Wednesday, March 23, 2011

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (PILN) TAHUN 2011 TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010

wah... hari ini adalah hari yang paling ditunggu-tunggu oleh semua calon SPM kan kan? haha... so, disebabkan hari ini, result SPM keluar, abe celoteh nak sharing-sharing sikit pasal benda ni... 

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2010 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan  Perkhidmatan Awam  (JPA) bagi mengikuti pengajian di luar negara.

Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara. 

Pelajar-pelajar cemerlang yang berminat  untuk  mengikuti pengajian di dalam negara adalah digalakkan memohon program sains dan sastera. Pelajar akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian di universiti penyelidikan di Malaysia.


Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan 
seperti berikut: 

I. Syarat-Syarat Umum
a) Warganegara Malaysia.
b) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 
Disember 2010; dan 
c) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit 
kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

dan selanjutnya... lepas tu usher2 la laman web jpa... kalau ada apa-apa, boleh tanya abe celoteh.. okeh? good luck semua... InsyaAllah... semuanya lancar...
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

1 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: