Tuesday, February 01, 2011

norman hakim, memey sah kahwin hujung tahun ini

Memey Suhaiza dan bakal tunangnya yang tersayang, Norman Hakim telah memutuskan untuk berkahwin hujung tahun ini. Menurut Memey kepada mStar, dia dan Norman telah mula membuat persiapan perkahwinan termasuklah membeli barangan untuk majlis perkahwinan itu di kota Bandung, Indonesia, beberapa hari yang lalu.


"Setakat ini persiapan perkahwinan kami baru saja 40 peratus siap. Kami juga telah ke Bandung bersama beberapa ahli keluarga untuk mencari kain, kad perkahwinan serta barangan perkahwinan lain.

"Alhamdulillah, saya gembira kerana selepas pelbagai dugaan berlaku, akhirnya saya akan bergelar isteri kepada Norman.

"Apa-apa pun, saya harap, selepas kami berkahwin, tiada lagi kontroversi atau timbul masalah lain," kata Memey yang sudah pun menjalani kursus perkahwinan.


sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: