Monday, January 17, 2011

Polis Amsterdam tolak unsur jenayah kematian pramugari MAS

KUALA LUMPUR: Polis Belanda menolak kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kematian pramugari Malaysia Airlines (MAS) Chin Swee Len di tempat letak kereta di Radisson Hotel, Amsterdam pagi Jumaat lalu. 

Jurucakap Wisma Putra berkata hari ini polis negara itu memberitahu pihak kementerian bahawa buat masa ini belum ada maklumat lanjut berhubung kematian Chin.

Mayat Chin, 34, ditemui pada kira-kira 9 pagi hari berkenaan oleh tetamuhotel, tempat beliau menginap.

Chin dijadualkan berlepas dari Amsterdam ke Malaysia dengan penerbangan MAS MH17 pada hari yang sama iaitu 14 Januari.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklum balas
dari polis Amsterdam berhubung kes berkenaan, kata Timbalan Ketua Polis Negara
Datuk Hussin Ismail. - BERNAMA 

melalui bharian
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

1 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: