dasar yang digunakan sebelum ini oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk program ijazah luar negara telah diteruskan pula oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPA) yang mana 1,500 biasiswa JPA yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk program ijazah luar negara (PILN) akan dihapuskan bermula tahun hadapan…..Tetapi masih ada peluang untuk mendapatkannya
Namun, bagi pelajar yang telah diterima masuk seperti ke Universiti Oxford atau pun Universiti Cambridge masih boleh mengemukakan permohonan untuk Biasiswa JPA bagi program ijazah luar negara.Untuk apa langkah dan dasar dan syarat baru bagi Biasiswa JPA untuk program ijazah luar negara dilaksanakan?
Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, langkah itu bertujuan untuk meningkatkan jumlah biasiswa JPA bagi mereka yang belajar di universiti tempatan. Biasiswa JPA akan diberikan kepada pelajar yang dinilai berdasarkan prestasi, pencapaian dan latarbelakangnya.
Datuk Seri Nazri Aziz yang merupakan menteri yang bertanggungjawab menguruskan pemberian biasiswa termasuk Biasiswa JPA bagi Program Ijazah Luar negara. Kuaota bagi pemberian 1,500 pemberian biasiswa JPA bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) adalah 556 peratus pelajar Bumiputera dan 44 peratus lagi untuk bukan-Bumiputera.
UPDATE pada 7 JUN 2010 !!
Kerajaan masih meneruskan penajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara pada peringkat ijazah pertama.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemberianbiasiswa JPA memberi fokus kepada bidang kritikal seperti perubatan, pergigian, farmasi, sains perubatan veterinar, kejuruteraan, sains dan teknologi dan sains sosial. BERNAMA
UPDATE pada 11 Julai 2010 !!
melalui beritasemasaKUALA LUMPUR – Semua pelajar cemerlang yang memperolehi 9A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) layak menerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian biasiswa untuk pengajian ke luar negara atau dalam negara itu merangkumi semua pelajar tidak mengira etnik, kaum, keturunan dan latar belakang.
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!
0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment