Nak cover punya hal, ada sorang mamat ni nak volunteer buat persembahan silap mata. Kitorang dalam dewan tu cakap 'on' je lagipun nak tunggu semua prob setup semua dulu. Tambah2, kitorang dah lama tak tengok silap mata. First2, dia bagi rules and regulations. Dia cakap, lampu dewan wajib tutup semua. Kasi stage je yang 'on'.
Pastu, lampu dipadamkan. Gelap gelita dewan masa tu. Kitorang dah stat gabra semacam je. Pastu rules no.2, mamat tu cakap, semua orang wajib tutup mata sehingga dia cakap boleh bukak, baru boleh bukak. Ok, fine. Kitorang pun tutup mata. Then, mamat tu cakap dia nak buat silap mata, nak tukar manusia jadi ular.
So, dia mintak sorang antara kitorang volunteer untuk dijadikan manusia tu. Lama gak tunggu, then lepas 5 minit, ada sorang budak laki ni naik stage. Lepas tu, dia dan mamat tu(kononnya ahli silap mata) berbisik. Tetiba dak laki yang naik tadi tu pun turun stage. Aik? Kitorang sume buat muka pelik.
Then ahli silap mata tadi tu pun cakap guna mic, yang dak laki tadi tak penuhi syarat2 yang dikehendaki sebelum dijadikan bahan uji. Lepas 10 minit, sorang laki dak laki ni naik stage. Dia pun dijadikan bahan ujian sebab penuhi syarat2 yang dikehendaki.
Sebelum mulakan, dia cakap, sesiapa yang bukak mata sebelum diberitahu, ular tu akan gigit kitorang. Aku dan kawan2 pun mula rasa takut. Yela, muka mamat tu bukan main serius. Then, proses stat, kitorang disuruh stat tutup mata. Kitorang pun ikutlah dengan redhanya.
Masa kitorang tutup mata, kitorang dapat bunyi dengan jelas suara mamat yang dijadikan bahan uji kaji tu meraung kesakitan yang amat dashyat.
Dia jerit macam kena seksa je bunyi. Gegar 1 dewan. Kitorang bertambah 'cuak' dan takut. Nak terkencing pun ada. Then, next 3 minit, kitorang pun diarahkan bukak.
"1,2,3... bukak mata korang", cakap mamat 'bajet' ahli silap mata tu dengan garaunya.
Then, kitorang bukak slow2.. Kitorang nampak budak tadi meliuk-liukkan badannnya dengan lentoknya di atas stage. Aku tengok Ahli silap mata tu tersengih. Sume muka kengkawan aku cam tak puas hati. Naik berang pun ada. Haha. Aku rasa cam nak baling je kasut tumit tinggi yang aku pakai ni kat dua-dua orang yang duk atas stage tu. Sumpah! sakit ati giler. Kalo korang jadi aku tyme tu, korang buat ape agaknya?
(Huda, 16, pasir mas)
*Hantarkan kisah lawak dan lucu serta pengalaman yang tak dapat dilupakan anda ke overscurry@gmail.com
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!
1 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Hahahaha, kalau aku ader kat situ masa tu, confirm, aku baling kasut!
Post a Comment