Datuk Lee Chong Wei, ranking no.1 dunia Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan keputusan Datuk Lee Chong Wei, pemain badminton single lelaki negara kita yang nekad untuk keluar membawa diri dari BAM. Keputusan itu sekaligus mengikut jejak langkah jurulatihnya, misbun sidek yang juga terlebih dahulu keluar dari BAM. Sikap segelintir pegawai BAM yang tidak disukai oleh mereka mendorong mereka untuk berbuat demikian. Beliau juga berasakan dijadikan alat kerana dipuji bila kejayaan diraih den dicemuh jika sebaliknya. Namun begitu, misbun sidek juga sempat menasihati Datuk Lee Chong Wei supaya menyelamatkan diri. Hal ini jelas menunjukkan bahawa cara untuk memecahbelahkan sesebuah organisasi itu bukannya disebabkan oleh pihak luar, tetapi malangnya datangnya dari dalam organisasi itu sendiri. Justeru, anak mama yang kerdil ini ingin menasihati diri sendiri dan orang lain supaya berusaha mencari jalan pendamaian dan mencapai resolusi secara rasional melalui rundingan 'meja bulat' kerana dari situlah segala persoalan dan masalah dapat dikenalpasti. |
Wednesday, January 05, 2011
Datuk Lee Chong Wei keluar BAM
Labels:
berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment