Tuesday, March 08, 2011

Nadia Mustafar bakal muflis!

Lisdawati kini sudah mampu menarik nafas lega apabila diberitahu oleh pihak peguamnya pada 12 Disember yang lalu bahawa dia telah berjaya memenangi kes saman fitnah terhadap Nadia Mustafa atas dakwaan kononnya dia telah meminjam serta melarikan wang berjumlah RM15, 000 daripada aktres tersebut (tambah mengaibkan lagi, Nadia juga telah menyebarkan cerita Lis sebagai seorang perempuan yang murah sehingga sanggup melacurkan diri untuk mendapatkan tawaran berlakon.).

Sehubungan daripada itu, Nadia telah diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar wang berjumlah RM 250, 000, bersama kadar faedah 8% setahun serta kos tindakan berjumlah RM2,354. Lisdawati berharap sangat agar Nadia dapat memberikan respon dengan segera terhadap kes itu. Jika, Nadia terus mendiamkan diri, Nadia boleh diisytiharkan muflis.



"Jika mengikut tempoh, Nadia boleh diumumkan muflis jika dia tidak mengikut apa yang ditulis dalam surat penghakiman ini. Namun, Lis bukanlah seorang yang kejam. Lis minta tempoh agar diberikan masa untuk Nadia menyelesaikannya. Jadi, Lis berharap agar Nadia datang berjumpa peguam Lis untuk berbincang. Untuk berbincang dengan Lis memang sudah terlambat." -kata Lisdawati dalam portal Murai

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: