Friday, December 17, 2010

jika itu takdirNya (part1)


~cintaku hanya untukmu~


“Aku nikahkan dikau Aziz bin Othman dengan Nurmadihah binti Razak dengan mas kahwin ringgit Malaysia lapan puluh lapan ringgit lapan puluh lapan sen tunai”



“Aku terima nikahnya Nurmadihah binti Razak dengan mas kahwin ringgit Malaysia lapan puluh lapan ringgit lapan puluh lapan sen tunai”


“Alhamdullilah”, ucap Aziz yang sah menjadi suamiku. Dikucupnya dahi aku dengan lembut sejurus jari manisku disarung sebentuk cincin yang bertatahkan emas putih. Aku tidak berkata apa-apa. Aku hanya menundukkan pandanganku ke bawah sebagai tanda hormat kepada suamiku.


“Sudah seminggu kita kahwin, tapi Madihah masih terus membisu” sapa Aziz dari belakang kepadaku yang sedang berdiri memerhati suasana pagi Kampung Bali di jendela di dalam kamar. Aku terus membisu kerana tidak tahu apa yang hendak dikatakan.


Satu kucupan sayang Aziz singgah di pipi kiriku sambil tangannya memegang kedua-dua belah tanganku. Kelakuan Aziz ini membuatkanku berasa sedikit janggal walaupun sudah seminggu kami mendirikan rumah tangga. Dia cuba untuk mengamati lirik mataku namun aku segera mengalihkan pandangan ke bawah.


“Bang, Madihah berasa tidak selesa”, kataku dengan lembut kepadanya sambil cuba untuk melepaskan kedua-dua tanganku yang sedang berada dalam genggamannya.

“Adakah Madihah tidak rela atas perkahwinan ini”, tanya Aziz kepadaku. Adakah Madihah merasakan ikatan antara kita ini hanya menyeksakan Madihah. Aziz memandang tepat ke dalam anak mataku, menanti jawapan yang akan keluar dari bibir ini.


“Madihah hanya perlu masa untuk mencintai abang, tolonglah berikan Madihah sedikit masa lagi” balas aku sambil mengesat air mata yang sudah jatuh berderai ke bumi. Aziz segera mengalihkan pandangannya ke bendang sawah yang terbentang luas dihadapannya.

“Kalau itu permintaan Madihah, abang sanggup menanti walaupun bercerai roh dan jasad abang ini”, balasnya dengan perasaan sedikit hampa yang jelas terpancar dari raub mukanya.


Aku termenung bersendirian di atas kamar. Fikiran dan jiwaku masih mengingati Zaki, kawan karibku sejak dari tingkatan 1 lagi. Namun, kami berpisah semasa di tingkatan 5, selepas dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Luxemburg.

“Nurmadihah, Zaki dapat tawaran belajar di Universiti of Luxemburg. Zaki antara seorang daripada sepuluh pelajar Malaysia yang berpeluang belajar di sana” sorak Zaki dengan gembiranya yang berlari kencang menerpa ke arahku yang duduk bersimpuh diatas wakaf di tepi rumahku sambil menunjukkan sampul surat putih kepadaku.


“Alhamdullilah”, balasku dengan penuh rasa syukur ke hadrat illahi kerana impiannya yang selama ini beriya-iya hendak belajar di sana menjadi kenyataan.


“Bila daftar”, tanyaku untuk kepastian.

“Minggu depan”, jawab Zaki dengan rasa gembira dan tidak sabar-sabar hendak ke sana. Nurmadihah jangan khuatir. Zaki pergi tak lama. 5 tahun je. Nurmadihah tunggu kepulangan Zaki nanti ya. Nurmadihah tetap di hati Zaki walaupun jarak memisahkan kita.

Ya Allah, kenapa begitu lama sekali ya Allah. 5 tahun bukannya singkat. Kenapa kau ingin memisahkan aku dan dia. Aku tidak sanggup untuk menghadapi pemergiannya dari dalam hidupku. Monolog aku bersendirian sambil menatap surat tawaran yang berwarna putih itu.


“Madihah..madihah..turun makan malam nak”, suara mama mengajakku makan dari ruang tamu bungalow mengejutkanku dari lamunan.

“Aminnnn”. Alhamdullilah. Aku segera mengucup tangan Aziz. Aziz mencium dahiku dengan lembut. Selesai sudah kami solat isyak secara berjemaah. Aku mengalihkan pandanganku ke wajah Aziz yang sedang melipat sejadah. Ya Allah, sekarang aku dapat merasakan kemurnian dan kejujuran jelas dalam hati Aziz. Dia seorang suami yang baik. Pandai menjaga hubungan dengan akhirat dan duniawi.


Tambahan lagi, Aziz seorang suami yang mithali dan alim. Mana taknya, setiap pagi dia akan bangun awal dariku dan semasa azan subuh berkumandang, dia sudah siap dengan berbaju melayu dan berkain pelikat untuk ke masjid yang terletak 100 meter dari rumah kami. Dialah yang mengajarku cara hidup Islam yang syumul. Aku mula berasa bahagia berada di sampingnya.


“Kringgggg”, bunyi telefon rumahku berdering. Aku segera mengangkat.


“Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Nurmadihah”, pinta suara yang agak garau dihujung talian pada satu Ahad pagi itu.

“Aku rasa macam pernah kenal suara ini, siapa ya” tanya aku kepada diriku sambil cuba mengingati kembali siapakah gerangan tersebut. Ya Allah.. Zaki.

“Asalamualaikumwarahmatullah”. “Ya Allah, kau ampunilah dosa hambamu ini. Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi dugaan semua ini. Berikanlah aku ketabahan untuk menghadapi ujianmu ini. Sesungguhnya aku insan yang lemah, aminnn”.


“Madihah, cepat ke bersiap untuk ke hospital, Aziz kemalangan”, sapa mama dari belakang. “Astarfirllahalazim”, aku mengucap selawat kerana terkejut menerima berita tersebut. Aku segera melipat sejadah dan bersiap untuk ke hospital.
 
 
bersambung..


 baca jika itu takdirNya (part2)

kembali ke koleksi anak mama's novels>>  
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: