Thursday, January 20, 2011

e-khidmat mudahkan kehidupan


MENGISI borang dan kemudian berbaris panjang untuk membuat pembayaran mengingatkan orang ramai pada kerenah lumrah perkhidmatan kaunter. Ia sesuatu yang memang tidak disukai oleh rakyat Malaysia.
Sedekad yang lalu, mereka tidak mempunyai pilihan selain berbaris atau menunggu nombor giliran mereka dipanggil apabila menjalani urusan seperti permohonan MyKad, pasport malah untuk membayar bil telefon, elektrik dan air.
Jika membabitkan pelbagai transaksi, bermulalah ‘lawatan’ tambahan dari kaunter ke kaunter.
Kini, semua itu telah berubah dan orang ramai boleh berterima kasih kepada konsep e-Khidmat. Sebarang urusan berkaitan sudah boleh dilakukan dalam keselesaan suasana kediaman atau pejabat.
Hari ini, Internet banyak membantu kita dalam mempertingkat gaya hidup dan kualiti kehidupan.
Sejak diperkenalkan di Eropah pada lewat 1980-an, aplikasi e-Khidmat membawa aspirasi kepada pelbagai pertubuhan untuk menawarkan pendekatan tambah nilai bagi memuaskan hati pelanggan.
Konsep ini merupakan satu ciri mesti ada bagi pembekal khidmat dalam pelbagai industri. Pertubuhan, sama ada besar atau kecil, telah membuat pelaburan besar untuk memastikan pelanggan mendapat khidmat maya terbaik.
Gelombang e-Khidmat telah merebak merentasi seluruh dunia sejak kerajaan Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan dengan rasmi konsep e-Kerajaan pada 1993. baca sepenuhnya..

sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: