KUANTAN: Kerakusan seorang pemuda yang tergamak menjadikan teman wanitanya sebagai pemuas nafsu dengan merogol remaja berusia 13 tahun itu tiga kali dalam tempoh kurang dua jam, dua tahun lalu mendapat pembalasan setimpal selepas dihukum penjara 22 tahun dan sembilan sebatan.
Hakim Noradidah Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas Zulhelmi Zulkifli (gambar), 25, mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan berkenaan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Bagi tuduhan pertama, tertuduh dihukum penjara lapan tahun dan tiga sebatan manakala bagi tuduhan kedua dan ketiga, dia yang bekerja sebagai tukang paip dihukum tujuh tahun penjara dan tiga sebatan.
Noradidah mengarahkan hukuman itu dijalankan berasingan mulai tarikh tertuduh ditahan pada 12 Oktober 2010.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati melakukan kesalahan itu terhadap gadis yang ketika itu berusia 13 tahun lapan bulan dalam sebuah bilik sewa beralamat di B-74 tingkat 2, Lorong Tun Ismail 6, di sini, kira-kira jam 6 pagi, 5 Disember 2009.
Bagi tuduhan kedua, dia didakwa merogol mangsa kira-kira jam 6.45 pagi pada tarikh dan tempat sama manakala tuduhan ketiga, dia didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 7.30 pagi, juga pada tarikh dan tempat sama.
sila click jika suka.. tq
Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment