Friday, February 18, 2011

alamak! kereta Erry Putra kena curi

Erry Putra mengalami kerugian bulan ini apabila kereta Proton Waja berwarna hitam miliknya hilang dicuri di kawasan rumahnya di Bukit Jalil pada pagi Selasa yang lalu. Erry menyedari kehilangan keretanya WNQ 4910 ketika ingin keluar ke lokasi penggambaran sebuah drama di sekitar ibu negara.


Erry terkejut apabila mendapati keretannya sudah tiada di tempat yang biasa diletakkannya. Yang buat Erry risau banyak dokumen dalam keretanya itu, biasalah orang bekerjaya. Selepas itu Erry pun pergilah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur. Tapi Erry tak usah risau sangat soal kereta sebab Erry masih lagi mempunyai satu kereta jenis Toyota Wish. Hehe. -sumber mStar

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: