Monday, December 27, 2010

maher zain tidak hadir dalam nasi lemak kopi o

maher zain

Maher Zain, nama yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia kini. Seperti mana yang kita tahu, Maher Zain pernah menghadiri bual bicara dalam rancangan nasi lemak kopi o pada satu masa dahulu, namun walaubagaimanapun kali ini artis yang digemari oleh anak mama ini gagal untuk menghadiri rancangan tersebut kerana masalah tertentu walaupun berita tentang kedatangannya ke dalam rancangan tersebut telah dihebahkan  kepada orang ramai.

 Namun, sesi bual bicara dengan Maher Zain secara langsung dari seri pentas shah alam itu telah digantikan dengan segmen lain oleh pihak nasi lemak kopi o. Maher Zain kini berada di Malaysia untuk menjayakan konsert amal Setulus Kaseh anjuran yayasan kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Konsert itu dijalankan secara tertutup bermula jam 8 malam 26 Disember hingga 28 Disember 2010. Anak mama berharap suatu hari nanti anak mama dapat bertemu dengan beliau..haha (poyo je anak mama ni) hihi...
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: