Saturday, January 29, 2011

Segmen Hujung Minggu Bersama BEN ASHAARI


Longkang Pecah, 29 Januari 2011 - menurut fakta tak sahih yang dikeluarkan oleh info's blog menunjukkan bahawa lebih 1.5 juta jejari runcing jari-jemari sedang menari-nari diatas keyboard  setiap hari untuk mencoret warkah berlagu pilu masing-masing. gejala ini dikenali berblogging secara khususnya.

gejala berblogging dalam kalangan manusia di malaysia kini sudah mencapai tahap maksimum. Hal ini kerana, gejala tersebut bukan sahaja menjadi kegemaran generasi muda, bahkan generasi tua pun tak kurang hebatnya.

 pihak kami, overscurry.com (info online) berjaya menerjah seorang pemuda tampan lagi tough yang sedang leka berblogging walaupun berada di gym dalam masa yang sama untuk mengupdate muscle-muscle supaya lebih berketul-ketul. 

Gambar tersebut berjaya dirakam dengan menggunakan handphone kami yang canggih ini secara sembunyi. Menurut pengamatan kami, abang yang lebih dikenali sebagai BA ini memang sudah popular dalam kalangan blogger2 tempatan dan antarabangsa. Jadi tidak hairan lah, Lady Gaga pun minat kat BA. 

Beliau bukan sahaja menjadikan blognya benashaari.com sebagai wadah untuk berkongsi tips-tips berguna, malah untuk berkongsi pendapat dan pandangannya dengan blogger yang lain di 2 alam siber ini - Agensi
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: