Lepasan Diploma dan setaraf serta lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi tahun 2009 dan sebelum serta lepasan STAM tahun 2008 dan sebelum serta lepasan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Bandar Penawar serta lepasan Diploma Kemahiran Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2011/2012. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.
Kategori Lepasan Diploma
Mereka yang perlu memohon di bawah lepasan diploma dan setaraf ini adalah:
- Lulusan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2009 dan sebelumnya.
- Lulusan Matrikulasi tahun 2009 dan sebelumnya.
- Lulusan STAM tahun 2008 dan sebelumnya.
- Lulusan Diploma dari IPTA atau IPTS.
- Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar
- Lulusan Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) atau Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran
- Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.
Permohonan bagi Lepasan Diploma dan setaraf ini dibahagikan kepada dua kategori;
- Kategori E – Untuk Aliran Sastera
- Kategori F – Untuk Aliran Sains
Syarat Kemasukan
Permohonan lepasan Diploma dan setaraf ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.
Syarat Am
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
- Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2009 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
- Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
- Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; ATAU
- Lulus Matrikulasi tahun 2009 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
- Lulusan STAM tahun 2008 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; ATAU
- Lulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; DAN
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET); DAN
- Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). (USM sahaja).
Syarat Khas
Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon.
Permohonan
Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.
- UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
- USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja
UPU
- Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
- Tarikh permohonan dibuka – 10 Januari 2011
- Tarikh permohonan ditutup – 4 April 2011
- Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
- Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.
- Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Diploma Dan Setaraf Sesi 2011/2012.
USM
- Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
- Tarikh permohonan dibuka – 10 Januari 2011
- Tarikh permohonan ditutup – 28 Mac 2011
- Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
- Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
- Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu program pengajian dan maksima sehingga empat program pengajian.
- Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Ujian seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan.
- Bagi program-program pendidikan di USM,calon-calon perlu memohon melalui UPU.
- Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah;
- UPU – 4 April 2011
- USM – 28 Mac 2011
Maklumat
- Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
- Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU dan laman web Pohon @ USMuntuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
- Pastikan anda telah memahami Panduan Mengisi Borang UPU dan Panduan Mengisi Borang USM sebelum membuat permohonan.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi
- UPU
- Hotline : 03 8883 5858 atau Helpline : 03 8883 5848 atau Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my - USM
- Hotline : 1300 888 876 atau Faks: 04 653 3328 atau E-mel :admissions@notes.usm.my.
- UPU
melalui ePutra
sila click jika suka.. tq
Kongsi beritahu rakan di facebook!
1 0 ladies and gentlemen love myCeloteh:
berguna sungguh entry ni..thx!
Post a Comment