Kalau di luar negara, setiap tahun pasti akan ada sekurang-kurangnya satu model baru yang dilancarkan di sana. Malaysia? 5 tahun sekali baru keluar yang lain, itu pun tak habis-habis rebadge, rebadge dan rebadge. Ingatkan sebelum ini sudah bebas daripada pengaruh Mitsubishi, dan mampu buat model sendiri, tup-tup Proton Inspira sebiji dilancarkan seperti Lancer walhal Lancer sudah ada di pasaran Malaysia.
Yang Perodua pula, celop model daripada Toyota/Daihatsu. Walaubagaimanapun, nampaknya Proton kena buat sesuatu, takkan tak terasa tercabar? Mereka masih belum mampu menandingi Perodua. Subsidi sudah diberikan, masa sudah diberikan dan tongkat terus diberikan masih tak menampakkan hasilnya. Lima tahun tu Perodua menyandang gelaran syarikat kereta terbaik di Malaysia.
- Jualan meningkat 13 peratus dan rekod jualan 188,600 unit tahun 2010 berbanding 166,700 unit yang dijual pada 2009
- Model Perodua Myvi adalah model jualan terlaris di Malaysia dengan 77,700 unit dijual, Perodua ALZA kenderaan pelbagai guna paling laris dengan jualan 42,000 unit dan Perodua Viva mencatatkan jualan 69,000 unit
- Menyandang anugerah jenama terbaik pada anugerah tahunan The BrandLaureate-SMEs Chapter awards 2010.
Senang sahaja Proton nak cantas / potong kedudukan Perodua sekarang ini :
- buat model yang boleh jual lebih murah daripada Perodua
- jaga kualiti, sekurang-kurang setanding dengan Perodua
Tetapi nampak memang ada peningkatan dan penambaikan berbanding Proton yang dahulu. Tetapi rakyat Malaysia masih tidak berpuas hati, masa sudah diberikan terlalu lama. Walaubagaimanapun, usaha-usaha pembaikan tetap disokong. Yela…..busuk-busuk kereta nasional pun bukan kereta siapa lagi. Kereta nasional kita juga bukan? Marah-marah rakyat Malaysia tidak lain tidak bukan, mashu melihat kereta nasional jauh lebih baik daripada yang ada sekarang.
Walauapapun mereka-mereka ini memang masyuk. Bonus paling minimum 6 bulan yang diperolehi. Kebanyakannya mendapat 6.5 sehingga 7 bulan bonus. Tetapi dikhabarkan yang bos besar mereka sudah maklumkan awal-awal lagi yang mana,besar kemungkinan bonus tertinggi yang dinikmati tahun lepas adalah yang terakhir. Ini kerana mulai tahun ini masa depan Perodua dan Proton akan jadi tak menentu. Itu sebab kedengaran cadangan utnuk menggabungkan mereka berdua antara Perodua dengan Proton.
Dengan pelaksanaan AFTA yang sepenuhnya bermula tahun 2015 nanti, Proton dan dan Perodua mesti “lebih kuat” keranan mereka akan menerima saingan sengit daripada Naza, Hicom yang bukan syarikat automatif nasional tetapi mendapat perlepasan cukai sama seperti kereta nasional. Harap-harap kakitangan Perodua beringat-ingatlah ketika mewah. Sediakan payung sebelum hujan.
Kepada Proton, anda memang kena buat sesuatu. Sebagai contohnya, Proton ada 1700 vendor supplier. Seat vendor lain, speedometer vendor lain, radiator vendor lain, carpet vendor lain, bumper vendor lain. Bukan orang lain cakap jurutera Proton di tanjung Malim sendiri yang mengakuinya. Tepuk dahi kami mendengarnya. Dengar khbarnya CEO Proton dah merancang untuk mengurangkan pembekal. via beritasemasa
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!
0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment