Wednesday, January 05, 2011

lagi kisah tomboy jijik dengan lelaki

tomboy anime..huhu

SAYA gadis 20 tahun dan sejak kecil lagi kelihatan seperti lelaki. Mungkin kerana ibu menginginkan anak lelaki ketika mengandungkan saya.
Sejak kecil saya cenderung memilih baju lelaki. Menurut ibu, saya juga punya perasaan terhadap perempuan ketika di sekolah rendah dan menengah, tetapi tidak diendahkan. Bagaimanapun, sejak meningkat dewasa saya digalakkan berubah oleh keluarga. Saya cuba memakai pakaian perempuan namun banyak lelaki pernah mengambil kesempatan ke atas saya termasuk ketika bekerja sambilan dan belajar. Ini menyebabkan saya benci lelaki dan rasa jijik pada mereka, sekali gus menutup pintu hati kepada golongan berkenaan.

Ketika di matrikulasi, saya berkawan dengan seorang perempuan yang sangat baik dan lembut perwatakannya. Dia bukan lesbian dan menyukai lelaki. Namun perkara yang sama berlaku kepadanya iaitu lelaki mengambil kesempatan lalu saya berasa seperti harus mempertahankan maruahnya. Saya seolah-olah 'menjaga' dia dari terus dibuli lelaki. Lama-kelamaan saya seperti terlalu sayang kepadanya, dia juga begitu.
Saya berpakaian seperti tomboi kembali dan kami seolah-olah berpacaran. Kami juga pernah terlanjur seks sejenis kerana terlalu sayang. Akibat peristiwa itu, saya dan dia berasa bersalah lalu kami menyekat diri sekadar menyayangi dari luaran saja.

Sekarang saya masih bersamanya dan menyayangi lebih daripada kawan biasa. Saya tidak tahu sampai bila harus begini. Salahkah saya jika terus menyayanginya dan tinggal bersama sampai bila-bila? Saya betul-betul benci dengan lelaki hinggakan was-was dengan ayah sendiri, saya tidak pasti sama ada dapat menerima lelaki atau tidak kerana berpendapat lebih baik hidup berseorangan daripada ditemani lelaki.

KACAU BILAU
Melaka
DR tidak pasti sama ada 'sifat kelihatan seperti lelaki' adik ini disebabkan cara didikan, faktor persekitaran atau faktor biologi. Sikap keluarga yang tidak menghalang adik terus berpakaian lelaki ketika kecil juga faktor perangsang untuk terus membesar sebagai lelaki. Apabila meningkat dewasa, baru timbul kesedaran keluarga untuk menyuruh adik bertingkah laku normal seperti wanita. Perbuatan yang diulang berkali-kali dan tidak dilihat sebagai kesalahan pasti menjadi tabiat. Islam amat menekankan pembinaan imej diri lelaki tidak boleh meniru perlakuan perempuan begitu juga sebaliknya. 

Malah, pakaian lelaki dan wanita serta perhiasan yang dipakai jelas menunjukkan larangan imitasi atau persamaan supaya terserlah keterampilan peribadi dan kejelasan fungsi lelaki dan wanita. Dr melihat peristiwa 'banyak lelaki mengambil kesempatan' ke atas diri membuatkan adik mempunyai perasaan jijik kepada kaum adam. Adik juga merasa was-was dengan ayah adik sendiri. Persepsi dan pemikiran lelaki (suka mengambil kesempatan) menyebabkan adik mengambil jalan keluar iaitu berkawan hanya dengan perempuan. Jalan ini adik rasakan terbaik untuk menyelamatkan diri daripada kejijikan lelaki. Tetapi jalan ini juga memerangkap adik dalam hubungan songsang kaum sejenis.

Bagi mengembalikan perasaan 'jijik' kepada 'normal', adik perlu melihat satu perspektif baru. 'Sifat suka mengambil kesempatan' bukan saja wujud pada lelaki. Ia juga wujud pada wanita. Perspektif bukan hanya lelaki yang suka mengambil kesempatan boleh membuka minda adik masih ada lelaki jujur apabila menjalinkan hubungan dengan wanita. Sifat tidak baik bukan milik lelaki saja. Secara psikologinya, faktor tolakan iaitu anggapan 'lelaki suka mengambil kesempatan' dan faktor tarikan iaitu hubungan baik secara emosi membuatkan adik terbabit dalam perhubungan yang lebih serius dengan teman wanita. Ini termasuk melakukan hubungan seksual. Bagaimanapun, Dr gembira kerana adik dan teman pada satu ketika sedar perhubungan songsang kalian berdua adalah salah. Adik dan teman bertindak bijak dengan hanya menjalin hubungan biasa.

Tiada salahnya adik terus berkawan dan menyayangi teman adik itu selagi tahu batasan baik dan buruk. Persepsi negatif dan salah pemikiran terhadap lelaki boleh diubah dengan melihat contoh lelaki setia dan baik yang banyak berkorban untuk menjaga kesejahteraan isteri mereka. Ini boleh memberi peluang kepada adik untuk berfikir lelaki boleh menjadi teman yang amat baik kepada wanita. Secara tidak langsung, ia menyedarkan adik adalah lebih baik hidup bersuamikan lelaki yang baik daripada hidup berseorangan.

Pada masa depan jika ada lelaki yang ingin mengambil kesempatan, adik perlu bersikap asertif dengan memberitahu perbuatan dilakukan itu salah. Biasanya, lelaki lebih menghormati wanita yang bersifat asertif dan tahu menjaga hak-haknya.
Persoalan sama ada salah atau tidak adik bersama-sama teman adik itu adalah cinta dan nafsu kurniaan Allah yang perlu dibimbing dengan akal serta iman supaya tidak disalah guna hingga menjadikan hidup dalam kemurkaan-Nya setiap masa. Dr sentiasa doakan adik menemui seorang lelaki yang bergelar suami supaya dapat menjaga adik dengan baik dan tidak sekali-kali mengambil kesempatan atas diri adik sebagai wanita.
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

1 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:

Norasikin said... Reply To This Comment

Menyanyangi kaum sejenis secara melampau mcm tu tentulah salah. Selalunya mereka akan salahkan takdir. Mereka akan kata, bukan saya yang minta dijadikan begini. Lagi2 nak salahkan ibubapa yg terlalu menginginkan anak lelaki..