Thursday, January 13, 2011

Syarat Baru Biasiswa MARA Keluar Negara 2011


Banyak perubahan dasar dilakukan ketikan. Selaras dengan peningkatan dan pertambangan bilangan pelajar yang cemerlang setiap tahun, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah mengubah dasar yang sedia ada.
Ini kerana bermula tahun 2010, jika anda ingin mendapat kemudahan biasiswa MARA bagi melanjutkan pengajian ke universiti luar negara, universiti tersebut mestilah antara yang tersohor di dunia. Contoh universiti tersohor yang dimaksudkan adalah :
Universiti tersohor dunia yang diiktiraf bagi permohonan Biasiswa MARA :
  1. Universiti Cambridge
  2. Universiti Harvard
  3. Universiti Oxford
  4. London School of Economics
  5. Imperial College
  6. Monash University di Australia
“Penghantaran mereka hanya untuk pengajian ijazah pertama manakala bagi peringkat sarjana ia tertakluk kepada bidang tertentu yang kritikal seperti perubatan patologi dan bius selain mengikut keperluan semasa (tenaga kerja) di negara ini.
Bercakap pada sidang akhbar selepas melawat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Royal College of Medicine Perak di sini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata dasar baru yang telah dipersetujui kerajaan itu akan membolehkan Mara mengutamakan tajaan untuk penuntut di universiti tempatan. Mohd Shafie berkata pelaksanaan dasar baru Biasiswa MARA, akan membolehkan Mara memberi keutamaan menaja penuntut cemerlang di universiti tempatan dan sekali gus dapat mengurangkan perbelanjaan agensi berkenaan. Bernama

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

2 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:

Izzati Liyana Sabri said... Reply To This Comment

biasiswa eh? kalau pinjaman? mane-mane boleh or still restricted?

Unknown said... Reply To This Comment

bagus tu sbbboleh menggalakkan pelajar belajar dalam negara sahaja =)