Thursday, January 20, 2011

kampung baru kuala lumpur berwajah baru


MENITI sejarah penubuhan Kampung Baru, ia sebenarnya mula dibuka sejak tahun 1899 melalui tanah kurniaan Sultan Selangor, Sultan Sulaiman atau Sultan Alauddin Sulaiman Syah Raja Muda Musa.
Setahun kemudian, sebuah lembaga pentadbir khusus ditubuhkan iaitu Penempatan Tanah Pertanian Melayu (MAS) dan diwartakan oleh British bagi menguruskan perkara mengenai pentadbiran kampung.
Kampung Baru dibentuk daripada tujuh buah kampung kecil iaitu Kampung Hujung Pasir, Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Pindah, Kampung Paya, Kampung Atas A dan Kampung Atas B.
Kawasan dengan keluasan 90 hektar itu bersempadankan Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sebelah utara, Jalan Dang Wangi di selatan, Jalan Tuanku Abdul Rahman di barat dan di sebelah timurnya adalah Sungai Klang.
Pada awalnya kampung tersebut terbentuk apabila sekumpulan orang Melayu yang tinggal di kawasan Sungai Gombak dan Sungai Klang terpaksa berpindah untuk memberi ruang kepada pembangunan Kuala Lumpur. baca sepenuhnya..

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: