Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Saya bukan lelaki dalam video seks : Anwar Ibrahim

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi ini.



Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Anwar menyifatkan dakwaan seks itu sebagai "fitnah jahat" dan "jijik" yang "diselaras di peringkat kuasa tertinggi."

Katanya, lagi, tuduhan berkenaan juga bertujuan mengaibkan beliau dan keluarganya.

Pada masa video itu dikatakan dirakamkan, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anak dan cucu-cucunya.


Kemaskini Twitter, Facebook

Katanya, beliau juga telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan bahawa beliau bukan lelaki dalam video tersebut.

Tambahnya, beliau juga telah merekodkan tulisannya di Twitter pada tempoh berkenaan "supaya boleh memperkukuhkan hujah (beliau)."

“Melainkan anda melihat saya (mengemaskini Twitter) pada masa aksi itu," katanya lagi.

Bagaimanapun semakan ke atas rekod Twitter Anwar menunjukkan bahawa catatan-catatannya telah dibuat pada jam 9.20 malam dan 11.39 malam, tetapi tidak ada catatan dibuat antara jam 10.23 malam dan 10.45 malam, ketika video itu didakwa dirakam.

Bila seorang wartawan membangkitkan soal ruang waktu itu kepadanya, Anwar tidak menjelaskannya. Beliau hanya menjawab "tak apa, kita ada rekod (Twitter dikemaskini)".

(Turut dikesan, banyak kemaskini dibuat pada malam berkenaan di laman Facebooknya, termasuk 12 catatan antara jam 10.09 malam dan 10.52 malam. Tidak pasti pada masa ini, sama ada catatan itu mungkin dihasilkan secara automatik.)

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Saturday, January 29, 2011

Ummi Hafilda sedia dedah 'kes dahsyat'



KUALA LUMPUR – Ummi Hafilda Ali mendakwa akan mendedahkan satu kes ‘dahsyat’ melibatkan abang kandungnya, Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun beliau mendakwa akan berbincang terlebih dahulu perkara itu dengan polis sebelum mendedahkannya.

“Saya ada satu kes yang amat ngeri melibatkan Azmin dan Anwar untuk didedahkan tetapi saya perlu merujuk terlebih dahulu dengan polis sebelum mendedahkannya.

“Jadi tidak perlu saya sebutkan di sini kerana saya akan berbuat demikian sekiranya mendapat keizinan polis,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, untuk bertemu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Ummi Hafilda datang untuk membuat laporan polis serta memberi keterangan melibatkan Azmin dan Anwar, semalam.

Bagaimanapun, laporan polis tidak dapat dibuat kerana Mohd Bakri mem-punyai urusan yang tidak dapat dielakkan dan berkemungkinan pertemuan mereka akan diadakan dalam masa terdekat.

Ummi Hafilda berkata, laporan polis dibuat untuk membersihkan namanya yang didakwa tercemar akibat difitnah.

Beliau mendakwa difitnah mempunyai skandal seks dengan individu tertentu sehingga menyebabkan maruahnya tercemar.

Menurutnya, fitnah itu dipercayai adalah konspirasi terhadapnya setelah dia tidak mahu bersekongkol untuk menarik balik surat salah laku Anwar yang ditulisnya kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sudah sampai masanya saya membersihkan nama yang tercemar dan saya mahu keadilan ditegakkan,” katanya.

Ummi Hafilda berkata, dia ada dokumen berupa bukti untuk diserahkan kepada polis bagi membantu siasatan. via sinarharian

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Sunday, January 23, 2011

Calon BN lawan Pas di Tenang

LABIS - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang menyaksikan pertemuan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azahar Ibrahim dan Normala Sudirman dari Pas.
Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, Md. Asri Amir mengumumkan hanya dua calon terbabit menyerahkan borang pencalonan pada hari penamaan calon di pejabat Majlis Daerah Labis di sini semalam.
Katanya, Mohd. Azahar, 39, menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.02 pagi diikuti Normala, 39, lapan minit kemudian.
"Tiga bantahan telah diterima tetapi tiada calon ditolak sekali gus pembuangan undi pada 30 Januari ini menyaksikan pertandingan antara Normala menentang Mohd. Azahar," katanya.
Mohd. Azahar menyerahkan borang pencalonan yang dicadang oleh Ma Chong Pah @ Mar Chong Pah dan disokong oleh C. Jayaraman manakala Mahat Jamin selaku pencadang Normala dan disokong oleh Rosiah Ahmad.
Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha ( BN) pada 17 Disember lalu akibat jangkitan kuman dan kencing manis.
Sulaiman menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada Pilihan Raya Umum 2008.
Sementara itu, penamaan calon berjalan lancar meskipun dihadiri kira-kira 23,000 penyokong kedua-dua pihak yang bertanding.
Menurut Ketua Polis Negeri Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Sharif, keadaan terkawal berikutan langkah polis mengasingkan penyokong kedua-dua calon tersebut.
"Saya harap, keadaan ini akan berterusan semasa kempen dan juga pada hari pembuangan undi pada 30 Januari nanti," katanya. via kosmo

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Saturday, January 22, 2011

DUN Tenang: Lebih 1,000 penyokong BN, PAS mula berkumpul

LABIS: Masing-masing kira-kira 1,000 penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS dilaporkan mula menuju pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, pagi ini.

Mereka menuju ke tempat berkumpul yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhampiran pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis, sebentar tadi selepas dikatakan mula berkumpul di sekitar bandar ini seawal jam 6 pagi.


Pusat penamaan calon dijadual dibuka jam 9 pagi ini.

Setakat ini dua parti sudah disahkan akan bertanding iaitu Pas dan BN.

BN menampilkan bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, Mohd Azahar Ibrahim, manakala PAS menampilkan bekas guru, Normala Sudirman, 38, yang juga Ketua Muslimat PAS Labis. via bharian
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Friday, January 21, 2011

Adun Merlimau meninggal

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, yang berdepan tiga serangan jantung dalam tempoh seminggu menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Putra, di sini, malam tadi.

Allahyarham yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri disahkan meninggal dunia pada jam 8.10 malam oleh doktor pakar perubatan, Datuk Dr Mohd Suhaimi Mohd Uda Tenang.

Mohamad Hidhir yang berkhidmat selama dua penggal sebagai Adun Merlimau meninggalkan balu, Datin Noor Azian Mohd Ali, 52, dan empat anak iaitu Mohamad Fairuz Afiq, 25; pasangan kembar, Sharafina Adila dan Sharafina Adzizah, 23, serta Nurul Hazira, 19.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumah keluarga di Kampung Tersusun Lipat Kajang, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chincin, Jasin.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar Putra, Radhuana Salleh berkata, sebelum ini Mohamad Hidhir dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira jam 1.30 tengah hari Khamis lalu untuk menjalani pemeriksaan selepas mengadu sakit perut.

Menurutnya, Mohamad Hidhir kemudian menjalani pembedahan untuk membesarkan saluran arteri yang tersumbat kira-kira jam 2.45 petang dan dipakaikan dengan alat ‘sten’ (alat membesarkan salur darah). baca sepenuhnya>>
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Monday, January 17, 2011

Azwan Ali bidas Ummi Hafilda dalam Twitter!


Kes Ummi Hafilda yang telah membongkarkan rahsia anwar ibrahim dan memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Karpal Singh serta PAS selepas 13 tahun, memang mendapat liputan meluas media. Sehinggakan artis kontroversi, Azwan Ali pun tampil dalam kenyataan pribadinya di Twitter mengenai Ummi. Pedas bukan main lagi lor kenyataan Azwan ni. Last-last nanti, Azwan pula kena saman berjuta-juta. via izyan
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

Saturday, January 15, 2011

ummi hafilda ali bongkar rahsia anwar


Ummi Hafilda Ali (gambar) akan memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; peguam Karpal Singh dan Pas, Khamis ini.


Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.

Beliau memberitahu, saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.

“Beliau (Karpal) gembira dengan pendedahan itu dan mendesak di Parlimen agar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil tindakan. Tetapi apabila tindakan diambil, beliau pusing 360 darjah untuk membela Anwar pula sehingga saya menjadi mangsa keadaan.

“Saya ambil tindakan saman ini setelah hilang sabar dengan Anwar dan konco-konconya yang kian angkuh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ummi Hafilda menambah, saman RM100 juta pula dibuatnya terhadap Dr. Wan Azizah kerana Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tahu apa yang berlaku tetapi tidak mahu mendedahkan kebenaran menyebabkan dia difitnah terlibat dengan konspirasi yang menjatuhkan imejnya.

Katanya, Pas pula disaman RM100 juta kerana mereka pernah menghantar Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu bertemunya juga pada 1997 untuk mendapatkan cerita sebenar.

“Apabila sudah tahu segalanya, beliau merupakan orang pertama menggelar Anwar sebagai peliwat di Parlimen. Alih-alih, setelah segalanya terbongkar, Pas dan Mohamad Sabu sokong Anwar pula,” tegasnya.

Ditanya mengapa baru sekarang tindakan saman itu dibuat, beliau memberitahu, selama ini masih terdapat pertimbangan dalam dirinya berhubung penglibatan darah daging sendiri, Azmin Ali dengan PKR.

“Emak saya juga menasihatkan supaya bersabar dan menyerahkan kepada Tuhan selain sentiasa mendoakan agar Azmin bertaubat.

“Tetapi setelah Azmin dan PKR kian melampau termasuk mahu menghapuskan ketuanan Melayu, saya rasa cukuplah. Apa hendak jadi, jadilah. Saya mengisytiharkan mereka sebagai musuh dan perlu ditentang habis-habisan,” katanya.

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!