Thursday, December 30, 2010

graduan melayu bila diinterview (part2)


Pengalaman 7
by : mahadimm


aku dah keje banyak company dan pelbagai post sbb aku nak keje dan malas nak memilih mcm kebanyakan graduan skang. Aku diploma computer science holder grad 2.27 jew lepas final exam final sem aku trus dpt keje ihihihi. Ni kronologi kerja dan post aku sandang since aku grad until now. Orang kata keje amik pengalaman dulu baru ble naik jadi boss

Clerk (Credit control)-TNB
Gaji RM 900
2001-2002

CSR-Celcom
Gaji RM2350
2002-2003

Panasonic AVC-Marketing Assistant
Gaji RM 1500
2003-2004

TM Berhad- TA-Networking
Gaji RM1200
2004-2005

Tempat nih paling banyak skali aku blaja mcm mana nak install router dgn configure. Aku dpt skill yang aku nanti2kan time nihla. Ko bayangkan brapa lama aku tunggu sampai nak masuk line IT balik. Brapa sabarnya aku. Aku seorang graduan yang tak memilih kerja. Aku nak duit nak tampung idup aku.

Suasana masa interbiu:

MasyaAllah, mmg iye ramai staff TM melobi utk anak2 dorang utk post nih ada 30 candidates 2 yang nak dipilih. Aku time tuh memang cukup marah kalau aku tak diterima. Memang kena trima time tuh sbb banyak saingan. Aku mana ada famili keje TM dorang siap mak bapak duduk sebelah bagi sokongan mantap uwaaaaaaaaaaaaaa. Ingatkan power2 rupanya dlm bilik interbiu 3 penginterbiu 4 candidates skali interbiu sbb ramai. baru aku nampak yg graduan kita tak boleh kuasai 3 bende

1. Penguasaan English yang terlalu lemah
2. Interpersonal yang lemah
3. Malu yang tak tentu arah

aku bukan kata aku nih terror english tapi aku willing to study and aku mmg bodoh. Aku nak pandaikan BI ni aku beli The Star hari2 aku baca, dengar lagu omputih, selalu buat karangan omputih, ckp dgn bangsa asing terumata india sbb dorang pon belasah gak mcm kita janji ble paham sudah.

Haaa bab interbiu tuh akhirnya aku berjaya, rasa bangga walau gaji 1200 ihihih contract plak tuh tapi ilmu yang aku dpt boleh memberi aku demand kepada apa yang aku ada.

Next

Mobile Money-Helpdesk&Support
Gaji RM 1700
2005-2007

kat sini aku blaja banyak bende gak terutama hardware walo pon aku bengap ihihihih. Banyakla CCTV,PABX,system etc. Boss aku baik walo pon cina. Kawin dgn pompuan american israel ihihihih tapi ileks pandai hormat kita aku suka hihihihih

ILB Berhad
Gaji RM 2200
2007-2007

kat sini aku dah buat admin jew...aku control IT Assistant ihihih dah naik pangkat tau. tapi still gi meeting kat branch yang ada. best2

(Multinasional Company) ihihih secret nih
Gaji RM 3100
2007- present

aku dah jadi senior executive, jgn marah ye!! atas usaha aku graduan yang tak pernah takot untuk duduk sama level dengan lain bangsa. Biarlah aku sorang melayu yang lain cina nak rendahkan diri apalagi dipijak tidak sekali.

Moralnya, walau aku baru berusia 26 tahun dan nak masuk 27 tahun ihihih still muda kaa.. andai ada usaha dan andai kita willing to learn dan sanggup mula dari bawah. Pastinya kita akan dpt apa yang kita inginkan.

Tidak kiralah kita ini ada diploma atau ijazah yang penting kita tahu bahawa kita punya misi untuk mendapatkan apa yang kita cita-citakan. Buat graduan melayu semua kalau takde keje tuh pegilah mana2 agensi daftarkan diri. Jgnlah asyik hantar CV sana-sini tapi tak dpt salahkan keadaan kononnya takde keje. Aku nih lagi multitasking sampai jadi receptionist pon aku bleh.

Aku bukannya riak ta
pi sekadar berkongsi pengalaman...wassalam!


Pengalaman 8 
by : datuk_seri

Assalamualaikum...

ermm.. topik ni "Graduan Melayu Bila Di Interview", aku nak berkongsi pengalaman sesi temuduga yang diadakan oleh syarikat aku ni pada beberapa minggu lepas. Aku ni handle bahagian Teknikal dan ketika itu kami memerlukan Sales and Marketing Executive. Senarai pendek/penapisan terakhir ada 11 penama iaitu 10 orang Melayu (lelaki dan perempuan) dan seorang Cina (lelaki). Aku adalah salah seorang panel termasuk 2 orang Director syarikat aku berbangsa Norway. Dalam sesi temuduga tersebut, apa yang aku perhatikan 10 orang Melayu yang ditemuduga memberikan tindak balas/respon yang kurang menyenangkan bos-bos aku nih dan termasuk aku sekali. Seorang lelaki melayu ni, bila aku beri peluang untuk memperkenalkan diri, perkataan pertama yang keluar dari mulut "How much the salary?".. aik.. belum apa2 dah tanya gaji? adoi.. bos aku terus geleng kepala.. Ada yang bila bos aku menerangkan sesuatu mengenai syarikat, budak ni garu kepala lah, tengok sana sini, tengok luar tingkap.. On the spot bos aku suh kuar.. Yang seorang perempuan melayu ni, bila bos aku kata kerja ni kena selalu ikut bos outstation oversea buat marketing n sales, terus budak perempuan ni kata taknak.. adoi.. manja betul... akhirnya, satu-satunya budak Cina ni dapat kerja company aku.. Aku nak tolong bangsa sendiri, tapi kalau bangsa sendiri tak boleh nak bantu diri sendiri, macam mana aku nak buat..?? Fikirkan2 lah...
Pengalaman 9

by : an2pusat

salam.. all..

aku nak selit sikit arr...
aku belajo tak tinggi mane.. tapi lepas abis kolej.. aku lepak kat umah dlm 7 bulan...
tak terpikir pun nak carik keje...sebab ayah aku bagi aku duit kocek sehari rm15.00 kire lepas le aku nak huha-huha... tapi nak dijadikan cite.. mak member aku.. cakap kat maybank ade bukak jawatan kosong... kalau nak suruh anak die yg gi sorang2.memang anak die taknak jadi die suh le aku g teman anak die...aku pun malas la nak tolak ..sebab mak member aku...aku g le ikut die... open interview. aku pakai t-shir ,seluar jin dan kasut sport. bila ditanye sipenemuduga tu..kenape pakaian mcm ni. aku selamber jerk jawab. ni pakaian saya jalan2. tak sangka ade open interview .takan saye nak tolang peluang keemasan ni hanya saya berpakaian begini. tapi disebabkan aku dah study pasal maybank dlm maybank.com (skang ni maybank2u.com.my) . dr segi pengetahuan aku ade... keputusannya.. Alhamdulillah.aku dpt gak keje tu. sampai skang aku ni staff Maybank.
jadi kesimpulannye... kite usha lah ape yang termampu... setelah berusha serah segalanya pada Allah s.w.t.
kalau tak berjaya.. anggaplah ...itu bukan rezeki kite.. dan pastinye Allah telah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk kite. InsyaAllah.
good luck~ 


Pengalaman 10
by : jenglot

aku punya kornologi pon lebih kureng je ngan mahaadmin.tapi aku nyer result lagi kantoi ...dip sains com ngan CGPA2.14 je.. tapi ngan usaha yang x putus2 akhirnya aku kira berjaya gak dlm masa 3 taun...huhu. laugh.gif

2004 aku abis blaja pas2 aku keje macam2. kat pam minyak la..kat fast food restaurant lar. then aku masuk skim latihan graduan mengangur on 2005 n dapat praktikal kat philips semiconductor. masa 2 aku ambik MCSE tapi 2 pon 4/7 paper aku kantoi...haha nak wat camne aku x berapa bijak.pas 2 philips ambik aku keje

2006-2008
philips semiconductor
system technican
basic 1200 + 200elaun

pro - awek ramai.keje bebas.belajar banyak. kalo kite ada idea baik bole implement
kontra - dipergunakan (kalo baik sangat).kenaikan gaji ciput. kita wat keje orang lain dapat nama dry.gif


2008 (april-july)
Teletech HP
CSR
basic 2200 + 400elaun

pro - belajar comunicate bi ngan mat salleh sb support north us customer. keje...keje. main...main.
kontra - kene maki( standard bagi yang kerje kat customer servis kat mana2 company).



2008 (july- now)
aviation nyer company - P&C
IT Executive
basic 3000 + 500elaun

pro - stewardess ramai n ramah tamah. wub.gif keje senang sebab basic dah ada (technical& softskill).bebas janji keja meet deadline. cuti banyak.
kontra - stakat ni x nampak lagi sebab masih baru(mintak2 x de).

tips2 yang aku praktikan masa interview
- belajar bi. walaupun x terer cukup utk interviwer paham pun dah ok.

-pakaian yang sesuai + muka manis(senyum)

- shake the interviwer hand like professional. grip skit jangan cam nak tak nak je. people usually read you by your body language. x percaya..? try it..

-bila nak jawap pandang arah muke interviwer +SENYUM walaupun anda tengah gelabah puyuh x tau nak jawab ape.jawap dgn confident.kalo x tau cakap je x tau. jangan buang masa interviwer.kelentong ape yang korang rasa bole jawab je. jangan lebih2 nanti kene balik. most interviewer at least ade 2 org. 1 utk test softskill n 1 is to test your technical knowledge.

- jangan pandang remeh pada soalan bodo. cam tgh drive tiba2 tire flat so how to change a flat tire.aku kene ni masa interview kat dell. ngan kompiden aku jawap ambil tayar spare, ambil pemutar nut buka tayar n pasang. then dia tanya u x payah berhenti kereta ke?haha...ni soalan wajip utk service desk kat dell.

-gaji dont worry.ingatlah yang diaorang perlukan kite. bagi yang fresh demand ikut market la in beetween min to max da kira ok la tapi bagi yang ada exp mesti studi compeni 2 dulu. that's y forum cam ni idup bole kongsi maklumat..

-anyway rezeki 2 dtg dari Tuhan. do your best so korang x de regret wallaupun xdapat. at least u know that u have throw in everything you've got.

skg ni aku tgh choose sama ada nak ambik part time degree k just spesific course je.penin2 wacko.gif . tolong bagi idea...thank you


Pengalaman 11
by : duke_teddy

Last week aku dipanggil utk bagi satu sharing session dgn 250++ undergraduate yg terlibat dgn satu program tapi tak dapat kerja lagi. Aku dipanggil atas dasar aku sekarang nie kerja di Aust, as a Project Consultant and kononnya hari tuh dipanggil utk share experience lah.

Rumusan yg boleh dibuat aku rasa sama ajer.....Kurang penampilan dan keyakinan, language lemah, communication aspect kurang etc etc. Pada aku benda nie dah banyak diperkatakan. Biler aku bagi mic kat diorang cakap apa expectation utk talk and career diorang, sorang pun tak berani nak ambik mic tu

Cuma aku rasa "common denominator" yg aku dpt dlm bilik tuh ialah graduate nie set unrealistic expectations, cth bab gaji, dan masa keje dan akan banding apa yg orang dah 3,4 thn keje dgn diorang. Aku tau ini bukan majority, tapi 80:20 rule lah....20% org mcm nie akan mempengaruhi 80% org yg lain. Ada yg blame university, lecturer etc ....takder sorang pun acknowledge yg ad kekurangan yg boleh diperbaiki cthnya aspect communication and self-marketing. Dua dua benda nie la yg orang kata the X-Factor yg akan menentukan employer pilih korang atau pun tidak.

Perkara-perkara basic interview cth mcm mana nak jawab S-T-A-R questions tuh...mmg rasanya kena dipertingkatkan lagi.

My two cents.
sumber :

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

1 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:

De Mois said... Reply To This Comment

Punca yg boleh kita nmpak dgn mata kasar kenapa org kita susah nk dpt krje sbb mmilih. Igt abiz blaja trus jd boss ke hape. Lain la bapak kita ni ada company