Monday, January 17, 2011

Semakan Keputusan KPLI Ambilan 2011

Keputusan semakan KPLI ambilan Januari 2011 (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) akan diumumkan pada 17 Januari 2011 bersamaan hari Isnin ini. Dah tak lama dah. Siapa yang ambil KPLI tahulah bagaimana perasaan calon-calon KPLI ambil Januari 2011 sekarang ni. Ada yang tenang sahaja. Ada yang sedang berdebar-berdebar menantikan keputusannya. 3 hari lagi, 2 hari lagi, 1 hari dan………. Menghitung hari masing-masing. 
Kebiasaannya dalam pukul 12 tengahari, keputusan KPLI ambil Januari 2011 akan keluar. Dan sesiapa yang berjaya akan dapat sms daripada KPM. Tetapi biasalah kalau sms, memang dapat lambat sedikit.
  • Tarikh semakan keputusan KPLI ambilan bulan Januari : 17 Januari 2011
  • Lapor diri dan sesi pendaftaran : 24 Januari 2011
Hanya yang ada ijazah sahaja boleh memohon menjadi guru melalui KPLI SR atau KPLI j-QAF ini  :
  • Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah ( KPLI SR) merupakan program secara sepenuh masa yang mengambil tempoh selama satu tahun di Institut Pendidikan Guru.
  • Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI j-QAF) pula merupakan program secara Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) yang mengambil tempoh masa selama satu tahun enam bulan.
kpli Semakan Keputusan KPLI Ambilan 2011 (moe.gov.my)
=====> Yang mana mahu buat semakan KPLI ambilan Januari 2011 ini boleh pergi ke link ini : http://apps.moe.gov.my/kpli/tdjan2011/index.cfm
Kepada yang tidak berjaya, boleh hantar surat rayuan dengan secepat mungkin. Kalau bertuah akan dipanggil. Dijangkakan, semua calon lelaki yang pergi temuduga KPLI Jqaf tempoh hari akan  diterima, disebabkan calon lelaki yang memohon pun tak ramai. Ramai kalangan orang-orang KPM pun mengakui keputusan yang bakal dikeluarkan minggu hadapan ini. Ditambah pula…..
Kekurangan guru agama lepasan Pengajian Islam dari universiti tempatan dan luar negara menyebabkan keperluan guru di sekolah-sekolah di pedalaman untuk mengajar mata pelajaran itu tidak dapat dipenuhi dengan baik. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keadaan itu lebih ketara di Sabah dan Sarawak kerana kurangnya guru-guru agama yang berasal dari kedua-dua negeri itu. “Ia menyebabkan bekalan guru agama dari Semenanjung diperlukan untuk menampung keperluan itu,” katanya ketika menjawab soalan Senator Pau Chiong Ung di Dewan Negara hari ini. Chiong Ung mahu mengetahui sebab utama timbulnya masalah kekurangan guru agama di kedua-dua negeri itu dan tindakan yang dilakukan kementerian bagi mengatasi masalah tersebut.
Mohd. Puad berkata, antara punca lain yang menyebabkan kurangnya guru agama adalah kerana graduan mempunyai pelbagai pilihan kerjaya di jabatan-jabatan kerajaan atau swasta. Beliau berkata, kerajaan sedar tentang masalah tersebut dan melaksanakan pelbagai langkah bagi mengatasinya termasuk mengadakan program pensiswazahan guru agama di Institut Pendidikan Guru (IPG). “Kementerian juga berusaha menambah bilangan guru agama terutama guru Program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) secara berperingkat dengan pengambilan seramai 2,000 setiap tahun bermula 2011,” katanya. Katanya, kementerian turut mewujudkan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)-j-QAF yang akan memulakan pengambilan pada Jun 2011.
sumber : utusan 22/12/2010
Diharap yang nak jadi cikgu, kalau dihantar ke pedalaman nanti, janganlah mengeluh.  Dan pedalaman juga tak semestinya di Sabah dan Sarawak. Mungkin akan dihantar ke pedalaman semenanjung terutamanya di bahagian penempatan orang asli sana. Selamat berjaya kepada semua pemohon KPLI 2011 yang terpilih, lakukan yang terbaik untuk sekolah anda. Cekalkan hati dan bulatkan tekad untuk menempuh hari-hari mendatang sebagai seorang pendidik :
“jika anda berhadapan dengan anak-anak murid anda nanti, pandang la dalam-dalam  anak mata mereka, kerana di situ ada seribu satu sinar dan sesuatu harapan yang ditagih oleh anak-anak murid anda dan anda akan tahu betapa tingginya harapan anak-anak ini untuk mengubah kehidupan yang lebih baik”. via beritasemasa
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: