Wednesday, February 09, 2011

isteri Aqasha dah mengandung 7 minggu

Pelakon dan penyanyi, Aqasha atau nama sebenarnya  Firdee Aqasha Rosli dan isteri tercinta, Noor Baizura yang baru sahaja mendirikan bahtera perkahwinan pada 10 Oktober tahun lalu sungguh bertuah kerana doktor telah mengesahkan isterinya sudah pun hamil 7 minggu.
"Alhamdulillah, saya bersyukur dan gembira dengan berita ini. Rasa selepas ini tanggungjawab saya akan jadi lebih besar. Apatah lagi nak sambut anak nanti perlukan banyak persediaan. Persediaan sebagai seorang ayah dalam agama Islam bagi saya banyak menyedarkan dan ini pengalaman yang cukup bagus buat saya," katanya kepada Utusan.


sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: