Monday, January 17, 2011

Malaysia Jadi Contoh Negara Membangun Lain


Tempoh hari, tak silapnya hari Jumaat yang lalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumpa dengan Setiusaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton di Washington DC. Biasalah kalau dah adanya perjumpaan sebengini, ramai yang nak tahu apa agaknya pengisian perjumpaan sebegini dan paling pentingnya ole-ole yang ingin dibawa pulang ke Malaysia lebih-lebih lagi pandangan Hillary Clinton terhadap Malaysia. Apa agaknya pandangan Hillary Clinton terhadap Malaysia?
  • Malaysia boleh dijadikan contoh kepada negara-negara membangun yang lain (kata Hillary Clinton)
  • Malaysia bakal meluaskan lagi usahasama dalam pendidikan dan keselamatan, dan dalam masa yang sama USA berkeinginan untuk membina hubungan yang lebih dengan bangsa majoriti Muslim di dunia
  • Malaysia dan USA membincangkan Peace Corps yang diusulkan Malaysia memantapkan pengajaran Bahasa Inggeris dan memantapkan penguasan murid-murid di sekolah dengan Amerika dikatakan akan hantar ramai guru bahasa Inggeris dari USA ke Malaysia
  • Kemudian USA nak sangat Malaysia sertai Trans-Pacific Partnership (TPP). Apa bendanya ni? TPP adalah adalah perjanjian perdagangan bebas pelbagai hala yang bertujuan untuk mengintegrasikan ekonomi rantau Asia-Pasifik. Kira macam FTA, perdagangan bebas cukai barang-barang USA dan Malaysia
  • USA juga ajak Malaysia membincangkan isu pertahanan, ketenteraan dengan meminta Malaysia sokong USA bagi bantuan perubatan ketenteraan di Afghanistan dan kalau boleh USA mahu Malaysia beli barang-barang ketenteraan USA. Sekarang ini USA sedang berlumba-luba dengan Rusia. Sebelum ini USA dah janji nak bantu sistem perubatan Malaysia antaranya melalui Johns Hopkins University yang akan buka cawangannya di Malaysia, sistem hospital Johns Hopkins tu adalah terbaik di USA dan juga no 1 di dunia terutamanya dalam bidang pembedahan.
  • Walaubagaimanapun isi utama pertemuan di antara kedua-dua negara ialah bagaimana caranya nak mengukuhkan hubungan Malaysia-USA
via beritasemasa
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: