Saturday, January 15, 2011

ranking fifa : tahniah, Malaysia naik dua anak tangga


KEJAYAAN Malaysia merangkul Piala Suzuki AFF bulan lalu membolehkan pasukan negara meningkat dua anak tangga dalam ranking dunia terbaru dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).
Malaysia memperbaiki kedudukannya di tangga ke-142 berbanding 144 sebelum kejohanan itu.



Menurut ranking terbaru Fifa dikeluarkan semalam, Malaysia memungut tambahan 17 mata selepas menjuarai kejohanan serantau itu. Bagaimanapun, kedudukan itu masih jauh berbanding kedudukan terbaik Malaysia iaitu di tangga ke-75 pada 1993.

Kedudukan pasukan negara kini sebaris Burundi (141), Tajikistan (143), India (144) dan Hong Kong (146) serta negara lain yang diketahui mempunyai kekurangan infrastruktur asas seperti padang, stadium dan peralatan sukan.



Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Thailand (119), Indonesia (126), Vietnam (136) dan Singapura (139).




Di peringkat Asia pula, kedudukan Malaysia juga naik ke tangga ke-23 berbanding tempat ke-25 sebelum ini di kalangan 46 negara rantau itu. - Bernama


sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

1 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:

CERITA LEBAT said... Reply To This Comment

gua rasa sikit taun lagi malaysia boleh la main piala dunia..gua yakin..keh2