Thursday, January 27, 2011

Iran pinda undang-undang dadah

KUALA LUMPUR: Kerajaan Iran meminda undang-undang berkaitan dadah berkuat kuasa mulai 4 Januari lalu bagi memerangi dengan lebih berkesan sindiket dadah di negara itu.


Duta Iran ke Malaysia, Prof Dr Mohammed Mehdi Zahedi berkata, pindaan itu bukan saja diharap memberi kesan positif dalam mengurangkan pengedaran dadah di Iran yang bernilai berbilion dolar, tetapi juga di luar negara termasuk Malaysia dan di negara Asia Tenggara. 


Pindaan membabitkan penyenaraian dadah diproses industri seperti methaphetamine atau syabu yang sebelum ini tidak termaktub dalam undang-undang sedia ada. - Bernama

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: