Thursday, January 20, 2011

Fazura kembali ke Mekah


RUPA paras jelita yang dimiliki aktres Nur Fazura Sharifuddin serta profil sebagai pelakon yang berjaya menjadikan Fazura buruan ramai lelaki termasuk mereka yang berpangkat dan berkedudukan tinggi.
Desas-desus kononnya bintang filem Gol dan Gincu itu sedang bercinta dengan seorang anak orang kenamaan di selatan tanah air enggan dijawabnya ketika ditemui pada majlis Green Cheongsam Showcase yang berlangsung di The Weld, Kuala Lumpur baru-baru ini. Dia sekadar membiarkan persoalan itu tergantung dengan jawapan: "No comment."
Bagaimanapun, akui Fazura hatinya kini sedang berbunga cinta dan perasaan bahagia menyelubungi hidupnya. Cinta yang wujud menyebabkan dia melalui hari-harinya dengan indah.
"Sekarang saya gembira dengan kerja dan kehidupan. Cinta menjadikan saya bahagia dan berada di puncak kehidupan. Saya memang sedang bahagia dengan seseorang tetapi saya belum ada sebarang pengumuman penting untuk dibuat," ujarnya
Aktres berusia 27 tahun itu menegaskan meskipun dia mempunyai hubungan yang serius tetapi belum ada sebarang perancangan untuk berkahwin. Tambahnya, dia seorang yang tidak memilih jodoh, semuanya terpulang kepada ketentuan Ilahi.
"Kalau ada jodoh saya kahwin, siapa yang tidak mahu kahwin dan jadi anak dara tua. Saya bukan jenis memilih orang kaya atau berstatus, cukuplah orang itu suka saya seadanya kerana jodoh itu kerja Allah.
"Ada juga orang yang kahwin tetapi tidak gembira ataupun kahwin tidak lama kemudian bercerai. Saya tidak mahu jadi sebegitu atau berkahwin kerana paksaan orang sekeliling. Kalau saya berkahwin dengan lelaki kaya sekali pun saya akan menyediakan diri dengan memiliki empayar perniagaan sendiri sebelum berkahwin.
"Jadi orang tidak boleh cakap yang saya makan duit suami sahaja kerana saya juga boleh buat duit dengan usaha sendiri walaupun tugas suami menyediakan semua keperluan isteri. Saya sudah biasa berdikari kerana telah bekerja sejak berusia 17 tahun, saya tidak mahu bergantung kepada lelaki seratus peratus," kata anak kelahiran Pekan, Pahang ini lagi.
Tegasnya, dia telah meletakkan had dalam kerjaya. Andai dia menjadi isteri, secara automatik dia akan bersara daripada dunia lakonan dan memberi tumpuan kepada keluarga. Itu juga janji yang dibuat kepada ibunya. baca sepenuhnya..

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: