Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi, kajian itu perlu dilakukan secara serius supaya penggunaan novel itu tidak mendatangkan pelbagai masalah terutamanya membabitkan keharmonian kaum di negara ini.
"Tan Sri Muhyiddin (Menteri Pelajaran) berharap kajian itu akan merumuskan satu keputusan yang baik bagi memuaskan semua pihak,” kata Puad kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gali, Raub di sini, hari ini.
Beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengemukakan bantahan kepada kerajaan kerana muka surat 211 dan 220 novel itu didakwa mengandungi unsur sensitif yang boleh menyentuh perasaan sesetengah kaum.
Sebelum itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah mendakwa, buku teks sastera tingkatan lima itu telah ditarik balik kerana dikatakan mengandungi unsur sensitif serta boleh menyinggung perasaan kaum Melayu dan India.
Sumber Utusan sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!
1 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
oooooo..ini ke novel yg diperkatakan tu..
Post a Comment