Thursday, January 20, 2011

Hukum pakai gigi palsu

Penggunaan gigi palsu sama ada dengan cara ditanam atau jenis yang boleh ditanggalkan adalah diharuskan dalam agama. Gigi antara keperluan dalam kehidupan dan perlu dijaga dan dibetulkan jika rosak memandangkan gigi sentiasa digunakan. Membetulkan gigi ini tidak langsung termasuk mengubah ciptaan Allah kerana pada asalnya gigi itu sememangnya wujud. 

Seorang sahabat pernah mengalami kerosakan di hidung dalam satu peperangan dan beliau kemudiannya meminta keizinan Rasulullah untuk menggantikan hidungnya dengan hidung yang diperbuat daripada emas. Rasulullah membenarkan dan tiada riwayat menceritakan bahawa sahabat tersebut membukanya ketika mati. 

Dalam hal mengebumikan jenazah, jika mampu untuk menanggalkan gigi palsu sebelum dikebumikan harus berbuat demikian. 

Jika ia sehingga menyakiti dan merosakkan mayat, maka tidak perlu berbuat demikian. Tiada larangan untuk dikuburkan bersama. sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: