Saturday, December 18, 2010

jika itu takdirNya (part2)

~tinggalkan daku keseorangan~
 
“Bagaimana keadaan suami saya sekarang ini doktor”, tanya Madihah untuk mendapat kepastian.



“Suami cik koma sekarang, hentakkan yang terjadi di kepalanya sangat kuat sehingga berlaku pendarahan, saya tidak boleh memberi jaminan apa-apa sebaliknya banyakkan berdoa memohon agar suami cik cepat sembuh, InsyaAllah”, balas doktor sambil merekodkan butiran-butiran yang dikehendaki di atas kertas putih.


Aku menangis teresak-esak mengenangkan dugaan yang telah diberikan Allah kepadanya. Tetapi, hanya kesabaran yang menguatkan aku untuk terus memohon perlindungan daripada yang Maha Esa.


“Sabar nak, InsyaAllah Aziz akan sembuh”, ujar mama sambil menenangkan aku yang masih lagi menitiskan air mata. Aku dapat merasakan kasih dan sayang aku terhadap Aziz mula bersemi selepas 6 bulan kami mendirikan rumah tangga dan perasaan itu hanyalah untukmu, Aziz tidak untuk orang lain. Namun, kini dia sedang bertarung dengan nyawa. Hanya doa yang mengiringi perjuangannya. Ya Allah, selamatkan lah hambamu, Aziz.


Sudah 2 tahun Aziz pergi. Namun, peristiwa itu masih segar dalam ingataku. Aku memandang ke langit, melihat ciptaan Tuhan yang Maha Kaya, awan pagi yang membiru, terapung-apung di udara dan seolah-olah menari-nari untuk menghiburkan hatiku yang sedang bersedih ini.
“Krinngggggg”, deringan telefon dari ruang tamu memecah khayalan aku pagi yang dingin.










“Assalamualaikum, siapa yang bercakap, nak bercakap dengan siapa?”, tanyaku dengan nada perlahan.
“Waalaikumusalam, saya Zaki, boleh saya bercakap dengan Nurmadihah?” Suara yang muncul dihujung talian telah membuatkanku terkejut dan hampir pengsan, namun aku segera meletakkan ganggang telefon. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya untuk mengawal perasaanku ini.


“Krinnnggggg”, sekali lagi telefon berdering. Aku membiarkannya berdering lebih lama dari yang sebelumnya sebelum diangkat untuk kali yang kedua.


“Nurmadihah ke di sana? ni Zaki, anak Haji Sulaiman. Kenal Zaki lagi tak?” tanya Zaki dengan perasaan gembira kerana dapat mendengar suaraku yang hampir lebih 5 tahun tidak didengarnya. Zaki langsung tidak menghubungiku selepas dia berangkat ke Luxemburg 5 tahun yang lepas. Aku sudah berkali-kali cuba menelefonnya tetapi nombornya sudah ditukar.


Aku tidak berputus asa. Aku telah menghantar ratusan emel kepadanya, namun satu pun tiadak dibalas. Aku juga telah menghubungi rakan-rakannya untuk mengetahui perkembangannya tetapi semuanya menghampakan aku. Aku menunggu deringan telefon darinya 5 tahun yang lepas dan bukannya sekarang.


Setiap malam aku bertanyakan kepada bintang dan bulan, supaya memberitahuku adakah dia sihat?bagaimanakah keadaannya di sana? Sehinggalah aku dipaksa kahwin oleh ayahku dengan Aziz atas dasar hubungan kerja.


“Hello..hello..Nurmadihah..”, sekali lagi aku dikejutkan dari lamunan oleh pertanyaan Zaki dihujung talian.


Satu petang, kami telah bertemu di atas puncak bukit yang menghadap terus ke Laut China Selatan pada suatu petang. Suasana petang itu sungguh mengasyikkan. Ombak yang menghempas ke pantai telah memecah kesunyian petang itu. Dedaun pokok rhu melambai-lambai diusik angain pantai yang nyaman.
“Nurmadihah, Zaki rasa sudah tiba masanya kita bersatu hati, lagipun kita sudah lama saling mengenali antara satu sama lain, sudikah Nurmadihah menjadi teman hidup Zaki sehidup semati”, baris-baris ayat yang dikarang Zaki itu telah memeranjatkan aku yang sedang leka menikmati angin pantai.











“Maksud Zaki, kahwin?’, tanyaku untuk kepastian.


“Ya, kahwin”, balasnya dengan raub wajah yang ceria dan cuba untuk menggengam tanganku. Tetapi aku berjaya mengelak. Air mata mula membasahi pipiku. Aku terkenang akan arwah Aziz dahulu. Dia tidak tahu bahawa aku ini adalah bekas isteri orang.


Namun begitu, aku masih belum pernah disentuh oleh arwah walaupun sesaat kerana dia sudah berjanji denganku bahawa dia rela menunggu dan menanti aku mengungkapkan perkataan aku sudah bersedia kepadanya walaupun tercerai roh dan jasad. Tetapi, ungkapan itu tidak terlahir oleh bibir ini sehinggalah dia pergi mengadap Ilahi.


Nurmadihah memandang tepat pada anak mati Zaki yang menantikan jawapan dariku. "Madihah masih milik Aziz dan akan kekal selamanya miliknya" jawabku sambil berlari anak meninggalkan dakapan dan pelukan sayang Zaki.
 

 
Tamat jika itu takdirNya (part2)




baca novel lain>>

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: