan merebak ke negara Arab lain dan kemampuan pihak tentera melaksanakan pilihan raya secara adil dan bebas. - AFP



sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Tuesday, February 01, 2011

Presiden Mesir, Hosni rombak Kabinet


KAHERAH - Presiden Mesir, Hosni Mubarak semalam melantik bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kaherah, Jeneral Mahmoud Wagdy sebagai Menteri Dalam Negeri sebagai sebahagian daripada usahanya merombak Kabinet yang dipimpinnya selama 30 tahun.
Namun, pelantikan menteri baru serta janji untuk melakukan pembaharuan belum mampu meredakan kemarahan penunjuk perasaan yang mahu beliau berundur.
Rombakan itu turut melibatkan Menteri Dalam Negeri, Habib alAdly yang digantikan dengan Mahmud Wagdi, seorang jeneral tentera.
Kemarahan itu belum reda apabila para penunjuk perasaan semalam merancang mengadakan mogok besar-besaran dan 'perarakan sejuta orang' pada hari ini di Kaherah demi menjatuhkan rejim Hosni.
"Keputusan ini dibuat semalam dan akan ada sejuta penunjuk perasaan berarak pada hari Selasa (hari ini)," jelas salah seorang penganjur tunjuk perasaan, Eid Mohammed.
Mogok pertama dilakukan oleh para pekerja di sebuah kilang di Suez pada Ahad lalu. baca seterusnya

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Saturday, January 29, 2011

penduduk Islam dunia bertambah

WASHINGTON - Populasi umat Islam di seluruh dunia dijangka bertambah dua kali ganda lebih cepat berbanding penduduk bukan Islam dalam tempoh 20 tahun akan datang, menurut kajian terbaru, semalam.

Kajian itu melaporkan, umat Islam diramal mencecah hampir 30 peratus daripada penduduk bumi pada 2030.

Penyelidik Forum Pew bagi Kehidupan Awam dan Agama, sebuah organisasi bukan kerajaan, menjangka populasi umat Islam akan bertambah sebanyak 1.5 peratus setiap tahun sepanjang dua dekad, berbanding pertumbuhan penduduk bukan Islam sebanyak 0.7 peratus setiap tahun.

Kajian bertajuk Populasi Umat Islam Pada Masa Depan itu meramalkan pada 2030, sebanyak 26.4 peratus daripada 8.3 bilion penduduk dunia pada masa itu beragama Islam.

Penduduk Islam merangkumi 23.4 peratus daripada 6.9 bilion manusia yang berada di bumi pada masa ini.

Kajian itu turut melaporkan enam daripada 10 umat Islam akan menetap di Asia Pasifik dan Pakistan dijangka menyaingi Indonesia sebagai negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai dalam tempoh 20 tahun akan datang.
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Mesir tutup Internet, telefon bimbit


KAHERAH - Pemerintah Mesir semalam memutuskan talian telefon bimbit dan perkhidmatan Internet selain menghantar puluhan trak polis antirusuhan sebagai percubaan untuk menyekat beribu-ribu aktivis daripada menyertai protes antipemerintah yang diadakan selepas solat Jumaat.
Bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei dan Persaudaraan Muslim turut menyertai protes tersebut walaupun terdapat amaran bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas untuk mematahkan gelombang kebangkitan itu.
Ketiadaan perkhidmatan Internet menghalang akses ke laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang menjadi alat komunikasi utama para penganjur protes.
Polis Mesir mengalami kesukaran untuk berdepan dengan penunjuk perasaan yang telah bertempur selama tiga hari. Mereka menuntut supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas memerintah selama 30 tahun.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran bahawa keganasan bukan penyelesaian di Mesir.
Obama turut meminta kedua-dua belah pihak mengawal perasaan dan menggesa Hosni agar melakukan perubahan politik.
"Ini adalah waktu kritikal dalam hidup rakyat Mesir. Keinginan untuk berubah mesti dihormati. Rejim tidak boleh menggunakan kekerasan ke atas peserta demonstrasi," kata Elbaradei yang lantang mengkritik Hosni dan menyatakan kesediaannya untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta berbuat demikian.
Demonstrasi itu mendapat ilham daripada Revolusi Jasmin yang berlaku di Tunisia baru-baru ini sehingga mengakibatkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan.
Setakat ini, lima penunjuk perasaan dan dua anggota polis terbunuh di Mesir manakala 100 yang lain cedera.
Seorang pegawai keselamatan memberitahu kira-kira 1,000 orang telah ditahan sejak tunjuk perasaan bermula pada Selasa lalu.
Para aktivis menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menuntut hak untuk hidup dengan penuh kebebasan dan bermaruah.
Hosni dianggap sebagai presiden yang tidak membawa pembaharuan ekonomi.
Hampir separuh daripada 80 juta penduduk Mesir hidup di bawah paras kemiskinan berdasarkan kadar pendapatan yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu AS$2 (RM6.11) sehari.
Negara itu mempunyai pendidikan yang berkualiti rendah, kadar pengangguran tinggi telah menyebabkan penduduk gagal memperoleh keperluan hidup yang sempurna. - Agensi
credit berita dan gambar kosmo


sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Thursday, January 27, 2011

isteri kuat seks, suami minta perlindungan polis

gambar hiasan
BERLIN, Jerman - Seorang lelaki Turki yang menetap di Jerman mendapatkan perlindungan polis kerana isterinya yang kerap meminta melakukan hubungan seks, kata polis semalam.
Menurut polis, lelaki itu datang ke sebuah balai polis di barat daya Jerman pada Selasa lalu.
Lelaki itu berkata, dia telah tidur selama empat tahun di sofa untuk mengelak daripada tuntutan daripada isteri yang mahu melakukan seks.
Isterinya itu telah dikahwini selama 18 tahun.
Dia mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinannya itu.
"Sekarang, dia bercadang untuk bercerai dengan isterinya itu dan keluar dari rumah dengan harapan dia pergi ke tempat kerja dalam keadaan yang cergas sepenuhnya.
"Ketika itu, tindakannya mahu keluar dari rumah mustahil dilakukan kerana isterinya sering datang ke ruang tamu meminta dia melaksanakan tugas perkahwinan (seks) sehingga membuatkan dia meminta pertolongan polis untuk mendapatkan tidur pada waktu malam," menurut polis. - AFP via kosmo. dapatkan kosmo hari ini!

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

rakyat AS tertekan

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dalam ucapan negaranya kelmarin memberitahu rakyat AS bahawa peraturan ekonomi dunia telah berubah dan AS memerlukan lonjakan inovasi untuk kekal kompetitif ekoran peningkatan ekonomi India dan China.
Dalam penilaian beliau mengenai realiti ekonomi dunia masa kini, Obama berkata, ramai warga AS masih belum dapat melupakan hari-hari sebelum globalisasi berlaku yang mana pekerjaan mereka terjamin dengan gaji yang mencukupi selain memperoleh faedah-faedah lain.
"Dunia kini berubah dan bagi kebanyakan orang, perubahan tersebut menyakitkan," kata Obama dalam ucapan yang disiarkan oleh White House.
"Peraturan ekonomi dunia juga berubah. Dalam satu generasi, revolusi teknologi mengubah cara kita menjalani kehidupan, bekerja dan menjalankan perniagaan," tambahnya di Capitol Hill, di sini.
Menurut Obama, AS berdepan dengan kuasa-kuasa ekonomi baru seperti China dan India yang kini amat kompetitif.
Namun tambahnya, rakyat AS tidak boleh berputus asa kerana negara berkenaan masih memiliki ekonomi yang paling makmur di seluruh dunia.
"Ya, dunia sudah berubah. Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan adalah satu realiti. Namun, keadaan ini tidak sepatutnya membuatkan kita kecewa. Sebaliknya, Ia adalah satu cabaran buat kita," ujarnya.
Pada masa yang sama, Obama mahu Kongres AS bertindak segera untuk meluluskan perjanjian perdagangan bebas dengan Korea Selatan tetapi beliau menolak desakan supaya tarikh akhir ditetapkan untuk perjanjian serupa dengan Colombia dan Panama.
Kata Obama, perjanjian perdagangan bebas dengan Korea Selatan, tanpa diduga, menerima sokongan padu daripada parti Demokrat pimpinannya dan parti Republikan yang menjadi pembangkang selain golongan peniaga serta pekerja.
"Justeru, saya meminta Kongres meluluskan perjanjian tersebut dengan seberapa segera," kata Obama dalam ucapan tahunan beliau kepada para anggota Kongres.
Bagaimanapun, Obama yang meramalkan perjanjian perdagangan dengan Korea Selatan akan membuka 70,000 peluang pekerjaan baru di AS, memberitahu, beliau hanya akan menyokong perjanjian yang tidak merugikan pekerja AS selain berupaya membuka peluang pekerjaan baru di negara itu.
"Itulah apa yang kita lakukan dengan Korea Selatan, dan perkara serupa menjadi matlamat dalam perjanjian perdagangan dengan Panama dan Colombia, di samping rundingan perdagangan di rantau Asia Pasifik serta global," jelasnya.
Menyentuh mengenai politik, Obama kelmarin menggesa supaya Korea Utara melupakan cita-cita untuk membina senjata nuklear.
Beliau kemudian memuji tekanan antarabangsa ke atas Iran berhubung program nuklear negara itu.
"Mengenai Semenanjung Korea, kita berdiri teguh di belakang sekutu kita, Korea Selatan dan menegaskan kepada Korea Utara supaya melaksanakan komitmennya untuk meninggalkan senjata nuklear," kata Obama.
Tentang Iran pula, Obama memberitahu. "Ekoran tekanan diplomatik supaya Iran melaksanakan obligasinya, pemerintah Iran kini berdepan dengan sekatan-sekatan yang lebih ketat dan sukar berbanding masa lalu.,"
Korea Utara, yang telah melakukan dua ujian bom nuklear, membedil kawasan awam di pulau Yeonpeong, Korea Selatan pada tahun lalu.
Tindakan tersebut menyebabkan ketegangan di semenanjung berkenaan memuncak.
AS dan sekutu-sekutunya di Eropah telah mengetuai usaha bagi mengetatkan sekatan ke atas Iran berhubung program nuklear negara itu.
Iran telah berulang kali menyatakan, program nuklearnya untuk tujuan keamanan tetapi Barat mengesyaki negara tersebut mahu membina senjata nuklear.
- AFP
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

guna tenaga dari rumah bakar mayat panaskan kolam renang

LONDON: Sebuah kerajaan tempatan di Britain bercadang menggunakan tenaga daripada rumah pembakaran mayat di situ untuk memanaskan kolam renang di bawah kendaliannya, lapor media semalam.


Pentadbiran daerah Redditch Borough - terletak berhampiran Birmingham - berkata, langkah itu jika dilaksanakan boleh mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.

Jurucakapnya berkata, pihak berkuasa tempatan Redditch Borough komited mengurangkan tahap pengeluaran gas karbon dioksida di kawasan berkenaan.




“Justeru, kami mempertimbangkan penggunaan tenaga dari rumah pembakaran mayat yang ada untuk memanaskan pusat rekreasi berhampiran,” katanya.

Jika tidak, katanya, kesan pembakaran itu akan dibebaskan ke udara begitu saja dan mencemarkan persekitaran.


Bagaimanapun, cadangan itu ditempelak kesatuan sekerja kedua terbesar di Britain, Unison.


Sambil menganggap cadangan itu sebagai ‘gila’, mereka akan membincangkannya dalam mesyuarat penuh majlis pimpinan Unison pada 7 Februari ini.

Setiausaha Serantau Unison, Roger McKenzie, berkata idea pihak berkuasa tempatan itu tidak dapat diterima akal dan menghina penduduk Redditch Borough.


“Ia menunjukkan mereka kini terdesak menjimatkan dana selepas Perdana Menteri David Cameron memotong peruntukan kepada pihak berkuasa tempatan.

“Saya menyeru pihak berkuasa meminta maaf kepada penduduk setempat kerana tidak sensitif dengan usul berkenaan,” katanya. - AFP
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Iran pinda undang-undang dadah

KUALA LUMPUR: Kerajaan Iran meminda undang-undang berkaitan dadah berkuat kuasa mulai 4 Januari lalu bagi memerangi dengan lebih berkesan sindiket dadah di negara itu.


Duta Iran ke Malaysia, Prof Dr Mohammed Mehdi Zahedi berkata, pindaan itu bukan saja diharap memberi kesan positif dalam mengurangkan pengedaran dadah di Iran yang bernilai berbilion dolar, tetapi juga di luar negara termasuk Malaysia dan di negara Asia Tenggara. 


Pindaan membabitkan penyenaraian dadah diproses industri seperti methaphetamine atau syabu yang sebelum ini tidak termaktub dalam undang-undang sedia ada. - Bernama

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Tuesday, January 25, 2011

9 fakta tentang bill gates



1. Bill Gates menghasilkan wang US$250 setiap satu saat, iaitu lebih kurang US$20 juta sehari dan US$7.8 billion setahun!
2. Jika dia terjatuh US$1,000, dia tak perlu susah-susah untuk mengutipnya kembali kerana sama dengan waktu 4 saat untuk mengutip wang tersebut, dia sudah memperolehi income dalam jumlah yang sama.
3. Hutang kerajaan Amerika lebih kurang US$5.2 trillion, jika Bill Gates membayar seorang hutang tersebut, dia dapat melunaskannya dalam masa kurang dari 10 tahun.

4. Dia dapat menyumbangkan US$15 kepada semua orang di dunia tapi tetap dapat mempunyai baki US$5 juta sebagai wang sakunya.
5. Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan pendapatannya kekal dalam setahun sejumlah US$30 juta, tetapi dia tetap harus menunggu sehingga 277 tahun agar dapat sekaya Bill Gates sekarang.
6. Jika Bill Gates adalah sebuah negara, dia akan menjadi negara ke 37 terkaya di dunia atau jadi syarikat Amerika terbesar nombor 13, malah melebihi IBM.
7. Jika semua wang Bill Gates ditukarkan ke dalam pecahan US$1, kita dapat menyusunnya menjadi jalan dari bumi ke bulan, 14 kali ulang balik. Tapi jalan itu harus dibuat non stop selama 1,400 tahun dan menggunakan sebanyak 713 buah Boeing 747 untuk mengangkut semua wang itu.
8. Bill Gates sekarang berumur 40 tahun. Jika kita mengandaikan dia dapat hidup 35 tahun lagi maka dia harus membelanjakan US$6.78 juta sehari untuk menghabiskan semua wangnya.
9. Tapi! Jika pengguna Microsoft Windows dapat claim US$1 untuk setiap kali komputernya hang kerana Microsoft Windows, Bill Gates akan segera bangkrap dalam masa 3 tahun!

credit to isuhangat
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Lapangan terbang Moscow di bom


MOSCOW: Pengganas dituduh bertanggungjawab meletupkan bom di dewan ketibaan dan berlepas lapangan terbang terbesar Russia semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh dan lebih 130 lagi cedera.

Saksi memberitahu radio Russia, letupan bom itu turut memusnahkan kawasan tuntutan bagasi di lapangan terbang Domodedovo, Moscow.


“Satu letupan berlaku hari ini (semalam) di dewan ketibaan lapangan terbang Domodedovo,” kata jawatankuasa penyiasat Russia.
Jurucakapnya, Vladimir Markin, berkata siasatan sudah dilancarkan terhadap keganasan itu.

Seorang lagi pegawai, Tatyana Morozova, memberitahu agensi berita Interfax bahawa letupan juga berlaku di kawasan tuntutan bagasi, keganasan pertama yang berlaku tahun ini di kawasan bandar Russia.

Sumber keselamatan berkata, letupan berlaku di dewan berlepas antarabangsa. Media melaporkan, kepulan asap dilihat di kawasan tuntutan bagasi dan ramai yang berlari keluar dari pintu kecemasan lapangan terbang itu.

“Ramai yang cedera kerana melecur antara yang berlari. Anggota perubatan dilihat membawa sisa daging manusia yang diletak pada pengusung dan troli,” kata seorang saksi dikenali sebagai Andrei kepada radio City FM. 
“Ada juga yang dipapah dalam keadaan berlumuran darah,” kata seorang lagi saksi, Nadezhda kepada radio itu.

Sergei Lavochkin yang berada dekat dewan ketibaan menunggu rakan dari Cuba, memberitahu televisyen Rossiya 24: “Saya dengar letupan kuat dan jeritan. Selepas itu, ramai yang berlari keluar.”

“Ini adalah serangan pengganas berdasarkan maklumat awal,” kata Presiden Dmitry Medvedev kepada pegawai keselamatan dalam sesi yang disiarkan secara langsung.
Jurucakap Kementerian Pembangunan Sosial dan Kesihatan, Sofia Malyavina, berkata 56 ambulans sudah dihantar bagi membantu mangsa.

“Lapangan terbang itu penuh dengan asap,” katanya, Lapangan terbang Domodedovo dibina pada 1964, terletak 42 kilometer ke tenggara Moscow dan melayan 22 juta pengguna tahun lalu.

Umumnya, ia dianggap lapangan terbang paling moden Moscow tetapi prosedur keselamatannya sudah pun dipertikaikan.

Pada 2004, dua penyerang bunuh diri berjaya menaiki pesawat di Domodedovo dengan membeli tiket daripada petugas lapangan terbang.

Penyerang wanita terbabit meletupkan bom ketika pesawat di udara menyebabkan 90 orang maut dalam dua penerbangan. – AP/Reuters 


credit gambar dan berita bharian
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Laman Facebook Presiden Perancis kena hack


PARIS - Beberapa penggodam komputer berjaya menceroboh muka surat Facebook milik Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan menghantar mesej bahawa beliau akan berundur pada tahun depan, lapor sebuah akhbar semalam.
Mesej itu bermakna lebih 350,000 rakan Facebook Sarkozy telah menerima mesej palsu berhubung peletakan jawatannya itu.
Mesej itu turut disebarkan kepada beribu-ribu pengguna Facebook sekali gus menggemparkan orang ramai yang keliru tentang kesahihannya.
Dalam mesej berkenaan, Sarkozy kononnya dilaporkan menulis:"Rakan-rakan seperjuangan sekelian, ekoran situasi luar biasa yang menimpa negara kita (Perancis), Saya mengambil keputusan untuk tidak bertanding semula pada pilihan raya 2012."
Mesej itu turut mengandungi pautan kepada satu lagi muka surat Facebook bertajuk Selamat Tinggal Kepada Nicolas Sarkozy yang mengundang orang ramai supaya berhimpun di luar restoran Le Fouquet, Paris pada 6 Mei 2012 untuk meraikan pengunduran beliau.
Namun, semalam, presiden berusia 55 tahun itu menggantikan mesej palsu tersebut dengan mesej sebenar untuk memohon maaf di atas kelemahan keselamatan yang berlaku sehingga muka surat Facebook tersebut digodam. - Agensi via kosmo

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Monday, January 24, 2011

gempar! ibu rogol remaja lelaki


CHICAGO RIDGE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu, Cathleen Miller, 40, dihukum penjara selama 10 tahun kerana kesalahan melakukan seks dengan beberapa remaja lelaki yang merupakan rakan anak perempuannya, lapor beberapa akhbar kelmarin.
Menurut seorang peguam bela, Robert Olson, Miller mengaku bersalah atas kesalahan penyalahgunaan seks dan serangan seks semasa sesi perbicaraan di sini.
Seorang pihak pendakwa, Andy Conklin berkata, wanita itu menerima hukuman penjara 10 tahun kerana kesalahan merogol dan penyalahgunaan seks.
Menurut pendakwa raya, dia mencabul tiga budak lelaki.
Budak lelaki yang terlibat berusia di antara 14 dan 15 tahun.
Pihak pendakwa raya menyatakan dia menawarkan arak dan dadah untuk melakukan seks dengan dua orang mangsanya pada Februari dan Jun tahun lepas di rumahnya.
Skandal seks itu terdedah apabila salah seorang mangsa lelaki menghantar mesej di laman sosial Facebook kepada anak perempuan sulung Miller bagi meminta maaf kerana perbuatan itu.
Keluarga mangsa itu yang terlihat mesej itu kemudian memberitahu pihak polis.
Miller yang bekerja sebagai seorang setiausaha menyatakan budak lelaki itu yang membawa arak dan dadah ke rumahnya. - Agensi

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

bandar mesra alam paling besar di dunia


ABU DHABI - Pentadbiran bandar Abu Dhabi di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memajukan bandar mesra alam terbesar di dunia dengan menggunakan teknologi paling canggih.
Bandar mesra alam itu dikenali sebagai bandar Masdar yang boleh menempatkan 40,000 penduduk dan projek tersebut bermula sejak 2006.
Dibina di pinggir bandar Abu Dhabi, bandar Masdar yang langsung tidak mengeluarkan gas karbon bakal menjadi contoh kepada bandar mesra alam pada masa depan.
Bandar itu memperoleh penghuni pertamanya pada Oktober lalu apabila sekumpulan 175 orang pelajar menyertai projek Masdar.
Institut Sains dan Teknologi Masdar turut dibangunkan dengan kerjasama Institut Teknologi Massachusetts.
Sebuah kereta tanpa pemandu yang dikendalikan sistem navigasi canggih turut digunakan di kampus tersebut.
Buat masa sekarang, apa yang ada hanyalah kampus institut pengajian yang meliputi satu kluster bangunan dengan bumbungnya dipenuhi dengan panel solar serta sebuah ladang yang memperoleh tenaga solar.
"Kami memiliki sistem fotovolta berkuasa 10 megawatt di tapak yang mampu menjana banyak kuasa elektrik yang perlu disalurkan menerusi grid," kata Pengarah Masdar Power, Frank Wouters.
Masdar turut membangunkan loji kuasa solar berkapasiti 100 megawatt dengan kerjasama syarikat Total dari Perancis dan Abengo Sepanyol yang diberi nama Shams 1.
Ia dikatakan sebagai loji kuasa solar terbesar di dunia dan menelan kos sehingga AS$600 juta (RM1.83 bilion).
Abu Dhabi ialah antara negara Arab yang memiliki simpanan minyak paling banyak di dunia. - Agensi


sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Sunday, January 23, 2011

Egypt blames Palestinian Qaeda-linked group for bomb

CAIRO, Jan 23 — Egypt’s interior minister said today the government had proof that the Army of Islam, a Palestinian group linked to al Qaeda, was behind the New Year’s Day bombing of a church that killed 23 people.
Officials had suspected an al Qaeda-inspired bomber was behind the blast that ripped through a crowd outside the church in the city of Alexandria, prompting protests by Christians that the state had not done enough to protect them.
The Army of Islam considers leaders of al Qaeda as spiritual mentors and endorses its ideology, though it has never admitted direct links to the group.
An Iraq-based al Qaeda group had called for attacks on Egypt’s Christians, who make up one tenth of the population, before the church bombing.
“If elements of the Palestinian Army of Islam, linked to al Qaeda, thought they had hidden behind elements that were recruited, we have decisive proof of their heinous involvement in planning and carrying out such a villainous terrorist act,” Interior Minister Habib el-Adli said in a speech.
President Hosni Mubarak, in an address broadcast on state TV, praised the police for finding out who was responsible for the bombing and said the attackers had “tried to sow discord between Copts and Muslims”.
The Army of Islam played a part in a cross-border attack in 2006 in the Gaza Strip in which Israeli soldier Gilad Shalit was abducted. The group later cut relations with Hamas, the group which controls Gaza, and has clashed with Hamas. — Reuters
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

WikiLeaks jadi filem


LOS ANGELES: Hollywood bakal menyiarkan filem mengenai pengasas WikiLeaks itu selepas produser Barry Josephson dan Michelle Krum berjaya mendapat hak terhadap biografi Julian Assange.


Buku yang diberi tajuk The Most Dangerous Man in the World, tulisan wartawan Australia, Andrew Fowler, mendedahkan kisah Assange dari zaman kanak-kanak sehingga kini.


Josephson dan Krum berkata, mereka merancang sebuah drama paling mendebarkan seperti filem All the President’s Men serta memasukkan unsur aksi lasak seperti novel nukilan Tom Clancy.


“Sebaik saja saya bertemu Andrew dan membaca beberapa bab buku barunya, saya tahu bahawa dengan pengetahuan mendalamnya, ia akan membolehkan kami membawa cerita penuh aksi ke layar perak,” kata Krumm kepada majalah Variety.

Assange ketika ini dalam jaminan di Britain sebelum keputusan dibuat berhubung permintaan ekstradisi oleh Sweden berkaitan jenayah seks. Dia juga dilaporkan berusaha menerbitkan autobiografi sendiri untuk membayar bil perundangan.

Dia akan menulis autobiografi itu selepas bersetuju dengan perjanjian pembayaran AS$1 juta (RM3.06 juta) Disember lalu, sebahagiannya untuk membayar kos perundangannya yang semakin meningkat. 

Assange dilabel ‘seorang pengganas berteknologi tinggi’ oleh musuhnya dan ‘pejuang kebebasan internet’ oleh penyokongnya.

November lalu, WikiLeaks mendapat rampasan paling berprofil tinggi setakat ini apabila ia menjadi rakan kongsi dengan akhbar The Guardian untuk menerbitkan lebih 250,000 kabel diplomatik sulit Amerika.

Assange menaikkan kemarahan pihak berkuasa Amerika dengan mendedahkan kabel mengenai pembabitan Amerika dalam perang di Afghanistan dan Iraq.

Dia juga mendedahkan perincian prosedur pembuangan sisa toksik di Afrika dan Teluk Guantanamo, serta meletakkan kandungan manual Gereja Scientology secara online.

Wartawan dan penerbit itu kekal dalam jaminan sementara menunggu keputusan permohonan ekstradisi dari pihak berkuasa Sweden yang mahu menyoalnya berhubung dakwaan seksual oleh dua wanita.

Kisah penuh di sebalik skandal WikiLeaks ditulis dalam WikiLeaks: Inside Julian Assange's War on Secrecy, kisah di belakang tabir oleh editor penyiasatan The Guardian, David Leigh dan koresponden Moscow Luke Harding. Buku WikiLeaks akan diterbitkan oleh The Guardian pada 10 Februari ini. – Agensi via bharian

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Paderi cetus semula kontroversi

FLORIDA: Paderi Terry Jones yang mencetuskan kemarahan antarabangsa apabila beliau mengumumkan untuk membakar al-Quran di Gereja Gainesville, kini mahu melancarkan ‘Hari Menghakimi al-Quran Sedunia’. 

“Ya, kami akan lakukannya,” kata Jones dalam rakaman yang disiarkan menerusi YouTube ketika mengumumkan rancangan terbarunya.


“Kami sudah buat keputusan untuk melakukannya pada 20 Mac mulai jam 6 petang. Jika anda berpeluang, anda yang menggelarkan diri orang Islam yang baik, pada hari berkenaan al-Quran akan dibicarakan.

“Kami tuduh al-Quran punca pembunuhan, perogolan dan penipuan. Ia juga bertanggungjawab atas semua kegiatan pengganas di seluruh dunia. 

“Secara dasarnya, adalah perbicaraan. Hari pengadilan itu akan diadakan di Pusat Dove World Outreach. Kami cabar dunia Islam untuk mempertahankan al-Quran. 

“Mereka kata al-Quran adalah buku keamanan dan agama yang memperjuangkan keamanan. Kami mahu mereka membawa orang yang boleh mempertahankan al-Quran. 

“Jika didapati bersalah, empat jenis hukuman diadakan iaitu pembakaran, merendam, mengoyak atau skuad penembak,” katanya dalam satu program radio. 
Beliau juga memberitahu, 30 juri akan hadir termasuk penganut Kristian dan Islam, akan membuat keputusan mengenai semua dakwaan ke atas al-Quran. 

Laman web Jones, ‘Stand Up America’ mengandungi soalan yang membenarkan pengunjung memilih hukuman. 

Jones dan gereja itu menggemparkan dunia tahun lalu apabila beliau mengumumkan akan membakar 200 naskhah al-Quran, pada ulang tahun ke sembilan peristiwa serangan 11 September. 

Pemimpin pelbagai agama mengutuk rancangannya. Malah, Setiausaha Pertahanan, Robert Gates mengarahkan gereja kecil di barat laut Gainesville untuk membatalkan acara itu kerana bimbang tindakan terbabit akan membahayakan pasukan keselamatan Amerika di Asia Barat. 

Jones membatalkan hasratnya dua hari sebelum acara itu dijadualkan berlangsung. Beliau dijangka mengadakan sidang media pada petang Khamis depan untuk mengumumkan maklumat lanjut mengenai hari perbicaraan al-Quran pula. 

Paderi Dan Johnson dari Gereja Trinity United Methodist di Gainesville menjelaskan, tindakan Jones tidak mendapat sambutan kerana dalam episod pembakaran al-Quran itu, penganut Kristian datang beramai-ramai membantahnya. 

Bagaimanapun, beliau masih belum mendengar mengenai rancangan perbicaraan itu. 

“Saya berdoa dan berharap...saya tidak tahu sejauh mana kebaikannya melakukan perkara itu. Apa yang boleh dirumuskan ialah lebih banyak kerja perlu dilakukan dari aspek persefahaman dan toleransi. 

“Ini adalah kerja gila. Ini adalah sesuatu yang asing daripada apa yang diajar Jesus,” katanya. – Agensi 
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!