Wednesday, January 19, 2011

biasiswa tajaan kerajaan jepun 2011-monbukagakusho MEXT

Tarikh Tutup24 Mac 2010
TempatJepun
Tempoh1 ½  atau 2 tahun bermula dari April atau Oktober 2011
Rujukan
KategoriPegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional)
Syarat-syarat
Permohonan
  1. Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penaja;
  2. Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P);
  3. Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
  4. Berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2011 (dilahirkan pada atau selepas 2 April 1976);
  5. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh 3 tahun (genap 36 bulan) berturut-turut(2006, 2007 & 2008 atau 2007, 2008 & 2009);
  6. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 seperti berikut (jika berkenaan) :-
    • Bagi calon yang telah mengikuti kursus jangka pendek di luar negara dan memohon untuk mengikuti kursus ini di luar negara mestilah melepasi genap satu (1) tahun tamat kursus jangka pendek berkenaan;
    • Bagi calon yang telah mengikuti kursus jangka panjang di luar negara dan memohon utnuk mengikuti kursus ini di luar negara mestilah melepasi genap dua 2) tahun tamat kursus jangka panjang berkenaan;
  7. Mempunyai bidang tugas yang berkaitan dengan kursus yang ditawarkan;
  8. Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;
  9. Telah mengisytiharkan harta;
  10. Tidak disenaraihitamkan / tersenarai sebagai peminjam tegar.
  11. Memenuhi lain-lain syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur (JICA).
Dokumen Permohonan
    1. Application Form
    2. Sample Application Form
    3. Guidelines
    4. Borang JPA(L)LDP 1A/96
    5. Borang JPA(L) LDP 1B/96 [Pin.1/2003]
    6. Borang pengesahan kursus di luar negara
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :-
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN II
ARAS 3, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 PUTRAJAYA

(u/p : Puan Nor Hasaliza Asikin Bt  Nawi)
Pegawai BertanggungjawabPuan Nor Hasaliza Asikin Bt Nawi
Tel : 03-8885 3555
Fax : 03-8889 2171
E-mel : hasaliza.nawi@jpa.gov.my
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: