Friday, January 21, 2011

ringgit malaysia terus kukuh

sekadar hiasan mata..

KUALA LUMPUR: Ringgit Malaysia dijangka terus meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini berikutan spekulasi kadar faedah tinggi tahun ini yang memberi prospek positif bagi mata wang tempatan itu disebabkan perbezaan kadar faedahnya dengan AS, kata ahli-ahli ekonomi. Mata wang Asia dijangka terus naik berikutan spekulasi bank-bank pusat serantau akan menaikkan kos pinjaman bagi meringankan inflasi, meningkatkan kelebihan hasil bagi aset-aset tempatan.
Sementara itu, pakar ekonomi RAM Holdings Bhd, Jason Fong berkata, ringgit dijangka berada dalam jajaran kecil minggu depan berikutan kekurangan petunjuk baharu menjelang mesyuarat dasar monetari seterusnya Bank Negara. “Sentimen ke atas ringgit kekal positif dengan fundamental kemungkinan membantu ia naik sedikit,” katanya.Beliau berkata, implikasi desakan serantau bagi kawalan modal dan pengetatan kadar faedah mungkin menghentikan sentimen pelabur buat masa ini kerana mereka dijangka cuba menilai sebarang kemungkinan pulangan yang boleh boleh raih.
Beliau menekankan bahawa masih terdapat lebihan mudah tunai global susulan program suntikan modal Amerika Syarikat yang dimulakan November lalu. Sepanjang minggu yang baru berakhir ini, ringgit diniagakan antara paras 3.0529 hingga 3.0823 berikutan sokongan berterusan dan aliran masuk dana asing terutamanya bagi instrumen pendapatan tetap dan bon. Hasilnya, unit tempatan mencecah paras 3.052 kepada hampir melepasi paras paling tinggi dalam tempoh 14 tahun pada Khamis.
Bagi asas mingguan, ringgit naik berbanding dolar AS pada 3.0535/0575 daripada 3.0685/0715.Bagaimanapun, ia turun berbanding dolar Singapura pada 2.3704/3753 daripada 2.3648/3683 minggu sebelumnya dan berbanding yen pada 3.6999/6065 daripada 3.6727/6771 pada minggu sebelumnya.Ia juga rendah berbanding pound British pada 4.8322/8397 daripada 4.7365/7427 dan berbanding euro pada 4.0960/0019 daripada 3.9826/9871. BERNAMA
Sekarang ini sudah mula ada kebimbangan mereka-mereka yang lebih arif dalam bidang ekonomi dan kewangan mengenai kenaikan matawang ini. Ini kerana sebenarnya dan realiti sekarang ini bukan Ringgit Malaysia sahaja yang terus meningkat malahan nilai matawang serantau termasuklah won, peso, baht, rupiah, rupee, dollar Singapore semuanya  naik. Ini semuanya berpunca daripada ahli-ahli ekonomi yang meramalkan nilai USD akan terus merosot. Jadi, puak-puak pengurus dana yang memiliki dana berbillion telah mengambil tindakan melabur dalam matawang lain termasuklah matawang Ringgit Malaysia.
Tun Dr Mahathir pun ada berikan peringatan baru-baru ini. Malaysia perlu berhati-hati dengan pengurus-pengurus dana asing yang datang dan terus-terusan menekan indeks sehingga naik lebih 1500 mata . Memang itu kerja mereka.  Mereka datang dan terus beli, beli dan beli. Apabila indeks semakin naik nanti, retail investors yang boleh diibaratkan “ikan bilis” ini akan “kelabu mata” melihat kenaikan tersebut. Di sinilah akan ada kemungkinan masalah besar yang tidak disangka-sangka akan berlaku kalau tidak berhati-hati .
Pada masa itu, retail investors (ikan bilis) akan terus beli, beli manakala pengurus dana asing (jerung besar)  akan jual, jual dan jual sehingga harga saham jatuh merudum. Akhirnya retail investors (ikan bilis) yang tak sempat mengaut keuntungan daripada harga saham tersebut boleh menyebabkan mereka-mereka ini akan melingkup. Pengurus-pengurus dana asing ini berbondong-bondong akan datang ke rantau sebelah sini disebabkan ekonomi US, Europe pun hidup segan mati tidak mahu. Dengan permintaan domestik yang lemah disebabkan disebabkan orang tiada kerja, kadar faedah kerajaan di sebalah sana pun dibiarkan rendah serendah-rendahnya (untuk menggalakkan kegiatan ekonomi) 
Jadi mereka-mereka ini (pelabur dana asing) tak oleh nak buat untung besar dalam jangka masa pendek berbanding rantau di sebelah sini yang mana di sini, ekonomi secara amnya dikira agak stabil walaupun ssetengah negara biasa-biasa sahaja daripada segi kadar pertumbuhannya, tetapi sekurang-kurangnya permintaan dalam negara masih boleh dikatakan agak tinggi.  Apabila matawang dolar Amerika punya devaluation sudah mula meningkat semula dan pelabur dana asing ini akan serta merta dump matawang-matawang ini dan membeli semula matawang USD. Jadi inis emua memang kerja meraka.
Jadi apa yang kami harapkan di sini? Haraplah sangat tiada ahli politik yang nak sembang dengan orang kampung kononnya :
  • nilai  Ringgit Malaysia naik
  • indeks bursa terus naik
  • indeks bursa naik sebab ekonomi semakin baik
Memang ada kebenarannya Ekonomi Malaysia semakin baik, tetapi hakikatnya ia tidak memberi gambaran yang sepenuhnya. Rakyat secara umum di Malaysia tak menikmati hasil pun daripada nilai ringgit yang meningkat. Yang untung siapa? Syarikat-syarikat berurusniaga eksport import. Faktor utama peningkatan ini adalah disebabkan pengurus dana asing sedang sibuk “berjudi” di rantau ini sekarang. via beritasemasa

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: