Friday, January 14, 2011

jangan beli porsche nanti kena kecam

kereta ni ke yang kena kecam tu? ilek r, ko pun ada kan?hehe..

PRESIDEN FILIPINA BELI PORSCHE KENA KECAM

MANILA: Pengakuan Presiden Benigno Aquino semalam bahawa beliau membeli sebuah kereta sport mewah Porsche terpakai mengundang kecaman daripada pelbagai pihak di negara yang sepertiga penduduknya berpendapatan kurang RM3.00 sehari.
“Beliau berkempen menentang kereta mewah dan kini beliau membeli sebuah Porsche.


“Ada kemungkinan ia dilihat sebagai tanda perbelanjaan melampau dan pembaziran ketika sebahagian rakyat hidup dalam kemiskinan,” kata Setiausaha Agung Pakatan Bebas Daripada Hutang, Milo Tanchuling.

Media tempatan memetik arahan Benigno baru-baru ini yang mengharamkan agensi kerajaan membeli kereta mewah untuk digunakan sebagai kenderaan perkhidmatan.


Benigno, 50, yang masih bujang semalam berkata, beliau menjual kereta BMW lamanya dan membuat pinjaman untuk membeli Porsche.



Presiden Filipina itu berkata, kereta barunya itu membolehkan beliau memandu secara selesa untuk melakukan tugasnya.



“Saya gembira kerana perbatuan yang telah dicatatnya kurang daripada 10,000 meter,” kata Benigno mengenai kereta Porsche terpakai yang dibelinya dengan harga 4.5 juta peso (RM316,000) itu.


Jurucakapnya, Edwin Lacierda mempertahahankan tindakan Benigno dengan berkata, kereta itu jauh lebih murah berbanding kereta Porsche baru. - AP

p/s : ala, masuk kubur sorang-sorang gak..:)



sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: