JAKARTA: Sepanjang perbicaraan kes video lucah Ariel yang turut membabitkannya, Luna Maya jarang kelihatan.
Tetapi kini, selebriti jelita itu sudah mula sering muncul di televisyen.
Tidak setakat itu, malah Luna juga sibuk mengendalikan perusahaan barunya di Singapura.
Ketika ditemui selepas kembali menjadi hos jemputan untuk program muzik, ‘DahSyat’ di RCTI semalam, Luna mengaku sibuk untuk menguruskan perniagaannya.
“Esok saya akan ke Singapura untuk menjalankan perusahaan baru saya di sana,” kata kekasih Ariel itu.
Luna juga berkata, kegiatannya di dunia hiburan kini dilakukan sebagai hobi saja.
Selain Luna, Cut Tari, seorang lagi selebriti Indonesia, juga terbabit dalam kes video lucah Ariel, penyanyi utama kumpulan terkenal Indonesia, Peterpan.
Sementara itu, di Bandung, polis akan mengerah kira-kira 1,000 anggota untuk mengawal perbicaraan penyanyi itu Isnin ini.
Hakim akan memberi keputusan perbicaraannya pada hari berkenaan dan pihak berkuasa menjangka kekecohan akan berlaku. Pihak pendakwa raya sebelum ini meminta hakim menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas penyanyi itu berhubung tuduhan menyebarkan video lucahnya. - JI
sila click jika suka.. tq
Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
Post a Comment