Saturday, January 15, 2011

kisah gay


SAYA pelajar sebuah universiti awam negara dan berusia 22 tahun. Masalah yang saya hadapi sangat berat kerana saya lebih menyukai kaum sejenis dan tidak mempunyai perasaan terhadap wanita.
Disebabkan nafsu aneh itulah menyebabkan saya terlanjur dengan melakukan hubungan sejenis malah kerap melakukan onani apabila melihat lelaki yang tampan. 
Saya betul-betul ingin berubah dan tidak mahu melakukan perbuatan yang terkutuk ini kerana ia melanggar fitrah kejadian manusia dan berdosa besar. Apa yang harus saya lakukan? Bantulah saya untuk mencari cara terbaik bagi saya mengatasi masalah ini. 
rusli, setapak







Jawapan


Daripada naluri yang bersih dan jiwa fitrah saudara dapat merasakan bahawa perlakuan ini adalah songsang, melanggar kejadian fitrah manusia, perbuatan terkutuk dan berdosa di sisi agama. Ia adalah permulaan yang baik ke arah perubahan iaitu kesedaran. 


Langkah seterusnya ialah mencari jalan bagaimana untuk mengatasinya. Saudara perlu dipulihkan daripada tabiat itu. Setakat ini saya belum pernah mendengar ubat secara saintifik tetapi pemulihan rohani adalah bermula daripada kekuatan dalaman diri saudara sendiri untuk menahan keinginan itu. 



Kedua, jaga pandangan daripada melihat perkara yang menjurus ke arahnya seperti lelaki yang menggoda. 



Ketiga, bercampur dengan sahabat yang boleh membantu kerana jika bersendirian, saudara amat sukar bertarung dengan diri, seterusnya banyakkan berdoa kepada Allah memohon kekuatan dan membabitkan diri dengan aktiviti keilmuan.

sumber : hmetro

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: