Friday, January 21, 2011

akademi al-quran 5 lebih moden


Akademi Al-Quran kembali lagi untuk musim yang kelima atas sambutan yang menggalakkan dari para penonton dan penyertaan yang cukup memuaskan. Pada musim ini sekali lagi, kita akan dapat menyaksikan 10 peserta dari serata negeri yang telah berjaya dipilih untuk menyertai program ilmiah ini.

Akademi Al-Quran merupakan signature program bagi TV9 dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton sehingga mencecah 1.5 juta penonton telah membuatkan program ini muncul lagi dengan musim kelima.

Pada musim terbaru ini, AQ5 bakal menampilkan dua hos berpengalaman, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang juga merupakan pemenang kedua AQ3 dan pernah menjuarai Pertandingan Antarabangsa Al-Quran 2009 serta Mohd Zhafran Zainuldin yang juga merupakan adik kepada Ustaz Mohd Zamri Zainuldin. Kelebihan kedua-dua hos ini ialah mereka amat fasih berbahasa Arab.

AQ 5 akan menemui penonton pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam yang sudah pun bermula sejak 8 Januari 2011 yang lalu dan diterajui oleh penerbit Shukri Ibrahim dan penerbit eksekutif Nuraeshah Malik.

Tujuan diwujudkan rancangan ini adalah untuk melahirkan generasi Al-Quran dengan mendedahkan mereka mengenai ilmu pembacaan Al-Quran, menekankan elemen berlagu serta tarannum dan qiraat tertentu dan paling utama adalah menyemarakkan minat penonton terhadap ilmu Al-Quran melalui satu-satunya rancangan realiti berteraskan Al-Quran. via gua

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

1 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:

overscurry said... Reply To This Comment

moden tapi masih berlandaskan hukum syarak..