Gambar di atas hanya rough design, reference atau teaser sahaja. |
Yuna, nampaknya akan membuka satu lagi cabang perniagaan dengan mengeluarkan produk wangian berjenama sendiri. Mengekalkan trademark Yuna sebagai penjenamaan, penyanyi ini akan mengeluarkan dua versi wangian iaitu fruity candy & cool floral aqua-ish.
Menurut Yuna, produk wangian tersebut telah mendapat kolaborasi dengan sebuah jenama terkemuka & bakal dilancarkan ke pasaran dalam masa beberapa bulan lagi.
“Yang pink tu confirm bau garang sikit la. Fruity candy coconut-y. Sesuai utk korang yang Cute but Deadly! Yang turqoise tu cool floral aqua fresh,young.. Sesuai utk korang yang dorky. Tapi mysterious.. Cewah!” balas Yuna yang menerangkan ciri-ciri wangian tersebut.
Kami perasan, Yuna turut menggunakan judul lagu ciptaannya “Decorate” sebagai brandingproduknya. Ehem, mungkin Yuna ada perancangan untuk meletakkan judul Dan Sebenarnya di botol wangian tersebut? Kita nantikan sahaja. Kredit berita Selebritweets.
0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment