Sunday, December 19, 2010

1st time budak kelate g mid.valley (part1)



Haha.. dalam entry ni aku nak citer pengalaman aku g mid.valley semalam. Nak tergelak pun ada rasanya. Maklumlah, kat kelate, yang paling besar pun KB Mall je lah. Tu dah kira besar habis  r dalam kalangan sek kami. Semalam, aku g sorang2 sebab kawan2 aku semua duk area shah alam, kajang, so tak sama KTM dengan aku.

Mula2, aku nak beli tiket. Aku tengok 360 degree ke kanan, ke kiri, ke belakang ke depan, then nampak la kaunter. So, aku beli tiket menghala ke pelabuhan klang sebab aku naik kat stesen Kg. batu. Aku pun dengan yakinnya berjalan nak pegi kat platform, aku pun masukkan kad tu dalam mesin khas sebab nak melepasi had tu.

Tetibe dia mesin tu tak 'telan', 'aik, bakpo pulok mesin nih tok se make kad aku?, saloh beli kad ko?(aik, kenapa pulak mesin ni tak mau makan kad aku, aku salah beli kad ke?)aku tanya diri aku. Sebab masa tu tak dok 'oghe' lagi, biasalah stesen kg.batu kan baru beroperasi tambah2 masa aku pegi tu pukul 3 ptg.

Pastu aku dengar ada orang gelak ketawa cam langsuir kat balakang, aku toleh belakang. Abang tu cakap, 'dik salah lorong tu' sebelah sana. Haha. rupe2nya aku salah masuk lorong mesin yang ada tanda pangkah, tu tempat orang keluar sebenarnya. Aku pun cover malu, aku cakap 'oh yeke,mesin KTM kat tempat saya lagi canggih la kalo camtu sebab boleh keluar dan masuk sesuka ati je' abang tu pun buat muka pelik. Hehe~

Aku pun tunggu train kat platform 1. Train sampai aku pun naik. Opocot! ramainya pompuan dalam train ni. Takde sorang pun laki. Aku pun cakap sorang2, 'best gak dapat duduk dengan pompuan ni boleh usyer2 cikit'. Hehe.

Tapi yang pelik dan sumpah aku hairan giler, sume pompuan dan dara2 dalam tu tengok pelik kat aku, ada muka cam nak marah, ada muka cam nak mati, dan macam2 lagi. Aku pun 'buat2 berzikir munajat' haha nak bagi diorang pandang biasa. Lepas tu, train bergerak dan diorang dah boleh terima aku.

Nak dijadikan ceritanya, masa dalam perjalanan tu, aku usyer kat luar cermin tengok permandangan disekeliling, tetiba aku nampak "Ladies Only" "Koc untuk Wanita Sahaja".. mak tolong !!! (sampai mengetuk cermin dengan tangan) Sabar je la.. bersambung..


sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

2 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: