Apa kelebihan yang diberi kepada saya sebagai blogger?
- Pertama sekali, anda boleh membuat keuntungan wang! Kami akan membuat segala tugas untuk mendapatkan pengiklan dan menghubungkan anda dengan mereka. Anda akan mula membuat pendapatan setelah iklan mereka mula dipapar dalam blog anda!
- Kami percaya yang blog-blog adalah kaya dengan sumber maklumat dan boleh dipercayai. Dengan itu, kami akan mencuba yang terbaik untuk memastikan iklan yang dipapar dalam blog anda adalah sesuai dengan kandungan dan minat pembaca blog anda dengan sebaik mungkin. Ini bermaksud pembaca anda juga akan mendapat maklumat yang terkini mengenai mana-mana tawaran jualan yang terhebat dalam pasaran!
- Kami juga berusaha untuk bekerjasama dengan rakan strategik seperti syarikat pembekal web untuk memberikan anda ganjaran tambahan. Sila tunggu perkembangan
- Nuffnang.com.my mempunyai kolum “Blogger Pilihan” yang tersendiri, di mana seorang blogger akan diperkenalkan pada setiap bulan. Ada anda akan menjadi pilihan seterusnya?
- Nuffnang sebagai komuniti pengiklanan blog pertama di Asia Pasifik sentiasa menganjurkan aktiviti yang menyeronokkan untuk ahli blogger menghadirkan diri, dan kebiasaannya ia tidak dikenakan bayaran!
Berapa banyak dapat saya perolehi?
Bagi kempen CPM
- Pendapatan yang anda perolehi bergantung kepada jumlah purata pengunjung unik yang anda terima dalam minggu suatu kempen itu dibina.
- Anda kemudian akan diatur ke “Tahap Kategori Blogger“ berdasarkan jumlah purata pengunjung unik anda.
- Bagi setiap kempen, anda akan dibayar kadar yang tetap untuk setiap unit iklan. Jumlahnya bergantung kepada Tahap Kategori Blogger anda. Lebih tinggi tahap anda (atau lebih banyak bilangan pengunjung unik) maka lebih tinggi jumlah pendapatan yang anda dapat.
- Segala maklumat mengenai Tahap Kategori Blogger dan jumlah pendapatan anda dapat dilihat melalui halaman Pendapatan CMS anda. Maklumat ini akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja setelah suatu kempen iklan itu tamat.
Bagi kempen CPC
- Pendapatan anda diperoleh berdasarkan setiap bilangan klik unik oleh pengunjung unik anda terhadap unit iklan yang memaparkan kempen iklan CPC.
- Pendapatan anda akan dikredit ke dalam akaun selepas 3 hari kempen CPC tamat. Kempen CPC akan tamat apabila ia telah mencapai sasaran maksimum bilangan klik.
- Sekiranya blog anda memaparkan iklan CPC tetapi tidak mendapat sebarang klik, maka tiada pendapatan akan diberikan.
Bagi kempen MCPM (Metered CPM)
- Pengiklan akan membeli sejumlah set bilangan pengunjung unik daripada blog anda untuk memaparkan iklan mereka dalam tempoh minggu tertentu.
- Jumlah pendapatan yang anda perolehi akan disimpan sebagai Pendapatan Terumpuk sementara kempen itu berjalan sehingga ia mencapai bilangan unik yang dibeli pengiklan daripada blog anda. Setelah blog anda selesai memberikan jumlah unik yang dikehendaki, pendapatan anda akan dikredit masuk ke dalam Pendapatan Semasa anda.
Bilakah suatu iklan itu mula dilancar?
- Ahli-ahli pemasaran kami sentiasa keluar mencari pengiklan yang sesuai. Kami bukan sahaja berminat untuk membantu anda mambuat pendapatan tetapi juga untuk memberikan anda iklan yang paling sesuai!
- Sebelum blog anda diberikan iklan CPM oleh pengiklan, unit iklan anda mungkin memaparkan iklan tak berbayar atau dikecilkan, bergantung kepada opsyen Pilihan Iklan yang anda pilih di dalam halaman Pengurus Blog. Bagi opsyen "Papar iklan Globl CPC" pula, anda akan dibayar mengikut bilangan klik yang diperoleh daripada pengunjung blog anda.
Apakah perbezaan antara jenis Opsyen Pilihan Iklan dan fungsi setiap satunya?
- Opsyen Pilihan Iklan Ads merujuk kepada bagaimana anda mahu unit iklan Nuffnang anda berfungsi sebelum anda diberikan kempen iklan berbayar oleh pengiklan. Terdapat beberapa pilihan opsyen seperti "Kecilkan Unit Iklan","Papar Iklan Tak Berbayar/Bantuan", "Papar Iklan Default" dan "Papar Iklan Global CPC".
- Opsyen "Kecilkan Unit Iklan" akan meminimakan saiz unit iklan anda supaya hanya memaparkan logo Nuffnang atau teks untuk memendekkan masa blog anda dan pelayan kami sementara menunggu kempen berbayar.
- Opsyen "Papar Iklan Tak Berbayar/Bantuan" akan memaparkan iklan tak berbayar di dalam unit iklan anda yang bertujuan untuk mempromosikan pelbagai aktiviti bantuan kemanusiaan seperti membela haiwan terbiar, menderma darah atau projek komuniti lain yang Nuffnang usahakan dalam tempoh masa tertentu.
- Opsyen "Papar Iklan Default" akan memaparkan iklan tak berbayar di dalam unit iklan anda yang bertujuan untuk mempromosikan Nuffnang sebagai komuniti pengiklanan blog pertama di Asia Pasifik.
- Opsyen "Papar Iklan Global CPC" akan memaparkan kempen iklan CPC yang diluluskan oleh pengiklan kami. Ini akan membenarkan anda untuk memperoleh pendapatan sementara menunggu kempen CPM daripada mereka. Jika tiada kempen CPC yang aktif bagi unit iklan tertentu, ia akan dikecilkan bagi memendekkan masa blog anda dan pelayan kami.
Bagaimana saya dapat mengeluarkan pendapatan saya ke dalam akaun bank saya?
- Sebaik sahaja pendapatan anda mencapai RM 50, anda akan diberi pilihan untuk mengeluarkan pendapatan di dalam halaman Pendapatan anda.
- Nuffnang akan membayar ahli blogger Glitterati dalam tempoh 30 hari selepas akhir bulan tarikh permohonan (60 hari bari ahli biasa). Dalam masa itu, cek bayarn anda akan dihantar ke bank kami untuk diproses dan seterusnya dihantar ke alamat berdaftar anda. Tempoh masa pemprosesan dan penghantaran cek tidak akan melebihi 3 minggu.
- Bagi memendekkan masa menunggu, anda digalakkan untuk membuat permohonan pengeluaran pendapatan pada akhir bulan.
- Nota: Sila pastikan alamat dan nama pembayar yang dinyatakan dalam borang pendaftaran adalah tepat.
Apakah fungsi kod yang disediakan?
- Ia membolehkan kami untuk menyiarkan iklan secara langsung ke dalam blog anda.
- Ia membenarkan kami dan anda untuk menjejak statistik penting pengunjung blog anda.
- Kami mempunyai polisi privasi yang ketat bagi memastikan privasi anda diurus dengan sebaik mungkin.
Bagaimana saya meletakkan kod unit iklan tersebut?
- Anda boleh merujuk kepada tutorial kami (boleh dijumpai di halaman “Pemasangan Iklan“ dalam CMS) bagi mendapatkan panduan untuk memasang kod kami. Jangan risau!
- Jika masih terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi kami melalui khidmatHelpdesk kami!
Statcounter saya tidak berfungsi, sila bantu!
- Langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah memastikan anda telah memasang kod unit iklan kami dengan betul. Sila rujuk kepada tutorial kami di halaman “Pemasangan Iklan“ untuk panduan.
Tip berguna: Iklan Default kami sepatutnya dipaparkan dalam blog anda sekiranya kod iklan kami dipasang dengan betul.
- Jika tiada masalah mengenai lokasi unit iklan anda, sila pastikan alamat URL blog yang didaftar adalah betul. Anda boleh pergi ke halaman Pengurus Blog anda untuk melihat senarai blog yang berdaftar.
- Jika kesemuanya baik, dan Statcounter anda masih tidak berfungsi, sila hubungi kami melalui khidmat Helpdesk dan salah seorang ahli kumpulan kami akan membantu anda secepat mungkin.
Bagaimana saya dapat mengubah alamat URL blog saya?
- Log masuk ke dalam akaun anda dan sila ke halaman Pengurus Blog.
- DI bawah senarai blog yang berdaftar, klik pada pautan "Ubah" disebelahnya dan anda akan dibawa ke halaman Ubah Maklumat Blog. Masukkan alamat baru URL blog anda dan jika mahu, anda juga boleh menjelaskan sebab penukaran alamat blog anda.
- Klik pada butang "Simpan" dan segalanya selesai!
Bagaimana saya dapat membuang/memasukkan unit iklan Nuffnang ke dalam blog saya?
Membuang unit iklan:
- Anda tidak boleh membuangnya. Setelah anda menyertai kami anda akan bersama kami selama-lamanya! Ok, kami cuma bergurau.
- Anda hanya perlu membuang kod unit iklan kami daripada templat blog anda. Tetapi sebelum berbuat demikian, sila maklumkan kepada kami terlebih dahulu melalui http://www.nuffnang.com.my/help kerana kami mungkin telah memilih blog anda dalam senarai kempen-kempen iklan yang bakal dilancarkan ke atas unit iklan tersebut.
- Beritahu kami unit iklan yang manakah anda ingin buang dan berikan kami tempoh 48 jam untuk membalas anda.
- Setelah semua unit iklan Nuffnang dibuang dari blog anda, sila padamkan alamat URL blog tersebut daripada senarai blog berdaftar anda dalam Pengurus Blog juga. Langkah ini penting untuk memastikan sistem kami tidak lagi menjejaki blog tersebut yang mungkin akan mengubah status Glitterati anda.
Memasukkan unit iklan Nuffnang:
- Langkah 1: Sila ke halaman “Pengurus Blog” untuk mendaftar alamat blog URL baru anda.
- Langkah 2: Sila ke halaman “Pemasangan Iklan”, pilih unit iklan yang anda ingin pasang dan tampalkan kod unit iklan tersebut ke dalam templat blog anda.
Bolehkah iklan Nuffnang dan Google Adsense disertakan bersama-sama?
- Iklan Nuffnang tidak kelihatan sama dengan iklan Google, tidak bersifat teks dan tidak direka untuk menyerupai iklan Google atau kotak carian maka anda tidak mempunyai masalah untuk meletakkan iklan Nuffnang di halaman yang sama dengan iklan Google. Sila rujuk polisi program Google Adsense untuk maklumat lanjut.
Adakah saya akan dibayar dalam matawang RM atau USD?
- Anda akan dibayar dalam matawang RM. Ini akan mengurangkan beban anda untuk memberikan cek USD anda kepada bank untuk diproses dan menunggu beberapa minggu sebelum anda boleh mendapatkan wang anda. Ini juga bermaksud pihak bank tidak perlu mengambil caj komisyen daripada jumlah pendapatan anda kerana tiada matawang asing terlibat.
Saya telah menyertai Nuffnang untuk sekian lama tetapi masih tidak mempunyai pendapatan.
- Pihak blogger akan dibayar apabila mereka menyiarkan iklan berbayar daripada pihak pengiklan kami.
- Secara umumnya terdapat 2 jenis iklan berbayar daripada pihak pengiklan, iaitu kempen CPC (kos per klik) dan kempen CPM (kos per impression). Kempen MCPM (kos per impression bermeter) berada di bawah kategori kempen CPM.
- Kempen CPC
Dilancarkan atas permintaan pengiklan. Ia akan dipaparkan ke dalam semua blog didaftar bawah rangkaian Nuffnang yang telah memilih opsyen 'Papar Iklan Global CPC' di dalam Pilihan Iklan halaman Pengurus Blog mereka. Kempen CPC hanya akan dipapar pada blog yang tidak terlibat dengan mana-mana kempen CPM yang berjalan pada masa itu. Blogger akan dibayar berdasarkan bilangan klik unik yang dijana oleh pengunjung unik blog masing-masing. Kempen CPC akan tamat setelah ia mencapai bilangan maksimum klik dan akan mengemaskini bayaran untuk setiap blogger terlibat yang telah menjanakan klik unik ke atas kempen CPC itu di dalam blog mereka. Jika terdapat blog yang telah memaparkan iklan kempen CPC tetapi tidak menjana sebarang klik, maka tiada bayaran akan diagihkan kepada pemilik blog tersebut.
- Kempen CPM
Pengiklan kami akan memilih senarai blog yang mereka ingin paparkan iklan mereka kerana kadar bayaran lebih tinggi berbanding bayaran bagi kempen CPC. Keputusan mereka mungkin bergantung kepada beberapa faktor seperti demografi pembaca blog, lokasi-lokasi unit iklan di dalam blog, status keahlian blogger Nuffnang dan kewujudan unit iklan di dalam blog. Jika anda terpilih, anda akan menerima e-mel notifikasi mengenai kempen iklan atau boleh dijumpa dalam halaman Pendapatan, di bawah bahagian Pendapatan Terumpuk.- Oleh kerana pihak pengiklan mementingkan sasaran penonton untuk melihat kempen iklan mereka, hanya blog yang mempunyai pembaca blog yang sesuai akan dipilih. Jika pembaca blog anda jatuh di dalam kategori yang berkaitan, anda pasti akan dipilih masuk ke dalam senarai mereka.
- Lokasi unit iklan adalah penting dalam industri pengiklanan. Pihak pengiklan kami telah membelanjakan wang yang banyak untuk mereka dan membeli ruangan iklan. Mereka mahu mesej iklan mereka disampaikan dengan sebaik mungkin kepada sasaran penonton. Oleh itu, mereka mahukan ruangan iklan yang berada di lokasi yang optimum dan sesuai. Sila pastikan unit iklan anda berada di lokasi yang sepatutnya dan pihak pengiklan semestinya berpuas hati dengan faktor ini. Unit skyscraper sepatutnya menjadi elemen pertama di dalam bahagian sidebar dan bukan di bahagian lain. Unit leaderboard juga mempunyai peraturan yang sama di mana ia perlu menjadi elemen pertama yang dilihat pengunjung blog anda semasa memasuki blog anda dan bagi unit Large Rectangle, ia perlu diletakkan di bawah petikan blog pertama anda. Sekiranya unit iklan dalam blog anda tidak berada dalam sususan ini, ia akan memberi mempengaruhi keputusan pihak pengiklan untuk memilih blog anda dan mereka mungkin memilih blog lain yang mempunyai lokasi unit iklan yang lebih bagus.
- Kewujudan unit iklan memainkan peranan penting bagi pihak blogger untuk dipilih ke dalam kempen. Semua pihak pengiklan kami membahagikan bajet mereka ke dalam 3 unit iklan kami (Leaderboard, Skyscraper dan Large Rectangle) apabila mereka berurusan dengan kami. Jumlah bajet yang diberi adalah terhad dan tidak dapat diberikan kepada jumlah blog yang banyak bagi setiap jenis unit. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 jenis unit iklan, ini dapat meningkatkan peluang anda untuk dipilih.
- Status keahlian juga memainkan peranan dalam pengiklanan kempen kerana pihak pengiklan kami mengutamakan blog Glitterati untuk iklan mereka kerana ia merupakan sebahagian daripada program ganjaran terhadap blogger setia kami. Ahli biasa akan tetap dipilih untuk kempen iklan tetapi dalam bilangan yang lebih rendah berbanding ahli Glitterati.
Saya tidak dapat memasukkan kod Nuffnang ke dalam blog Wordpress/Xanga/Multiply/Livejournal saya.
- Wordpress.com tidak membenarkan penggunaan Javascript atau mengubah templat HTML mereka. Tetapi jika anda mempunyai blog Wordpress.org dalam domain peribadi, anda boleh mengubah templat blog anda dengan mengubah konfigurasi kebenaran fail (file permission) melalui aplikasi protokol penghantaran fail (FTP) anda.
- Buat masa ini, Xanga Themes tidak meyokong pengunaan Javascript kerana tag "
sila click jika suka.. tq
Kongsi beritahu rakan di facebook!
Related Posts : nuffnang
0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment