Sunday, December 19, 2010

1st time budak kelate g mid.valley (part2)


Pastu, aku rasa cam train ni lama je. Aku bimbang takot2 salah naik train. Aku dah mula rasa cam tak sedap hati ja tambah2 dalam tiket aku dia tulis palabuhan klang, bukan mid.valley. Aku mula rasa cuak. Pastu, aku terpandang budak pompuan comel je nampak duk tepi tingkap sorang2.

 "Piwitt" hehe..takde lah.aku tak buat pun camtu.. aku pun pegi dekat dia, "akak, saya hendak bertanya, bahawa saya ingin pergi ke mid.valley. betulkah saya menaiki train ini"? aku tanya bukan main pure bahasa baku lagi aku guna, memang aku ni berbudi bahasa r. kalo x paham lagi, tak tau r camne.

kulit putih gebu pun jawab, ehh maksud aku budak pompuan tu lah jawab. "Awak kena interchange train kat Putra, then proceed mid.valley" katanya kat aku cam mat salleh. Aku mengaru-garu kepala lutut aku, sebab aku tak faham, kat mana Putra,kenapa tukar?  tetiba mak dia kol, nada dering maher zain 'barakallah.."

"mok, saba la beta, pahni ika sapa la, tokde de teh,....bla bla bla..."
("ma, sabar la sebentar, kejap lagi ika sampai la, tak sabar2 nampak")

Hahaha.. nak tergelak tergolek-golek aku dibuatnya. Pekat jugak budak pompuan ni. Tadi, bukan main lagi 'bajet' cakap omputih. Aku pun tanya dia lagi.

"awok, sayo ni meme tok rajin mari sini, ghano nok g putra, sayo tok tahu la. boleh dok awok help(nak perli dia la) saya.. kih3x.. dia pun buat muka..
atau
"awak, saya ni memang tak pernah datang ke sini, macam mana nak pergi putra, saya tak tahu, boleh tak awak help(nak perli dia) saya...

pastu, aku ikut dia. Dia pun nak pegi sana gak. Nak jumpa mak dan adik2 dia, dia kata. Train pun berhenti kat Putra, then dia ajak aku turun. Aku turun last, kasi 'chance' dara lain turun lu, then baru aku turun.

Aku duk sebelah dia. Kitorang borak lama gak. sambil tunggu train sampai. Aku tanya nama dia, umur, keje ape, asal mana, and bla bla bla.. dia cakap dia ika, umur sweet 22, student, asal Kota Bharu. Pastu dia tanya aku, guna loghat kelate la, "kenapa awak masuk koc wanita?awak ni 'nyah" ke?

kurang ajar. haha..aku ckp sorang2.. "walaupun saya nampak putih dan innocent, saya ni laki lah..pure melayu lelaki punya" haha..aku buat lawak.. tak sempat nak bagi jawapan tentang soalan dia tanya tu, train pun sampai, kitorang naik sesama..

Pastu sampai kat stesen mid.valley, aku terus follow dia samapi kat tingkat 1. aku cakap terima kasih. dia cakap sama2.. aku pun cakap "harap boleh jumpa lagi, memang best la jalan dgn awak", then dia cakap ok je. Dia pun bla, lambai2 kat aku dan jalan menuju ke depan. Aku pun balas lambaian dia. 

Ya Allah..
Aku cuba kejar dan cari dia sebab nak mintak no.hp atau email @ fb @ blog dia, atau aku yang bagi no hp aku, sebab dia dah banyak tolong aku, kalo tak aku sampai pelabuhan klang dah. tapi dia hilang dalam kesesakan lalu lintas manusia.
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: